Daisypath Anniversary tickers

Friday 29 March 2013

Keputusan temuduga Pegawai Psikologi s41

Adakala sebagai manusia kita terlupa untuk sentiasa bersyukur, sedangkan rasa syukur itu penting..walaupun kadang2 kita diberi sedikit musibah, kita harus juga bersyukur kerana dari dugaan itu kita akan lebih tabah hadapi segalanya.

Bersyukur diberi sedikit nikmat, bersyukur diberi sedikit rezeki...haruslah kita rasai kesyukuran itu. Walaupun kecewa kita perlu selalu redhai segalanya.. Perjalanan hidup saya bagai kembara... tanpa saya sendiri sedari dimanakah tempat saya akan berlabuh...tapi saya akan lalui dengan seikhlasnya...

Percayalah walaupun bukan sekejap penantian itu, pastinya akan terbalas juga... Segala usaha & tawakal... Alhamdulillah ya Allah, Kau beriku peluang untuk berbakti, akanku khilafkan diriku sebagai hambaMu memegang tanggungjawab ini.

Hu2 rasa nak bermadah puisi pula sedangkan dah lama saya tak karang bait2 begini sejak kahwin...dulu memang agak jiwang cikit, skrg utk suami aje la kan.he2... Kepada sahabat2 yang dapat keputusan temuduga tahniah pegawai  psikologi s41. Tahniah dari saya :)

No. Kad Pengenalan
Nama Penuh




Kod Skim
Jawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga

   1152
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
24/2/2013   
Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
Kementerian/Jabatan : JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, BHG. PERKHIDMATAN, ARAS 6, BLOK C2, PUSAT PENTADB. KERAJAAN PERSEKUTUAN 62510 PUTRAJAYA.   

Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

MAKLUMAT JAWATAN
SM20120128
Kementerian /Jabatan : JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Jawatan
Bil. Permohonan
Bil. Dipanggil
Temuduga
Bil. Kekosongan
Jawatan
Bil. Calon
Simpanan
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
3037
450
20
10

Tuesday 26 March 2013

Pokok Dedalu dapat hamil?

Asssalamualaikum...sebelum saya menulis entry ini berharap sangat, jika ada salah silap harap dimaafkan. Ini info yang saya dapat dari saudara saya. Begini ceritanya..hah2... Sekarang ini kan musim cuti sekolah, jadi saya balik kampung sebelah rumah suami, di pahang. Sempena majlis doa selamat untuk anak saudara yang baru dilahirkan.

Perasaan tengok baby baru mestilah seronok sgt2... makin teringin rasanya nak ada baby cepat2. Walaupun my hubby nampak macam tak kisah..hu2... maybe dia tak nak bagi saya stress kot. Sememangnya sepanjang perkahwinan yang hampir menjangkau 2 tahun ni, kami tak pernah ikhtiar apa-apa melainkan lalui jer. Untuk makan ubat ataupun berjumpa doktor pun belum lagi.

Kebetulan sahaja, sudah balik kampung pastilah saya luahkan perasaan nak hamil pada ibu mertua. Jadi saya paksa2 ler cikit.hi2, supaya mak tanya pendapat pada tok kat sebelah rumah kami tu. Sebelum ini tok kata kami masih baru lagi, jadi dia malas nak ubatkan.

Selepas tu, dia bagitahu kami untuk cari akar dedalu, yang mana saya faham sebagai pokok menumpang@ perasit. Pokok ni mudah dicari disekitar pokok2 yang agak besar. Dipendekkan cerita saya berpakat dengan suami dan kak ipar & suaminya cari pokok tu (k.ipar juga belum hamil).

Kami pergi cari sekitar bandar kuantan, dan jumpa kat kawasan taman kuantan tu. Tapi yang kelakarnya kami berdua nak potong akar tu, suami saya dan suami kak ipar lari jauh2 sebab malu kononya sbb org tengok2 aje. Bila kami pusing blkg mereka dh xada. Tinggallah kami brdua jer. Malu la juga sbb rmai yg brhnti tanya. hu2.... Untuk potong pula kna pilih juga. Jadi bla kmi bgi kat tok, tok tolak sbb kami ambik kayu yg xada rupa yg dia nak.

Seterusnya suami drive krta prgi cari sekitar taman gelora, jumpa la. Kali ini suami yang kna potong berpakat dgn abg ipar. Bagi kat tok, tok cakap boleh buat dua jer. Jadi saya suruh kak ipar aje yang berubat dulu. Mungkin belum rezeki kami. Di sini saya tulis sedikit2 saya tahu;

Rawatan;

Pesan tok cari akar @ batang pokok dedalu yang berbentuk bercantum badan, berpusing keliling@ yang dicucuk sesama sendiri. cari batang yang betul2 tak boleh pisahkan. Kat sini memang kami confuse rupa macamana. Selepas itu tok akan baca ayat al- quran tertentu pada akar tersebut. Kita juga perlu ambik wuduk dan kena baring bersama pasangan. Ketika itulah tok akan baca al- quran tertentu dan buang segala halangan jika ada. Saya tak pasti proses dia bagaimana sebab ketika itu saya dah nak bertolak balik. Jadi saya tak sempat tgk semua proses, cuma saya tahu kayu itu perlu diletak dibawah cadar katil@ bantal. Suami n isteri ada kayu masing2...

Semoga ikthiar kakak ipar untuk hamil akan berhasil. Sya pula insyaAllah ada rezeki tak kemana kan?...

Sunday 17 March 2013

Sabar itu ada harganya


Kadang- kadang kita pasti tak tahu bilakah dugaan akan datang menguji. Adakala ujian itu datang bertimpa- timpa, sehinggaka kita tertanya2.. mampukah diriku menghadapi, mampukah diriku menjaga semua hati orang2 yang disayangi?

Kadang- kadang episod duka umpama bayang2, tak sudah2 mengekori... Berputus asakah kita? Tidak! Tidak! Berjuanglah, undur jangan sekali. Biar kematangan akan menjadi saksi, saksi kenapa ini semua harus terjadi... Biar kita lalui setiap detik itu agar suatu hari nanti kita akan mengerti.....bahawasanya segalanya memerlukan kesabaran dan pengorbanan.

Kadang- kadang air mata akan bergenang jua, kadang- kadang kepenatan itu bertandang jua, kadang- kadang rasa kecewa menghantui namun bukan kadang- kadang kita bahagia, malahan setiap hari dipenuhi cinta oleh rakan- rakan, anak didik dan paling utama suami tercinta& ibu dan ayah. Sesungguhnya cinta Agung hanya untukmu ya Rabbi...

Bangkitlah...jangan dilayan perasaan duka, tukarkanlah perkara negatif itu dengan cas2 positif yang akan sentiasa memberikan kita semangat yang kental untuk meneruskan perjalanan ini. Ya Allah permudahkanlah apa yang telah Engkau berikan kepadaku.. Amin ya rabbi Al-amin..

Friday 15 March 2013

Temuduga Penolong Pegawai Psikologi s27

Adess... itulah kata2 pertama yang boleh saya luahkan. Tak dapat nak fikirkan dengan perasaan macamana. Sedih juga. Sebab soalan2x kecil pun saya tak dapat jawab. Saya juga tak manfaatkan apa yg saya baca untuk bagi contoh yang bernas kepada mereka.

Temuduga saya lebih kepada santai, tapi banyakkkkkkkkkkk sangat yang saya kecewa.... kalau boleh tak mahu ingat dah apa yang ada. Really disappointed... I'm the worse person..hah2... Apa yang penting think positif okay.hu2... Pujuk hati ini. Saya perasan ada dua perkara yang mereka selalu ulang. Awak ni talkative sangat. Mana sesuai dengan jawatan ini. Awak ni nampak islamic sangat, nanti awak ceramah pula kat klien bukan jadi kaunselor. Erkkkkkk.... Salah saya kalau..sebab over excited especially saya adalah candidate kedua. Semua benda  nak cerita. Walaubagaimanapun terima kasih kerana bagi peluang kepada saya melalui pengalaman temuduga ini, yang saya rasakan banyak perkara yang saya belajar. Amat menghargainya... Jika ada rezeki alhamdulillah, begitulah sebaliknya...tetap ucapkan alhamdulillah:)

Saya yakin setiap aturan Allah s.w.t itu pasti ada hikmahnya, lagipun pekerjaan saya sekarang memberi ilmu yang bermanafaat kpd saya. Apa yang penting life must be go on.... Ini adalah antara soalan yang saya dapat.

1) Perkenalan diri
-zaman sekolah, keluarga, universiti, akademik, kokurikulum, pekerjaan (campur2 waktu tu, bila kita cakap, pasti mereka tanya macam2)

2) My hobbies
( yang ini masa untuk spoken in english)
- better kita bagitahu hobi yang lebih kpd jawatan kita.

3) Siapa menteri ( dua2 saya tak boleh jawab, seriously saya memang frust betoi2 time ni)
- saya kecewa teramat sangat2, sampai sekarang saya asyik teringat nama menteri tu...adesss

4)Tahun ini pru ke berapa?
- yang ini kalau xboleh jawab, memang saya betul2 teruk la kan.hu2...senang la.

5)Siapa pendatang tanpa izin yang datang ke malaysia (lupa soalan ni macamana)
- Jawapan ini kaum rohingya...mula2 terfikir juga dia nak tanya tentang apa, bila dia explain mereka berlapar dalam bot.... terus teringat. Nasib baik terbaca.

Habis soalan panel pertama. Lepas tu dia cakap awak ni talkative sangat...........hu2...(dlm fikiran ades tanda2 awal2 ke?)


Panel kedua pula tanya;

1) Awak ada ijazah tapi awak mohon jawatan s27? Mengapa?
- ini soalan yang famous kan? tapi kita tak tahu apa jawapan yang terbaik... Kat sini...quick gugup gak. Jika jawab nak mula dari bawah, rasanya hampir semua dah jawab macam tu...so, standby la dengan cara yang ok tau.

2) Pendekatan apa yang akan awak gunakan
- yang ini tak sempat jawab, mereka yang jawab sendiri, mereka cakap mesti pendekatan islam ni. Mesti kena ceramah klien tu & sebagainya. Saya jadi blur?????? Sebenarnya nak bagitahu tentang teori2 yang sedang saya baca, tapi tak terkeluar....why?2. Lansung saya tak terfikir nak bagitahu.hu2... Mungkin persepsi mereka akan berubah kalau saya explain tentang pengetahuan saya dalam teori2 western tu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.hah2..

3) Jika saya jadi kaunselor, apa yang saya nak buat jika buat sesi dengan pelbagai kaum, bekerja dengan rakan2 kaum lain.
-Saya rasa, saya jer ada soalan mcm ni. Sebab saya pakai tudung labuh..... sekali semua soalan tentang saya ni bersedia tak....hu2...yang ni dah dalam keadaan blur yang teramat. Jawab ajela yang terlintas di fikiran.

Last ucap terima kasih n minta maaf atas salah silap, lepas tu keluar....keluar dengan muka blur.hah2..... Lepas tu masuk dalam kereta, saya cakap kat suami.....pot pet2. Suami pun layan aje.hah2.. memang banyak cakap pun sya.





Monday 4 March 2013

Exam penolong pegawai psikologi s27

Sebenarnya saya dah malas nak tulis mengenai exam ini sebab dah lama berlalu. Tapi difikirkan jarang yang update tentang ini (sebab saya tercari2 contoh tak ada). Hu2.

Maaflah jika saya terlupa apa yang dah ada dalam exam tersebut. Perbezaan s27 dan s41 ini adalah esei.. yang s41 ada esei yang s27 tak ada. Selepas saya jalani exam tempohari saya rasa menyesal sebab tak baca tentang teori. Jadi saya banyakkan baca teori kali ini. Alhamdulillah bolehlah jawab berbanding yg s41 tu.

Ada soalan psikologi. Sama macam yang psikologi s41. Ada matematik; agak susah berbanding s41.hu2, dan ada soalan mengenai teori, alat kaunseling, piaget, abnormal...Kesimpulannya kalau kita membaca boleh jawab aje.

Saya jalani exam ni kat tabung haji penang. Tak ramai pun calon, semuanya perempuan, jadi saya berharap sgt agar terpilih utk ditemuduga. Alhamdulillah saya terpilih... interview adalah pada 14hb 03 ni. Perasaan? Entahlah..sebab dah tahu ada kekosongan hanya 3 di seluruh malaysia..sedikit kecewa( tak ramai kan)..sebab saya lebih mengharap menjadi penolong pegawai tapi kalau 3 aje..urm...mmg sukar la kan..

Apa yang penting lalui ajelah kan... Buat yang terbaik agar kita rasa puas hati dengan apa yang kita usahakan. InsyaAllah :). Perkara yg paling bermakna adalah pengalaman yg kita timba...he2

Saturday 2 March 2013

kursus LGBT (Lesbian, Gay &lain2)

Ketika saya dapat surat jemputan ke kursus ini rasa pelik juga la. Iya la sebagai guru kafa, ada kursus ini macam best pula, kbetulan ambik course kaunseling boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan

Kursus ini diadakan di dewan UITM permatang pauh.. Memang penuh dewan nie, rupa2nya cikgu sekolah menengah pun ada.. dapat jemputan juga. Bagi saya kursus ini best kerana baru kita sedar budaya gay ini makin melular di malaysia, takut pun ada. Kalau bukan kita yang mencegah siapa lagi kan?

 Sebab itulah pentingnya guru menegur perangai anak2 yang nakal. cthnya: saya suka menekankan bab akhlak kpd mrk. Biasanya saya tak izinkan pelajar perempuan pergi bercakap dengan pelajar lelaki, begitulah sebaliknya. Saya akan explain knapa, menegur cara percakapan mereka cthnya; saya akan tegur apabila mereka mengutuk kawan2 mereka, membuli yang lemah dan sebagainya. Walaupun tak banyak tapi itu adalah salah satu kewajipan kita.

Berbalik pada LGBT, kursus itu diterajui oleh kaunselor tuan haji Hushim, memang tak kering gusi kerana banyak perkara yang dia kongsikan. Tetapi sedikit tak puas hati kerana saya tak boleh brtanya kerana dia bagi 2 org sahaja tanya soalan.

Menurut kajian berita sinar harian, daripada 3000 orang kajian, 86% mngatakan tidak mahu golongan gay tapi 14% menyetujui.... Rasa tak percaya tapi itulah hakikatnya bhw negara kita dah mkin brcmbh gejala tak sihat ni.hu2

Akhir sekali Tuan haji Hushim bawa 2 orang klien dia bernama zul dan erin. Erin adalah lelaki mak nyah (dulu). Zul pula lelaki normal tapi gay. Menurut pandangan tuan haji jika wanita lesbian, ubatnya bagi kawin jer, tapi jika lelaki gay sukar nak diubati.... Memahami apa yang diungkapkan. Diharap jika suatu hari nanti jika berpeluang menjadi seorang kaunselor saya perlu betul2 membantu golongan gay agar lebih suka pasangan wanita. Semoga Allah mengampunkan setiap kesalahan dan kealphaan kita...Amin.