Daisypath Anniversary tickers

Friday 30 August 2013

Kursus Asas dan Pengenalan Perkhidmatan Psikologi

Alhamdulillah..... tamat sudah kursus kami..yang mana melibatkan seramai 27 orang peserta dari penolong pegawai& juga pegawai tapi ada dua orang yang tak datang, Kursus ini diadakan di Institut Tanah & Ukur Negara, Perak.
Saya berolak dari pinang pada pukul 2:30 petang. My hubby yang tolong hantarkan& dia pula akan ambik.. dia tak bagi saya drive, kebetulan dia pun ada kursus di Ipoh jadi hari last tu tunggu dia la ambik.
Sepanjang kursus ini apa yang menyeronokkan adalah kami dapat lebih berkenalan antara satu sama lain... mestilah best..semuanya baik2x &sejiwa..walaupun kat situ teramat banyaklah tangga yang perlu didaki...hu..hu..



Hari Sabtu
Mengikut jadual hanya ada malam sahaja yang ada aktiviti, itupun hanya sebagai introduction. Selepas check in bilik... saya berkenalan la dengan roommate.. iyalah time ni la mengeratkan ukhwah kan.hu2x. Sesi suai kenal & pemilihan penghulu.

                                                  ini biliknya..okay, semua kemudahan ada
Hari Ahad
Fokus pada peraturan2 awam, kenaikan pangkat, arahan keselamatan &pembudayaan integriti.

Hari Isnin
Fokus pada Nilai etika, peranan &tanggungjawab penjawat awam, sistem penyampaian & elaun- elaun

Hari Selasa
Kemudahan Cuti& Perubatan, Pengenalan kpd pngurusan kewangan, analisis IPU & Dasar Perkhidmatan Psikologi

Hari Rabu
Fokus pada pembangunan kerjaya ppsi, buku panduan & fail meja ppsi & forum perkongsian
                                                                      forum

Hari Khamis
Last daya mengenai Rumusan & majlis penyerahan sijil :)

org lelaki ajer dpt mandi...

ini KAMI :)



 Memang best sangat2x mendengar taklimat dari orang yang otai2x.. ada yang menguji kita supaya berfikir out of box... urm... ada yang sentiasa ingatkan kita kerja kerajaan bukan boleh kaya tapi bersyukur itu penting... hu..hu...

Kata- kata mrk yg klakar & zuuup menusuk kalbu..hi2x

"Married more than one not my agenda, but always in my mind"- En. Harisham Ibrahim IIM

" U lose ur money, u lose nothing, U lose ur healthy, then u lose something, But if u lose ur intergrity, u lose everything, U lose it once u will lose it FOREVER - - En. Harisham Ibrahim IIM

"Sesungguhnya dlm khidupan ini tiada ertinya klu kita lapang ttpi jiwa miskin, rumah kita lpg ttapi hati sempit, brpegetahuan ttpi budinya rendah, brpangkat tinggi ttpi hidup dibenci org, rumah indah ttpi hati susah dan berharta banyak ttapi badan brpnyakit" ( Dr Azam Rauzan)- En Faisal Idris JPA

"Finance is, as it were, the stomach of the country from which all other organs take their tone." (Benjamin E. Gladstone)"- Pn. Azizah , INTAN KIARA.

"Membujur lalu, melintang patah, haram disapu halal diratah"- En. Roslan Mohammad

"Saya boleh berikan ikan, tapi hanya sekali boleh dimakan, jika saya ajarkan awak menangkap ikan, awak akan makan seumur hidup"- En. Roslan Mohammad








Friday 23 August 2013

Exam pengesahan pegawai psikologi s41

Walaupun baru jer kerja perkara pertama yang kita kena kejar adalah exam ni.. iyalah selagi tak lulus selagi tu la kena buat sehingga 3 tahun tempoh. Catatan itu bukan sahaja untuk umum tapi untuk diri sendiri juga, supaya ingat kembali soalan- soalan yang ada..walaupun tak semua ku ingat...hu2x.

Mula- mula2x dapat tahu nie perkara pertama yang ku fikirkan sukatan nak baca apa... nasib baiklah ada kekawan yang berkongsi soalan dan juga nota cikit2x...dan yang lain- lain cari la weh...hi..hi...

Terima kasih tak terhingga kepada suami yang sanggup hantarkan diri ini terus ke putrajaya walaupun dia terkejar pula balik. Saya stay kat homestay zizi.. ini pun atas bantuan rakan, yg mna selama 2 hari ni saya pergi naik kereta dgn dia la... Exam pula kat Seri Wilayah. Pemandangan dia memang menakjubkan... Apabila dah selesai exam, saya naik bus dekat nadi putra, berhenti kat pasar seni, dari situ saya naik lrt berhenti di gombak..dan minta kakk ipar hantar ke hentian duta....Okaylah malas nak taip panjang2x....

Exam pertama
Adalah mengenai Perintah Am, Peraturan2x Awam, Tatatertib dan perlembagaan.. yang ini boleh cari kat library dan pinjam...banyak sukatan dia..

Antara soalannya adalah mengenai
- tempoh percubaan\ perlanjutan tempoh & waktunya... kesan pelanjutan tempoh percubaan dan denda
- Lantikan pertama mana nak claim elaun, dapat pindah nak claim elaun bagaimana
- masalah dadah& tanggungjawab ketua terhadap persalah
-susun atur stor& lokasi dan letakkan stok
-surat, pendaftaran surat& pengedaran. Kod fail. fail timbul & fail sementara
- Rahsia besar, penyimpanan & pemusnahan fail rahsia besar
-Tentang kewangan pun ada tapi dah lupa.

Perlembagan pula; adalah mengenai rasuah.. tidak menerima rasuah tapi tidak melaporkan, jadi denda dia berapa? ikut akta yg ada. Pengampunan jika mlakukan ksalahan mmbunuh, kuasa menteri, akta tafsiran pun ada.

Untuk exam yang pertama, saya boleh jawab 8 sahaja soalan besar sbb xcukup masa jwb. rasanya xlulus kot....sbb skurang- kurangnya kena jawab 9. doa aje la..hu..hu..

Exam kedua
- mengenai psikologi

Antara soalanya adalah
-kepentingan teori& fungsi
-apa itu tingkah laku bermasalah& knapa terjadi fenomena tersebut
-pendedahan kendiri
-langkah utk mngalakkan pendedahan kendiri klien brserta contoh
-kaunseling kelompok, kelebihan &kkurang kaunseling kelompok
-maksud mentor&mentee,kemahiran asas mentor, bgaimana boleh bntu mwujudkan minda klas pertama
-prinsip dlm ujian psikologi, maksud ekstrovet& introvert
- maksud pngurusan marah, 4 ciri kmarahan, 4 cara trbaik urus kmarahan
- dua jenis stress, 3 punca stress berlaku ditmpat kerja& langkah2x
-maksud konflik& 4 jenis konflik

(iii)
-bolehkah sesi kaunseling dirakam dgn audio
-Akta kaunselor, klayakan&siapa, apa yg xboleh buat jika tak daftar
-kategori gangguan seksual, apakah perlakuan, keadaan@prbuatan yg trjumlah sbagai gangguan seksual, apa tindakan yg perlu diambil jika kes seksual brlaku
-5 aspek etika yg perlu dimilki kaunselor trhadap klien
-maksud knak2 yg mmrlukan pemulihan &prlindungan, prbezaan peg kbajikan msyarat& peg.psikologi brdasarkn akta kanak 2001,jika kanak-kanak lakukan jenayah ibubapa perlu hadir,jika tidak hadir tindakan apa yang boleh diambil
- contoh&bentuk pernilaian &intervensi yg dilaksanakan dlm bengkel interaktif

Berharap sangat biarlah lulus, penat nak ke putrajaya.. penat nak lalui semua ini... kena guna duit yanga gak banyak gak...urm... tapi kalau masih perlu pergi tak mengapa..rezeki la tu.

                                             INI DARI JENDELA HOMESTAY

GAMBAR DARI BANGUNAN EXAM SERI WILAYAH











Friday 16 August 2013

blog bercuti

Assalamualaikum..dah lama tak update blog.... blog bercuti sempena puasa..hu..hu... tak adalah..sbenarnya mood saya nak update tak berapa sangat skrg... padahal aktiviti banyak yang saya libatkan diri.. nanti- nantilah saya cerita.. sebelum itu saya akan senaraikan cerita apa yang saya nak kongsikan;

1) Program ITD dengan pelajar sem 1 POLIMAS.
- Bengkel mengenali invonteri

2) Isu tanah yang saya nak beli

3) Peperiksaan penjawat awam yang saya dapat tahu last- last minute
- yg ini saya akn update contoh soalan sikit- sikit.

4) Kursus dari JPA
- selama seminggu

5) Kontroversi POLIMAS tunda majlis konvokesyen
- saya  slh s'org yg terlibat (setiausaha ii), cukuplah saya katakan POLIMAS dah cuba yg terbaik.pemberitahuan last- last minute bukan dari pihak kami sbnarnya, tapi kmi pun dimaklumkan last- last..okay noktah...itu jer dapat bgthu.

Apapun semoga ada banyak perkara saya nak kongsikan selepas ini..in sha Allah...