Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 December 2013

Selamat tinggal 2013

Sedar tak sedar sudah hampir kepada penutup 2013... Makin tua dah.. Adess... Kasihan pula..hu..hu... Maknanya kena buat azam baru la untuk tahun 2014 pula. Cepatnya masih berlalu..kalau dulu zaman budak- budak tak sabar nak jadi dewasa, nak bercinta, berkahwin, ada anak dan kerjaya.... Tapi sekarang (walaupun belum tercapai semua impian sepenuhnya) terasa nak kembali zaman dulu- dulu..tak mau tua...huwa,......

Apalah...b0leh pula macam tu..hi..hi... Banyak suka duka dalam tahun 2013. Bagiku dugaan tahun ni lebih banyak...tapi alhamdulillah semuanya dah diselesaikan sedikit demi sedikit. Mengharapkan yang terbaik untuk akan datang..... Amin.

Friday 27 December 2013

Kolej Komuniti semua pekerjanya adalah berstatus kerajaan persekutuan....

Ayat diatas tak b0leh blah... tapi apakan daya saya nak juga bercerita mengenai kesalahfahaman kebanyakkan orang mengenai kolej komuniti yang berlambak di Malaysia ini. Acapkali mereka salah faham yang kolej komuniti ditubuhkan oleh agensi swasta dan kami pekerjanya juga adalah dari kalangan swasta. Bukan berharap pada nama...tapi rasa kasihan pula..hu..hu... Kami dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA..ya..hu..hu...

Sebenarnya saya juga begitu, memang tak tahu pun kolej komuniti bertaraf kerajaan penuh. Ingat lagi masa mula- mula kahwin dulu, aku pernah call salah satu kolej komuniti yang dekat dengan rumah untuk m0hon pekerjaan. Bayangkanlah.... ketika itu dah masuk universiti dah kerja macam- macam, kira dah jadi 0ranglah waktu tu... tapi masih tak tahu... dan mungkin tak akan tahu pun kalau tak tanya tentang kerja.

Akhirnya...aku di sini di kolej komuniti,..hahahahahhaha... barulah aku tahu perasaan yg dulu, aku salah anggapkan. Rasanya ramai yang belum tahu kelebihan belajar di sini. Tahukah anda? Anda akan diberi elaun setiap bulan sebanyak RM300.00 secara biasiswa, seandainya gaji keluarga kurang RM 3,000. Bayaran pendaftaran hanyalah rm250.00 sahaja setiap semester. Sijil yang diberikan apabila dapat nanti, mohon kerja dapat gred sijil..gaji start lagi tinggi dari SPM....

Berbalik pada kisah tadi...aku pergi persidangan kat kuala lumpur.... tiada apa yang boleh dibanggakan apabila aku cakap kerja kat kolej. Tapi bila akau explain yg kolej ini kerajaan..ada puan ni, tahun depan dah nak pencen...baru tahu kolej komuniti pekerjanya adalah kerajaan......urm...nasib..nasib... Terkejut bagai... hu..hu,,, lepas nie nak redha ajerlah..Apa yang penting dah syukur :) Alhamdulillah..

Wednesday 25 December 2013

Menghadapi sesuatu dengan sungguh- sungguh

Hari ini m00d nak bercerita tentang pekerjaan...Memang sukar untuk kita jadi unik diantara 0rang yang ramai- ramai. Adakah kita dalam kategori berjaya atau akan terus dibelenggu segala bagai dugaan? Adakala kita biarkan sahaja kan..biarkan setiap dugaan itu dan kita cuba untuk hadapinya. Realiti sekarang ramai yang berusaha nak dapatkan pekerjaan. Ada yang kata tak suka kerja kerajaan, tak suka tak ada kerja yang stabil. Tapi bagaimana kita? Memang kita cemburu melihat orang lain yang lebih senang, tapi tak bersyukurkah kita? Sedangkan Allah S.W.T dah berikan yang terbaik untuk kita kan?

Itulah keadaannya, jangan mudah berputus asa..jangan mengeluh walaupun berulangkali ditemuduga... Apabila kita pernah menghadapi sakit kita akan menghargai waktu senang. Nasihat saya, carilah keberkatan dalam mencari pekerjaan, pastikan kita hulurkan setiap bulan wang kepada kedua ibu bapa kita. Walaupun tak banyak namun ketahuilah itulah d0a supaya kita murah rezeki. Insha Allah...

Jika diberi peluang, jangan bimbang apabila melihat statistik pengambilan yang sedikit, percayalah rezeki itu milik Allah, berusahalah dengan sungguh2x..jangan jemu untuk fight kehidupan akan datang kita.. Kehidupan ini sukar untuk kita tafsirkan, namun kita berhak untuk menc0raknya bukan? kita berhak untuk merasa ganjarannya iyalah penat lelah kita belajar bertahun- tahun.

Banyak perkara yang b0leh kita syukuri..... :)


Sunday 15 December 2013

Kisah Si Awang Hidung Merah

Hai..hai..hai..salam weekend semua.. hari minggu yang kurang ada..terlalu padat aktiviti sehinggakan hari minggu pun kena join bagi ceramah..urm...Namun disebabkan saya malas lagi nak upload gambar yang ada jadi hari ini hanya nak berk0ngsi cerita tentang si awang hidung merah. Kisah ini telah diceritakan oleh guruku ketika aku berusia 9 tahun.. Masih terpahat dalam ingatan, cikgu tu pun dah arwah :(, kadang- kadang aku cerita juga kepada anak murid swaktu mengajar dulu. Kisahnya begini..

Awang tinggal di sebuah kampung bersama dengan ibunya. Dia membesar dengan penuh kasih sayang, namun awang ada sedikit kekurangan kerana hidungnya berwarna merah. Sejak kanak- kanak lagi dia sering diejek..keadaan ini menyebabkan awang merasa rendah diri.
"Awang hidung meraaaaahhh", sentiasa dilaungkan oleh kanak- kanak lain.
Hatta sehingga dewasa gelaran itu melekat pada dirinya. Pada suatu hari, awang mengeluh kepada ibunya.
"Mak, awang dah tak tahan mendengar ejekan semua orang, setiap kali mereka melihat awang, mereka akan memanggil awang sihidung merah, awang rasa awang nak pergi merantau meninggalkan tempat ini,"

Dengan keizinan ibunya maka merantaulah Awang.. Naik dan turun bukit.. melalui denai dan hutan demi mencari tok guru untuk belajar ilmu. Akhirnya Awang berjumpa dengan seorang guru di sebuah gunung, maka bergurulah. Masa silih berganti, tanpa disedari sudah dua tahun, awang tidak pulang ke kampung halaman. Setelah selesai pengajian tok gurunya meminta awang pulang ke kampung. Apabila mengenangkan dirinya sentiasa dihina dan diejek, awang menjadi serba salah, disuarakan kegusaran hatinya kepada tok guru.
"Tok, terima kasih diatas ilmu yang dicurahkan..cuma saya masih gusar memikirkan mengenai hidung saya yang berwarna merah ini, saya takut untuk pulang kerana sering diejek,"
Tok gurunya terdiam sebentar lalu menadah tangan membaca d0a..kemudian dia berkata;
"Pulanglah awang, jika sesiapa memanggil kamu begitu lagi maka dia akan terberak,"
Awang masih tidak mahu mempercayainya... tok guru terpaksa memanggil awang hidung merah untuk membuktikan kesahihan. Maka terberaklah Tok guru Awang (hi.hi...hi..hi..).

Pulanglah awang dengan hati yang tenang ke kampung halaman. Apabila awang sampai ke kampungnya ramai yang tidak mengecam awang, akan tetapi mereka tahu itu awang kerana hidung awang yang merah.
Mengejeklah mereka, awang hidung merah! awang hidung merah! Seperti yang diduga sesiapa yang memanggilnya begitu akan terus terberak..Awang benar- benar lega kerana tiada lagi yang mengejeknya apabila melihatnya. Tinggallah awang aman damai bersama ibunya. Cerita mengenai awang sebenarnya telah tersebar sehingga ke pengetahuan raja. Raja telah menitahkan untuk ke rumah awang, ketika itu semua orang merasa bimbang kerana Raja tersebut bermuka bengis, bimbang raja menjadi murka apabila berjumpa dengan awang. Hari yang ditunggu telah tiba, berjumpalah Raja dengan Si Awang, agak lama pertemuan itu berlaku. Sehinggalah Raja keluar dengan senyum dibibir. Setelah dirisik, tahulah mereka rupanya Raja tidak boleh berak selama 2 minggu lamanya. Keadaan itu menyebabkan raja bermuka bengis kerana menahan azab sakit tak b0leh berak..(hi..hi..hi..).

Oleh kerana awang telah berjasa kepada raja, raja melantik awang menjadi salah seorang panglima istana, ditambah lagi awang mempunyai ilmu pengetahuan dalam persilatan. Maka bahagialah awang, bertemu wanita yang baik berkahwin dan hidup aman damai.


p\s : Cerita ini adalah rekaan arwah cikgu saya tiada kena mengena dengan sesiapa..apa yang saya tulis ini untuk menceritakan bahawa dunia kanak- kanak kita akan ingat jika cerita itu unik dan kelakar..wlpn dah terlalu lama..hi..hi... teringat sewaktu kecil dulu, jika susah nak berak akan ku sebut awang hidung merah..hahahhahahahah. Sekian :)

Thursday 5 December 2013

Pengalaman; naik kapal terbang & berjumpa artis ( jonathan putra)

Meeting- meeting dan meeting, kadang- kadang rasa malas jer nak ke ibu kota kerana meeting dan sebagainya,kali ini meeting Pegawai Psikologi bawah kementerian, tapi nak buat macamna kan. Terutama sekali yang melibatkan duit sendiri dulu..lagilah malas kan... hu..hu...Disebabkan pemandu jabatan semua ada hal, jadi aku decide nak naik kapal terbang. Seriously dah 4 tahun tak naik fly..jakun juga, tapi percayalah apa yg kita takutkan akan hilang mcm tu ajer....slps kita dah lalui  ni. Selepas ni kalau rajin nak naik fly ajelah...mls nak menepah perjalanan yg jauh selama 6 jam itu.

Penerbangan aku waktu tudalam pukul 4:00 petang tapi pukul 3:00 aku dah wujud di ruang menunggu tu. Takut terlepas fly, urm lepas ni aku pandailah agak masa, pengalaman pertama buat kita memahami perkara lain dengan lebih jelas, jangan takut tersalah..hu..hu.. Lepas dah naik tu, aku tunggu jugalah siapa yg duduk kat sebelah aku..urm.. cuak juga kalau lelaki..memang tak suka :(. Ketika itulah lelaki omputih ni datang dan bagitahu seat dia sebelah aku.. dan bernasib baik sebab seat ada 3, cuma kami berdua sahaja..dia bolehlah duduk di jendela selang satu kerusi dari aku. Lega :)... Ketika itu aku fikirlah baik aku ambik gambar mat salleh ni, boleh letak dalam bl0g... hahahahha sebab bl0g ajer sebenarnya...

Ketika kapal terbang nak naik, aku nak tangkap gambar kat luar, tapi aku kan jauh dari tingkap faham- fahamlah kan mana nampak. Nasib baik mat salleh tu sanggupkan.. cuma satu ajela.segan nak minta dia tangkap lebih- lebih.hu2x. Lepas tu aku tangkap gambar dia pula. Done.. bolehlh upl0ad kat sini kan..kat bl0g yg xc0mel ni...urm...Then kami pun berb0rak..well I speaking l0nd0n okay dengan dia...Tanya dia asal mana, nak pergi mana dan sbagainya...banyak juga kami borak2, wlpn aku lihat dia agak payah nak memahami apa yg aku cakap....hahahhah memang malu gak ah, ckp b.i tunggang langgang. Akhirnya mat salleh nie cakap 'malay' dengan aku...Lor boleh cakap melayu rupanya..sebab dia dah 8 tahun tinggal di Malaysia..Lagi banyak yang aku borak dgn dia, sampai satu masa aku diam... segan nak tanya & borak lebih- lebih, jadi aku ambil ajelah magazine yang ada, belek- belek dan baca..tapi apa yg ada tak best pun. So, dia offerlah buku dia... lebih kepada 'acting'..Manalah minat..ahahhaha.. aku pulangkan balik kepada dia..aku pun tanyalah minat berlakon ke? dia cakap bolehlah...0000hhhh macmtu ajelah... lepas tu dia adalah cakap dia ni pelakon orangnya.. Seriouslly? Really?? Confuse??? hahahha...Aku blur sekejap, xkenal..kasihan kat dia..mesti dia pun xsangka aku xkenal dia...rasa nak gelak kuat- kuat sebab aku tak sangka pun.. tapi serius dia memang baik, humble, kelakar dan memang l0w profile...lansung 100% tak mcm gaya artis... berlagak pun tak. Thanks Jonathan Putra (JP) sebab tolong ambikkn gmbar & sign autograf utk saya.. Thanks sbb bagi good expression for me... I HOPE YOU WILL BE SUCCESSFUL IN YOUR CAREER.

Hp aku tak canggih jadi, gambar pun banyak blur...sorry :(


inilah Jonathan Putra (JP)

ini gmbar dia tolong ambikkan

ini sign dia..cute kan :)


ini pun sama gmbr dia t0long ambikkan

ini kapal terbang..hi..hi..

Bagitahu suami, suami pun gelak ajer..dia tahu isteri baik- baik aje..insha Allah...balik pula Alhamdulillah bersama wanita chinese..dia pun baik sgt  :)..Borak panjang denganku sepanjang penerbangan...

Sunday 1 December 2013

Pelat 'R'

Hari ni rasa teringin nak menulis entry pelat 'R'. Pelat 'R' biasanya kita lihat pada adik- adik kecil yang baru bertatih bercakap kan?Urm.. begitulah yang ku rasakan...entah mengapa pelat 'R' masih ada pada diriku..hahahahhaha.. Cuba bayangkan jawatan aku ni selalu dijemput menghadiri ceramah dan taklimat luar. Memang kadang- kadang terfikir juga jika mereka perasan kan... Akan tetapi diri ini memang tak kisah..selalu main confident ajer.

Dulu waktu mengajar kafa, pelajarku perasan siap boleh gelak lagi sebab aku tak leh sebut huruf 'R'.. aku pula gelakkan diri sendiri, dan bilang pada mereka, saya ini ustazah kamu, xleh sebut 'R' pun sekurang- kurangya berada dihadapan kamu dan mengajar kamu semua.ahhahahkkks, punyalah berlagak.. sesaje gurau dengan mereka.

Realitinya, kita tak perlu merasa malu apa yang kurang dalam diri kita, jadikanlah kekurangan itu sebagai kelebihan. Jangan mudah putus asa dan harapan.. Lalui dan laluilah segalanya... Walaupun sebenarnya kadang- kadang saya bimbang juga pelat 'R' saya nie...hi..hi..hi..

Alhamdulillah dah bersyukur kerana cukup sifat semuanya.. bersyukur kerana masih lagi dipermudahkan urusan...Biarlah pelat ini menjadikan saya lebih istimewa.... :)