Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 18 March 2015

Teambuilding Pegawai Psikologi KPM

Perkara pertama yang ingin dikongsikan adalah..... betapa puasnya dapat mengikuti teambuilding yang mana bukan kita yang handle tapi jadi peserta. hihi... Seronok... Dah lama xjoin aktiviti- aktiviti lasak dan menyeronokkan. Kem ini dibuat di El- Azhhar, Camp Morib Selangor.

Sepanjang program memang tak ambik gambar pun. Sebab tak bawa handset... Senang nak melangkah, tapi ada urusetia yang ambikkan. Cuma tak sampai  kat tangan aje lagi gambar- gambar tu.

Program ini adalah anjuran KPM untuk pegawai psikologi Kolej Komuniti dan Politeknik. Hubungan kami pun makin erat sebab dapat saling berkenalan dengan yang lain- lain.

Untuk aktiviti pertama, macam biasa ada ice breaking oleh En.Ashraf. Muzik dimainkan dan kami kena cari member yang kurang rapat untuk saling kenal mengenal. Ketika itu memang ramai jugalah yang ku tak kenal terutama Politeknik sebab kebanyakkan yang dah lama jadi pegawai psikologi. Yang best semua sporting- sporting.hihi.. Adalah juga permainan yang lain. Lastly kami dibahagikan kumpulan menggunakan perkataan I LOVE YOU SO MUCH BABY... Saya dapat kumpulan SO.

Best juga jadi bebudak balik, bila kena cipta trademark kumpulan dan diri, dan juga nama kump. Iyalah kalau time kita handle bagi kat budak. budak2 pening kepala mikir. hihi... Lepas rehat- rehat. Malam tu solat jemaah, dan sebagainya. Bermulalah permainan War Game. Cara mainnya adalah kena ada dua team, defender dan juga attacker. Fuh, berdebor yub... untuk main alah ni. Dibekalkan 5 batang lilin, lampu suluh, dan bom gatal. Cuma malam ni war game ada sesuatu berlaku pada sahabat kami. Dia patah pergelangan kaki, kasihan dia. Semoga sembuh hendaknya. Oleh itu permainan war game dihentikan.

Malam cikit, kami berkumpul kembali. Perh memang perasaan teruja tu ada, cuak pun ada... nak redah paya bakau ni. Memang rezeki kami gamaknya, berjalan ke pantai berhampiran pantai morib tu, pasirnya memang menakjubkan, sebab air surut samapai ke tengah. Tak nampak pun pantai kat mana. Kami berdiri di tengah- tengah lautan, disinari bulan terang dan bintang- bintang. Rasa macam nak tidur kat situ aje.hihi. Selepas diberi peluang seketika menikmati panorama tu, En. Rodo (Lupa la nama sebenar dia) mula membawa kami berjalan ke dalam paya bakau. Paya bakau lumpurnya boleh tahan sampai ke peha ha, mungkin sebab pendek. kiki... orang lain kat lutut ja. Kebetulan musim panas melampau tanah paya bakau tu keras cikit. bila masuk dalam lumpur nak tarik tu.....alahaiiiii..hihi... Seronok walaupun penat. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak elok berlaku. Malam tu kami dapat beredam sekejap dalam tasik untuk buang segala kotoran. Dah macam budak- budak kami ni. En. Rodo cakap kami adalah orang first golongan koporat yang nak lalui dan redah paya bakau tu. Biasanya yang lain tak mahu. ewah- ewah.... hebat kami ni rupanya. kiki... Dan satu lagi ramai juga golongan PATI yang terkandas dan meninggal dalam paya bakau tu sebab air lau naik mendadak. yang tu glurp..... telan air liur takut bila dengar. Nasib baik dia bagitahu lepas tu.huhu.

Banyak aktiviti baru yang kami cuba....nak tulis pun saya tak pasti yang mana, kayak ada, pulau ada, flying fox ada dan mengisar pun ada.
Yang kayak tu, keliling tasik aje, bertanding saper dapat.
Yang pulau tu pula, kami kena bawa tembikai sebagai marathon.... kena lalui pelbagai check point last kena makan. best gak walaupun sekejap.
Yang flying fox tu. Dia pokok bergantung... ada pelbagai jenis tali yang bergantung kena lalui sebelum flying fox. kenangan gak kat sini.... nak bagitahu pun tak best sebab tiada gambar. huhu...
Mengisar tu menjaring ikan kat dalam laut. Pengalaman baru dan best juga. Okaylah layanlah gambar yang ada ni. Sebab belum dapat lagi gambar lain yang mereka ambikkan.