Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 21 April 2015

PUISI UNTUK HARI KEMERDEKAAN

Bulan 8 pun lambat lagi, tapi hari tu ada aktiviti dari RTM Mutiara Fm disini, di Kolej Komuniti Bayan Baru kami iaitu Merentas Kampus. Jadi banyak jugalah aktiviti yang mereka raikan. Antaranya ucapan sempena hari raya, puasa, kemerdekaan dan hari malaysia.


Selepas tu ada bacaan puisi dari pelajar kami. Waktu ini aku baik hati tolong reka dua puisi... hihi... best xbest belakang kira... Jom baca cikit...

Cerita Hari Ini Dan Semalam

Masa Itu Sepi Dalam Detikan, Kelam Dalam Kabus Kesamaran
Waktu Itu Suram Tanpa Ada Sorakan,
Tenggelam Dalam Lena Yang Panjang,
Hilang Bagaikan Angin Yang Singgah Sebentar

Ketika Angin Membawa Bayu Kesuraman, Sugul Panah- Panah Yang Terkena
Kelu Lidah- Lidah Yang Terkunci, Resah Hati- Hati Yang Kecewa
Kabus Malam Menerkam Melilit Diri Mengembalikan Kenangan Silam

Subur, Segar Dalam Tautan Ingatan, Bunyi Itu Bagaikan Halilintar, Tangisan Itu Umpama Sungai Yang Sedang Berduka, Betapa Sengsara Yang Dicampak, Diherdik, Dihina Dan Dijajah.
Untuk Sebuah Panji Kemerdekaan, Biar Ditarah Seribu Luka, Biar Ditores Sejuta Nyawa,
Namun Mundur Tidak Sekali!!!

Yang Ada Pahlawan Maju Berbaris Jitu, Semakin Kuat Diasak Semakin Kemas Pautan
Bagaikan Lilitan Besi Yang Utuh, Tak Gentar Disula Api, Tak Patah Digunting Mati

Itulah Pengorbanan Perjuang Yang Bertongkatkan Semangat Pertiwi
Bangkit Bagaikan Harimau Taringnya Berbisa, Untuk Sebuah Bangsa Merdeka
Tidak Pernah Kenal Apa Itu Kekalahan.

Itu Cerita Semalam, Semangat Jati Diri Pahlawan
Walang Tidak Terperi, Gundah Hati Tiada Siapa Peduli,
Tanah Air, Ini Tanah Air Kita
Merdeka… Merdeka…
Carilah Ertinya, Gapailah Maksudnya Tanamkan Dijiwa Erti Kemerdekaan Yang Sebenar.



Oleh :- NORHAYATI BINTI ABDULLAH
Pegawai psikologi, Kolej Komuniti Bayan Baru




PUISI KEMERDEKAAN

Wahai Anak Muda

Wahai Anak Muda,
Pada Tanah Yang Subur Ini Ada Tawa, Tangis, Suka Dan Duka
Pada Tanah Yang Indah Ini
Ada Pahit, Manis, Sayang Dan Benci
Terlakar Pelbagai Cerita, Tercipta Pelbagai Sejarah

Wahai Anak Muda,
Perjuangan Kita Masih Belum Selesai,
Selagi Nyawa Masih Dibadan, Selagi Jasad Masih Berkudrat,
Nadi- Nadiku Tetap Bersemangat Waja,Mempertahankan Tanah Air Ini

Dialun Gempita Oborkan Keringat, Menyemarak Azam Tersimpul Erat,
Janji Dipatri Dipadu Mati, Asalkan Kemerdekaan
Gah! Dialun Dengan Bangganya Disanubari,

Wahai Anak Muda
Selamilah Tanah Air Yang Tercinta, Ini Dengan Rasa, Dengan roh Kemerdekaan
Suburkan Dalam Nian Bahawa Tanah Ini Tumpah Darah Kita..
Ini Darah Kita, Roh Kita, Nyawa Kita,
Pertahankanlah Walaupun Terpaksa Bergalang Nyawa.


Biarkan Jiwa Berdenyut Dengan Nadi Parajurit, Biarkan Azimat Pertiwi Tertanam Mati
Pacakkan, Pakukan Tekadkan Itu Adalah Adalah Semangat Kami Sebagai Anak Muda!!!
Biar Bergalang Nyawa, Biar Bercerai Jiwa Namun Bumi Ini Akan Terus Merdeka.
Laungkanlah Wahai Anak Muda.
Pupuklah Semangat Itu, Simpulkan Mati, Kemerdekaan Ini Akan Dipertahankan.





Oleh :- NORHAYATI BINTI ABDULLAH
Pegawai psikologi, Kolej Komuniti Bayan Baru


Alhamdulillah aktivitinya best... petang tu ada ceramah dari sham kamikaze.... 
Ini Encik Sham Kamikaze mai, untuk bagi talk berkaitan penyalahgunaan media massa... best dan menghiburkan apabila dia mula main gitar ayat- ayat cinta :)

Wednesday 1 April 2015

Buku bacaan kaunseling untuk SPA

Bercerita mengenai teori- teori kaunseling dan caranya pastinya kita sendiri pun confuse nak baca teori mana, nak tahu kepentingan manakan.... urm..kalau nak baca semua pasti sesak nafas dibuatnya..iyalah kita tak tahu apa yang perlu ditekankan.

Bukan apa, realitinya plbagai prkara lagi kita nak buat kan, kerja- kerja yang sedia ada pun banyak, macamana nak baca yang tebal2 tu. Saya hanya nak kongsikan satu jer buku yang saya baca.... tada.... buku proses&rawatan benar- benar dapat membantu...percayalah..... Buku inilah yang dapat saya cari nota2 pnting dlm stiap teori dan juga kpd pesakit mana.