Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 November 2016

Merindui sebenarnya

Memang jarang sekarang tulis sesuatu dalam blog sejak laptop rosak keyboard dan tempat kerja baru tiada internet..memang digunakan sepenuhnya komputer sahaja..jadi untuk kongsikan cerita dan mcm2 lagi agak sukar.. sedar2 awal tahun dan sekarang dah nak masuk akhir tahun alahai.. tapi tetap sayangkan blog ni
Insyaallah niatnya nak kongsikan pembelian rumah penjawat awam 1 malaysia..
Teringin nak update tentang perkara tersebut
Apapun semoga dipermudahkan tiap urusan kita..insyaallah amin :)

Tuesday 5 January 2016

Prosedur Pertukaran dari Kementerian Pendidikan Tinggi ke Kementerian Dalam Negeri


Sebelum akak menulis lagi panjang coretan ni.. Selamat Tahun Baru 2016 akak ucapkan. Walaupun dah 5 hari berlalu.. Sedar xsedar dah sebulan lebih akak berada dalam Kementerian Dalam Negeri, di IPK Kuantan bahagian jenayah. Memandangkan kita ini adalah lantikan JPA banyak cabang yang kita boleh masuk. Seriously bermula semula dari bawah. Okay ini kiranya panduan la kepada sesiapa yang nak berpindah macam akak ni. Kalau sesiapa biasa baca blog akak, ini kali ke 3 akak bertukar, First posting dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah ke Kolej Komuniti Bayan Baru ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah.

Okay la alang- alang nak cerita ni, cerita dari awal la prosedurnya...
Waktu akak berada di Politeknik dulu akak usaha cari siapa pegawai psikologi yang bekerja di Penang tapi nak balik ke kedah. Kiranya cari tu daripada kawan- kawan pegawai psikologi (ppsi) juga.
Politeknik dan Kolej Komuniti adalah dari kementerian yang sama, jadi tidak memerlukan permohonan melaui hrmis dan juga jpa. Cukuplah sekadar mengisi borang secara manual dari kerani . Nanti proses itu akan dihantar kepada Ibu Pejabat KPT. Mereka akan berikan tarikh yang sesuai dan kita bolehlah berpindah pada tarikh yang dinyatakan. Macam akak minta tangguh 2 minggu dari tarikh pertukaran. Kita kena pergi lapor diri dulu. Bagi surat penangguhan.

Untuk KPT ke KDN... totally berbeza., Hrmis, slip gaji dalam anm, semuanya akan dapat yang baru. Sebab KDN menggunakan line mereka sendiri dan kita orang awam (bukan uniform) pun akan dapat no badan. no badan inilah yang akan kita sentiasa gunakan. Kalau teringat prosedur pertukaran akak untuk masuk ke KDN ni akak boleh termenung juga nak ceritakan. tapi bolehlah dijadikan rujukan.

Permohonan akak adalah melalui HRMIS, untuk mudahkan kita.. pastikan permohonan kita tu dapat berpindah dengan penganti kemudian. Kalau berpindah dengan pengganti, agak lama la menunggu. Pujuklah bos kita a.k.a Pengarah untuk lepaskan pengganti kemudian. Alhamdulillah bos akak memahami isu yang akak hadapi. Jadi dia lepaskan akak... sebenarnya sedih nak pindah... dah selesa di Kolej Komuniti Bayan Baru tu..huhu..

Bila dah mohon tu, war- warkan la kat fb ke kat mana- mana yang ada kena mengena dengan ppsi... usha dengan kekawan pun boleh. Macam akak, akak tak target KDN atau mana- mana.. Apa yang akak nak adalah berada di Kuantan. Alhamdulillah rezeki, rakan akak ni dia nak pindah ke bukit aman tetapi dia memerlukan pengganti dulu. Maka akak pun call la bahagian JPA yang jaga perjawatan kita, bincang untuk malumkan kat mana boleh berpindah.

Disinilah dugaan sikit, JPA hantar surat kepada akak supaya lapor diri ke KDN pada 31 Nov. Jadi akak last kerja di Kolej Komuniti hari jumaat sebelum tu, bawa barang- barang semua dari pinang...penuh satu kereta ke putrajaya. Sampai disana, KDN maklumkan mereka tidak terima lagi surat akak dari JPA. Proses menunggu ambik masa selama 2 minggu untuk dapatkan surat arahan bertukar dari KDN. walaupun kita dah tahu tempat kita berpindah di mana tapi proses pertukaran itu bukanlah senang. Selama 2 minggu ni akak berada di KDN berulang dari shah alam ke putrajaya menumpang umah adik. Semua pengangkutan akak naik. Train, transit, bas, teksi... fuh kalau ingat sodih rasa... tapi demi nak dapatkan surat pindah hadap ajelah. Nasihat akak, kalau adik dari kementerian luar jangan berhenti tempat lama,. Hari lapor diri tu belum tentu dapat surat untuk proses terus ke tempat. Ada banyak lagi prosedur yang adik kena tunggu. Jadi pergi lapor diri mohon masuk kerja tempat lama sehingga dapat surat arahan dari KDN.

Akak dah sedia maklum dapat di IPK, jadi bila dapat surat penempatan dari KDN akak terus ke Bukit Aman untuk lapor diri di sana. Alhamdulillah di bukit aman sehari sahaja semuanya selesai dan kita boleh lapor diri di tempat kerja kita yang sebenar.

Kerja yang baru, suasana baru dan kawan baru. Klien juga berbeza... namun sebagai pegawai psikologi belajar dan belajar... semoga dipermudahkan...insyaallah...