Daisypath Anniversary tickers

Friday 24 November 2017

Pekerjaan adalah amanah

Tanpa sedar dah nak masuk 5 tahun blog ini dibina...  ingat lagi azam dan istiqamah saya nak update setiap hari la, paling tidak setiap minggu dan setiap bulan... akhirnya berbulan- bulan simpan. InsyaAllah saya cuba kembali fokus semula pada blog kecil saya yang comel ini.

Tanpa saya sedar juga dah 4 tahun saya memegang jawatan pegawai psikologi. Masih lagi baru, tapi sekejap rasanya berlalu. Hari ini mood nak update sebab hari ni hari lahir saya...sempena dah cukup 32 tahun ini akak nak tanamkan azam nak semakin baik, semakin fokus dan semakin elok memegang amanah ini. Tak nak putus asa atau bawakan sikap negatif dalam jiwa.

Ingin memulakan sesuatu kena ada sesuatu... maka kita yakinkan diri kita mampu melangkah dan melangkah :)

Tuesday 21 February 2017

TIPS UNTUK PAC

Assalamualaikum.. sebenarnya lama sangat dah nak berkongsi tips untuk penilaian assessment centre ni. Tapi sebab kekangan masa dan kemalasan walaupun ada tablet yang comel ini akak simpan dulu buat perkasam kiki. Apa itu PAC, kalau dulu PAC hanya glamour kepada peserta2 ambilan PTD sahaja sekarang semakin meluas. Akak pun sebenarnya sempat melalui PAC tapi tak sama seperti PTD. Okaylah tak perlu melalut panjang kita terus kepada pointnya cewah...

Kebiasaannya penilai akan melihat peserta secara keseluruhan, all out sepanjang PAC, maaf tak boleh ulas panjang- panjang.. cuma jagalah kelakuan, tingkahlaku, sikap dominasi dan sebagainya... jika penilai tu kreatif, walaupun kita hidden personaliti kita... dia still akan nampak juga... sebab dia tengok beyond... haha bukan beyonce ya..

1) Biasanya dalam PAC ada presentation.. kadang- kadang akan dapat tajuk 5 minit sebelum presentation, yang bertuah sehari sebelum.. Di sini apa yang adik lakukan?

Hafal dan ingat teks? Baca dan bawa nota? Kan.. yang tu sahaja kebanyakkan yang calon lakukan... kalau adik sebagai penilai adik rasa cukup ke sekadar hafal, baca teks dan lantangkan suara buatkan adik berjaya? ini sekadar persoalan sahaja, maaf kalau ayat kasar huhu...
Alang- alang datang PAC /temuduga buatlah sungguh2 dik.. Bayangkan bagaimana nak jadi kreatif berbanding orang lain. Sebagai contoh kalau adik dapat tajuk batik. Pada hari tersebut adik pakailah baju batik, bawalah gambar2 yang menarik, tempat yang glamour dengan batik, bayangkan adik ni seperti pemandu pelancong.
Bila sudah ada bahan, pakai baju batik dah, dah ada bahan2 material..tetiba bila adik present, adik cakap ala kadar ataupun adik hafal teks? Sayang tak? Sayangla adik ooiii... buatlah presentation tu lain dari yang lain.. adik boleh jadi pemandu pelancong, adik boleh jadi penjual batik dan sebagainya... seronok tak kalau dapat tengok calon berlakon kat depan tu? Mestilah seronok kan penilai tengok, sebab  HEBAT!!!!.
Malu la nak buat? Dik... bukannya selepas ni penilai jumpa adik pun,, kalau jumpa pun dia akan ingat adik sebab adik lain dari yang lain.

Boleh selitkan juga lawak jenaka (tapi bukan keterlaluan) dan lontarkan soalan kepada kawan- kawan untuk sama-sama dalam presentation kita. Percayalah full mark adik dapat nanti

2) Dalam PAC juga ada, perbincangan kumpulan. Waktu inilah penilai ingin melihat tahap kreativiti dan kerjasama adik dalam kumpulan. Ingatkan diri jangan sesekali bawa apa- apa pandangan negatif ataupun bertengkar dengar rakan sekumpulan. Ada caranya,yang ini adik kena kaji sendiri.. yang ni bukan tak nak kongsi tapi be yourself itu lebih baik

3) Dalam PAC juga ada permainan.. Latihan Dalam Kumpulan, nak bagitahu tips pun jadi serba salah akak.. apa yang penting be positive okay.. kena sentiasa rileks dan tidak tertekan dengan apa- apa provokasi.. alert dengan segala tindakan..ingat sentiasa positif, berkelakuan baik dan sebagainya.

4) Akhir kalam jika terpilih untuk temuduga, bawalah resume yang terbaik, pastikan gambar pasport dan bukanlah gambar print warna ya.. Susun sijil- sijil terbaik dan kalau ada bukti bergambar adik seperti adik sebagai pengarah program, ataupun adik ada aktiviti yang hebat kepilkan sekali.. kalau dapat buat demo itu lagi terbaik.. apapun wish good luck.. hahahaha malas dah nak menaip tu yang akhir kalam terus...

InsyaAllah ada rezeki tak kemana



doa ihsan google.. baca dan hembus kat penemuduga tau hihi

Wednesday 4 January 2017

Pandangan Peribadi Loan ASB

Assalamualaikum dan selamat tahun baru, akak ucapkan...akak ni bukanlah seorang yang mahir akan sesuatu perkara. Kalau nak tahu loan ASB mana yang lebih baik, dan apa faedah loan ni.. lebih baik google blog lain hihi.. cuma, di sini akak nak kongsikan sedikit berkaitan loan ini.. sekadar ilmu pengalaman sendiri.

Alhamdulillah posting pertama pada tahun 2017 ini akak sempat postkan apabila diberi peluang beli tablet baru, tak mahal sangat tapi bolehlah untuk urusan menaip sebab beserta dengan keyboard. Duit untuk beli tablet ni tentulah dari loan ASB.. eh, loan ASB? Biasanya orang selalu buat loan ASB, awal tahun camnie mereka ambik dividen asb dan masukkan balik ke dalam akaun tu... tapi akak buat sebaliknya.. akak guna selepas tolak zakat..hihi..

maka rajinlah akak setiap bulan membayarnya kembali...tak apalh sekurang2nya dapat reward pada diri sendiri kan..kan.. Okaylah akak explain sedikit mengikut pemahaman akak yang cetek ini.. ini kira kongsi cerita la ya.

Akak masih baru lagi dalam Loan ASB ni, kiranya baru 4 tahun camtu. Waktu mula2 ditawarkan loan ni sebenarnya tarik tali juga mikir... nak bayar bulan2 tu. Maka mereka pun cakap tak apa, jangan bimbang tak mampu bayar bulan2 nanti ambik dividen masukkan kembali ke dalam akaun..kiranya setiap bulan tidak perlu fikir dah.. Sehabis banyak dia nak akak buat dalam RM700 sebulan camtu...maybe selepas 25 tahun dapat dalam RM100 ribu ke atas (maaf dah lupa hihi)..

Akak bagitahu kepada encik bank tu, biar akak bincang dengan suami dan fikir dulu..Maka bermulalah google search apa kelebihan loan ASB ni... apa keburukan dia.. Akhirnya akak buat keputusan akak (jangan tiru kalau tak sama idea hihi)

Untuk orang yang kurang cermat a.k.a boros macam akak, loan asb ni menguntungkan. Sekurang2nya akak ada buat tabungan setiap bulan... maybe bagi orang lain elok simpan sendiri dalam asb tu. Tapi bagi akak elok buat pinjaman.. sebab apa? sebab kita tak akan boleh korek walaupun time terdesak..hihi, jadi duit tu kekal kat dalam akaun sehingga 25 tahun.

Seterusnya loan ini menganggu CCRIS dan CTOS kita, kalau besar pinjaman maka payahlah nak beli perkara lain pula sebab melibatkan 60% gaji, kecuali pembelian rumah tak apa.. tak menganggu.
Dan akak duk fikir, sedih juga la kalau setiap tahun dapat tak boleh guna...sebab kena masukkan balik dalam akaun loan agar kita tak penat bayar bulan2 pula..

gambar ihsan google

Jadi akak buat keputusan buat loan sedikit sahaja... dalam 50k selepas 25 tahun menabung..
Dan loan akak bayar RM300 sahaja setiap bulan.. setakat yang akak mampu dan tak menganggu sangat ccris dan ctos akak. Kena selalu remindkan diri tak apa bayar bulan, awal tahun dapat sepertimana menabung.. kiranya dekat RM3600, kdg2 lebih bergantung kepada kepada dividen.. dan duit tu sepenuhnya akak gunakan untuk enjoy ke, dan apa2 sahaja... Keuntungannya walaupun kita dah guna dividen tu, duit simpanan kita still ada.. selepas 25 tahun RM90 ribu simpanan kita dapat dan tambah dividen loan RM50.. jadi lebih kurang RM140 ribu kita dapat.. nak harapkan kita menabung selama 25 tahun tanpa korek2 amatlah mustahil huhu

Okaylah panjang lebar pula kongsi.. harap pengkongsian ini adalah sesuatu yang boleh manfaatkan adik2 yang lain lagi... dan kepada peserta PTD 2017 INTIM jumpa ya nanti insyaallah :)