Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 January 2017

Pandangan Peribadi Loan ASB

Assalamualaikum dan selamat tahun baru, akak ucapkan...akak ni bukanlah seorang yang mahir akan sesuatu perkara. Kalau nak tahu loan ASB mana yang lebih baik, dan apa faedah loan ni.. lebih baik google blog lain hihi.. cuma, di sini akak nak kongsikan sedikit berkaitan loan ini.. sekadar ilmu pengalaman sendiri.

Alhamdulillah posting pertama pada tahun 2017 ini akak sempat postkan apabila diberi peluang beli tablet baru, tak mahal sangat tapi bolehlah untuk urusan menaip sebab beserta dengan keyboard. Duit untuk beli tablet ni tentulah dari loan ASB.. eh, loan ASB? Biasanya orang selalu buat loan ASB, awal tahun camnie mereka ambik dividen asb dan masukkan balik ke dalam akaun tu... tapi akak buat sebaliknya.. akak guna selepas tolak zakat..hihi..

maka rajinlah akak setiap bulan membayarnya kembali...tak apalh sekurang2nya dapat reward pada diri sendiri kan..kan.. Okaylah akak explain sedikit mengikut pemahaman akak yang cetek ini.. ini kira kongsi cerita la ya.

Akak masih baru lagi dalam Loan ASB ni, kiranya baru 4 tahun camtu. Waktu mula2 ditawarkan loan ni sebenarnya tarik tali juga mikir... nak bayar bulan2 tu. Maka mereka pun cakap tak apa, jangan bimbang tak mampu bayar bulan2 nanti ambik dividen masukkan kembali ke dalam akaun..kiranya setiap bulan tidak perlu fikir dah.. Sehabis banyak dia nak akak buat dalam RM700 sebulan camtu...maybe selepas 25 tahun dapat dalam RM100 ribu ke atas (maaf dah lupa hihi)..

Akak bagitahu kepada encik bank tu, biar akak bincang dengan suami dan fikir dulu..Maka bermulalah google search apa kelebihan loan ASB ni... apa keburukan dia.. Akhirnya akak buat keputusan akak (jangan tiru kalau tak sama idea hihi)

Untuk orang yang kurang cermat a.k.a boros macam akak, loan asb ni menguntungkan. Sekurang2nya akak ada buat tabungan setiap bulan... maybe bagi orang lain elok simpan sendiri dalam asb tu. Tapi bagi akak elok buat pinjaman.. sebab apa? sebab kita tak akan boleh korek walaupun time terdesak..hihi, jadi duit tu kekal kat dalam akaun sehingga 25 tahun.

Seterusnya loan ini menganggu CCRIS dan CTOS kita, kalau besar pinjaman maka payahlah nak beli perkara lain pula sebab melibatkan 60% gaji, kecuali pembelian rumah tak apa.. tak menganggu.
Dan akak duk fikir, sedih juga la kalau setiap tahun dapat tak boleh guna...sebab kena masukkan balik dalam akaun loan agar kita tak penat bayar bulan2 pula..

gambar ihsan google

Jadi akak buat keputusan buat loan sedikit sahaja... dalam 50k selepas 25 tahun menabung..
Dan loan akak bayar RM300 sahaja setiap bulan.. setakat yang akak mampu dan tak menganggu sangat ccris dan ctos akak. Kena selalu remindkan diri tak apa bayar bulan, awal tahun dapat sepertimana menabung.. kiranya dekat RM3600, kdg2 lebih bergantung kepada kepada dividen.. dan duit tu sepenuhnya akak gunakan untuk enjoy ke, dan apa2 sahaja... Keuntungannya walaupun kita dah guna dividen tu, duit simpanan kita still ada.. selepas 25 tahun RM90 ribu simpanan kita dapat dan tambah dividen loan RM50.. jadi lebih kurang RM140 ribu kita dapat.. nak harapkan kita menabung selama 25 tahun tanpa korek2 amatlah mustahil huhu

Okaylah panjang lebar pula kongsi.. harap pengkongsian ini adalah sesuatu yang boleh manfaatkan adik2 yang lain lagi... dan kepada peserta PTD 2017 INTIM jumpa ya nanti insyaallah :)