Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 March 2024

STEP CLEARKAN UNTUK BELI TANAH LOAN LPPSA

 Assalamualaikum semua..lamanya tak bersiaran, menulis sebab nak kongsikan sedikit berkaitan proses untuk membeli tanah dan plan membina rumah. Proses agak rumit kerana ada beberapa perkara saya perlu settlekan, Jadinya saya menulis disini untuk sesiapa yang ingin membeli menggunakan loan lppsa. Bagi kali pertama tiada isu tapi bagi yang dah pernah guna inilah stepnya.

Saya pernah membeli rumah PPAIM, rumah khusus untuk penjawat awam pada tahun 2016. Rumah pertama itu menggunakan loan lppsa. Cumanya tanah nama pemaju selagi kita sebagai pemilik tidak membayarnya. Agak lama juga saya tidak tukarkan nama dari pihak pemaju. Rumah tersebut saya tidak tinggal dalam dua tahun macam tu saya simpan tanpa apa-apa tindakan selepas itu berulah saya mulakan penginapan homestay. Pada tahun 2022, saya terdetik untuk membuat rumah pula sebab ada pelbagai plan berkaitan rumah tak terlaksana

Rumah suami prima cherating sejak covid telah terbengkalai dan tiada pembinaan dilakukan. ketika saya menulis ni masih ada problem namun suk ada ambik tindakan harapnya ada sinar. Walaupun begitu saya dah jemu duduk kuaters suami, serius sejak 2015 hingga 2024 ni saya rasa dah habis limit jadi saya usaha untuk dapatkan tanah

Step pertama yang dilakukan adalah convert lppsa pertama kepada pihak bank. Namun pertukaran itu tidak boleh berlaku kerana nama tanah rumah saya masih nama pemaju. Saya perlu bayar RM7K kepada peguam untuk proceed perkara tersebut. 

Sebab dah tekad untuk buat rumah saya selesaikan nama tersebut dan menunggu selesai. Nama saya bertukar dan saya segera hubungi pihak BSN. Walaupun sejujurnya saya ralat sebab saya punya loan akan kembali semula tapi saya fikir ini sahaja cara yang terbaik untuk pastikan impian memilikin rumah terlaksana.. nanti saya postkan step beli tanah pula ya berapa lama masa saya proses perkara ini.

Friday, 1 December 2023

Perancangan Hidup

 Kadangkala lewat waktu itu kita terlupa lamgkah yang perlu kita corakkan. Apa mungkin kita terlalu memikirkan segalanya dan atau mungkin kita yang peduli segalanya.

Bukan betah atau prasangka tapi kita adakala keliru jalan dan watak yang dimainkan.. bukan untuk tontonan tapi untuk belajar memahami

Lelah itu biasa, kerana kita yang memilih untuk bahagia begini. Kita buat kita pilih tapi bukan bermakna kita berhak dalam segalanya. Ada yang perlu ditepis tapi kita tak mampu menghadapi semuanya kita akan tersungkur keliru dan kita tak tahu betulkah yang kita buat itu

Iya kita usaha lalui step by step dan berusaha untuk buktikan betapa bertuahnya dan betapa bersyukurnya diri diberi peluang dan rasa ini. Tapi kita tak nak semuanya kita tak nak ambik yang tak mampu sebab kita manusia kerdil yang bukan tamak tapi haloba dalam diri sahaja yang tahu

Kemahuan kehendak dan nafsu semuanya sama dan tidak pernah kalah dalam memujuk dan akhirnya akan diakui lemahnya diri dalam menangani. Disaat tersedar bangkitlah bersama kasih sayang yang tersisa... Ku taip tanpa berfikir itu lebih indah dalam notaku. Ku ingin begitu keliru sendiri dalam detak hatiku

Senang hanya kau yang tahu

Tuesday, 15 February 2022

Sakitnya Sebuah Kehilangan

Bagaimana akak sedari hidup ini hanya sementara, secara logiknya dan tauhidnya akal kita tahu, imam kita pun mengakuinya. Namun kita masih menafikan usia kita bertambah dan kita semakin tua menghitung hari. Lagha (Leka) dengan permainan duniawi, iya itu yang selalu kita buat sebab kita teruja nak capai semua perkara.

Bila menyentuh kehilangan akak sudah kehilangan ibu dan ayah, arwah ummi ketika 2011, arwah ayah ketika akhir 2017, waktu tu nak prepare untuk buat sarjana kaunseling. Abang sulung meninggal 2015. Sewaktu kehilangan ummi masih ada ayah untuk kami menagih kasih dan sayang, kehilangan abang sulung pun begitu kami kuat sebab ada ayah.

Kehilangan ayah pada 2017 sangat menyakitkan terasa kehilangan semua yang ada dan ketika itu akak mengalami kebas perasaan, kalau dengar jer orang lain kehilangan keluarga mak atau ayah akak akan diam dan  akan cakap memang kitaran dah ibu ayah akan meninggal dan sampai masa. Sangat bertuah jika mereka masih memiliki ibu dan ayah walaupun dah berusia, sebab bukan semua dapat rezeki tu. 

Kehidupan akak lalui seperti biasa, bukan tak baik sebab alhamdulillah akak dibesarkan dengan didikan agama, baca quran dan sebagainya itu ada namun bab solat sentiasa ringankan. Sebab tak ada lagi kesedaran yang sebenarnya. Akak masih lagi sibuk dengan pekerjaan dan homestay yang akak usahakan.

Tahun ini 2022 suami akak memasuki usia 40 an, dia mula berubah menjadi lebih baik selalu berjemaah ke masjid dan selalu mencari sesuatu dalam kerohanian. Akak menyokong sahaja apa yang dia lakukan namun akak tetap lalui kehidupan ini dengan baik sahaja.

Sehinggalah kak ipar maklumkan abang dimasukkan ke hospital, waktu ini masih bersangka baik sebab abang pernah dimasukkan ke hospital setahun yang lalu dan semakin pulih sedikit demi sedikit. Namun perancangan Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, abangku yang kedua ini juga turut dipanggil ilahi.
Kenapa akak tersentap dari lena yang panjang?


Ummi diambil pada usia 60 tahun, ayah 74 tahun, abang sulung 47 tahun dan abang kedua 53 tahun. Akak selalu berkata Allah dan ambik abang sulung dan ibu dan ayah. Mesti abang kedua ini akan panjang umur dan Allah jaga diri sebab anak-anak abang masih muda lagi. Keyakinanku sangat kuat dan menafikan perkara-perkara namun Allah sebaik-sebaik perancang. 

K.ipar maklumkan tak cukup dengan 30 tahun bersama, akak conggak perkahwinan 11 tahun, sempatkah untuk mencapai 30 tahun? suami dah 40 tahun, akak pun mencecah 37 tahun, kalau Allah bagi 47tahun aje macam abang sulung hanya 10 tahun yang tertinggal. Allah singkatnya perjalanan yang akak rasakan panjang ini.

Itulah hidayah yang Allah berikan, buatkan akak terfikir sampai bila nak lagha dengan kehidupan duniawi sampai bila masih main-main dengan ibadah. Semoga Allah menjaga kita sebaik-baiknya..amin

Dunia yang semakin ditinggalkan

 Sekian lama akak tidak menulis dalam ruangan nukilan ini, bukan tak rindu sangat rindu nak berkongsi kisah suka duka sepanjang menyelusuri kehidupan ini namun apakan daya masa yang ada juga adakalanya terisi dengan perkara-perkara lain dulu

Bagi tahun 2020, adalah tahun yang menyeronokkan dan menyedihkan sepertimana yang kita semua maklum covid melanda dan memberi kesan bukan sahaja kepada kewangan, kesihatan dan juga emosi semua orang. Sedikit sebanyak ia menagih pelbagai rasa dari kita. Apakan daya kudrat kita makin menurun untuk melakukan segalanya

Tahun 2020, saya juga habis belajar dengan jayanya master sains kaunseling dari UUM, walaupun skroll master diterima dari pejabat pos sahaja. (Kemungkinan konvo akan dibuat tahun ni, 2022) tapi tak tahulah sebab covid makin meningkat. Tahun ini juga diberi rezeki mengambil lesen diving nanti ada rezeki akak postkan dalam blog apa yang akak lalui dalam pengambilan lesen ni insyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang akan mendatang akan memberi sinar untuk kita menempuhi tiap impian dan dugaan yang dirancangkan. Tanpa sedar kita semakin tua kita semakin menuju ke usia tua. Terasa cepatnya masa berlalu dan masih banyak lagi impian dan angan-angan yang tidak dapat dipenuhi. Namun belajar bersyukur dengan apa yang dah dimilikki. Percayalah tiap sesuatu yang tertulis itu memang istimewa dan akan kekal dalam sanubari. InsyaAllah sama-sama kita doakan.

Kembali kepada tajuk dunia yang semakin ditinggalkan, kenapa tajuk ini akak pilih. Iya dulu akak selalu hitung perkara-perkara yang menyeronokkan dan tak sabar untuk menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan tu, tanpa memikirkan banyak perkara. Namun tahun ini (2022) ada perkara yang menyedihkan berlaku membuat akak tersentap iaitu kehilangan abang kandung tersayang. Nanti akak kongsikan berkaitan perkara tersebut kenapa akak seolah-seolah tersedar dalam lena yang panjang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang memberi kita sesuatu perkara.

Salam sayang dan kerinduan bagi semua 

Sunday, 15 September 2019

Homestay Kuantan Dihatiey ♥️♥️♥️ 3 bilik aircond












Assalamualaikum
Rm150.00 semalaman
Penginapan homesatay dihatiey💖💖💖
Bertempat di no 16 lorong ks 16
26060 Kuantan
🏠
3 bilik tidur (semua aircond)
1 bilik master katil king
1 bilik katil queen
1 bilik 2 katil bujang 
2 bilik air

Tv njoi
Peti Ais
Mesin basuh
Iron
Boleh masak
Boleh basuh baju

Rumah ends lots
👮‍♂️Perumahan yang eksklusif dengan 24 jam pegawal keselamatan
🥅Futsal court
🏸Badminton court
🚴‍♀️Joging track
⛳Playground
Tempat yang menenangkan jauh dari bunyi 💎
Berdekatan dengan
Pantai sepat - 5 minit
Serambi teruntum - 10 minit
Ana ikan bakar - 10 minit
Pantai gelora- 20 minit
Zoo mini teruntum - 22 minit
Pantai teluk cempedak -25 minit
Bandar Kuantan- 15 minit
River cruise - 20 minit
Airport - 20 minit
Muzium sg lembing -50 minit
Air terjun panching/ pandan- 40 minit
Gambang water park 40 minit
Pantai Cherating- 50 minit
Berdekatan shopping kompleks tunas manja- 10 minit
DIY -10 minit
7 eleven -10 minit
Kedai Dobi- 3 minit
Tempat makan - 3 minit
Menunggu bas 500 meter dari rumah
Dan banyak lagi kemudahan
RM150 semalaman
Hubungi
Hafizi Yahya http://www.wasap.my/+60194471983
Hayati Abdullah
http://www.wasap.my/+601114735465
#homestaykuantan
#homestaymurahkuantan

Sunday, 18 November 2018

pengukuran dan penilaian


Apakah yang dimaksudkan dengan Pengukuran dan Penilaian?
Pengukuran dan Penilaian dalam sesi kaunseling adalah satu elemen yang sangat penting dalam menjayakan sesi kaunseling. Pengujian secara psikologi bermaksud proses penilaian atau penaksiran yang dibuat ke atas tingkahlaku seseorang individu dengan cara sistematik dan saintifik. Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu mengukur ciri-ciri psikologikal individu yang mana ia melibatkan pengukuran atribut psikologi seperti ciri personaliti, minat, nilai, kebolehan, pencapaian, kemahiran, sikap dan konsep kendiri.  Pengukuran ialah pemerihalan data menggunakan sistem nombor atau secara tepatnya pengukuran telah didefinasikan sebagai pemberian nombor-nombor kepada objek atau peristiwa berdasarkan kepada beberapa peraturan.(Sidek Mohd Noah, 2005)

Manakala penilaian dilakukan kerana mempunya matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.  Penilaian adalah satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara yang mana maklumat dan bukti amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Amelia Chin Ying Yeu)

Apakah tujuan ia dilaksanakan?
Menurut Dr. Sapora Sipon (USIM) tujuan penilaian dijalankan adalah kerana mempunyai dua sebab utama. Sebab pertama ialah kerana ia boleh menentukan kemajuan klien dan sebab kedua  kerana ia boleh membantu kaunselor untuk meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan kaunseling di masa hadapan. Pada umumnya, terdapat empat tujuan utama kajian psikologi digunakan iaitu penelahan, pemilihan, pengelasan dan penilaian.

Selain itu, Erford (2007) menjelaskan empat tujuan pengukuran iaitu yang pertama adalah penyaringan, yang mana ia adalah satu prosedur yang cepat, selalunya ia melibatkan satu pengukuran sahaja. Tujuan yang kedua adalah diagnostik iaitu satu analisis yang terperinci mengenai kekuatan dan kelemahan individu sebagai satu usaha untuk memahami apa yang berlaku kepada individu tersebut. Manakala tujuan yang ketiga adalah rancangan rawatan dan mengenal pasti matlamat, ia membantu seseorang itu memahami matlamat menghadiri kaunseling disamping mengetahui rancangan rawatan untuk menjayakan sesi kaunsleing yang dijalan. Tujuan yang terakhir adalah kemajuan pemantau yang mana kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan rawatan adalah berkesan kepada klien dan tidak membahayakan.

Nyatakan jenis-jenis alat pengukuran dalam kaunseling.
Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk alat pengukuran yang berbeza. Walau bagaimanapun, setiap alat ukuran yang dibentuk dan dibangunkan adalah bertujuan untuk memastikan alat ukuran tersebut mencapai matlamat dan tujuan ianya dibentuk. Setiap alat ukuran lazimnya mempunyai ciri-ciri tertentu seperti ciri-ciri kepiawaian sampel, jenis dan tahap kebolehpercayaan dan kesahan, kebolehan dan kepercayaan ujian lain yang boleh dibandingkan, prosedur pemarkahan, kaedah pentadbiran, batasan, kekuatan, kemahiran mentadbir dan mentafsir ujian berkaitan.

Terdapat beberapa jenis alat pengukuran untuk menjalankan ujian psikologi. Antaranya ialah :
1)      Ujian Kecerdasan iatu mengukur keupayaan seseorang dalam bidang yang umum seperti keupayaan lisan, organisasi atau taakulan persepsi
2)      Ujian Bakat iaitu ujian yang mengukur keupayaan tugas atau jenis kemahiran yang lebih khusus
3)      Ujian Pencapaian yang mana ia mengukur darjah kejayaan seseorang dalam pembelajaran atau kejayaan dalam satu-satu subjek atau tugas.
4)      Ujian kreativiti iaitu ujian menilai keaslian, pemikiran asli dan kemampuan mencari penyelesaian dengan cara yang tidak diduga atau tidak seperti kebiasaan.
5)      Ujian Personaliti iaitu ujian yang mengukur tret, kualiti atau tingkahlaku yang menentukan ciri individu seseorang.
6)      Inventori Minat iaitu mengukur pilihan aktiviti atau topic dan dapat membantu individu menentukan pilihan kerjayanya.
7)      Prosedur Tingkah Laku yang mana ia menjelaskan  tingkah laku, menentukan kekerapannya, mengenalpasti situasi sebelum dan akibat daripada tingkahlaku tersebut secara objektif.
8)      Ujian Neuropsycholical iaitu ujian untuk mengukur prestasi kognitif, sensori, persepsi serta motor untuk menentukan kesan kerosakan otak ke atas lokus dan tingkahlaku.
Alat ujian boleh juga dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu ujian kognitif dan ujian yang berkaitan psikologi dan minat. Ujian keupayaan kognitif bertujuan untuk melihat apa yang dapat dilakukan seseorang jika ia berusaha untuk melakukan yang terbaik. Manakala kategori kedua bertujuan untuk melihat apakah yang mungkin dilakukan seseorang dalam keadaan seharian atau biasa.
                                       
Bagaimana  ia dilaksanakan?
Pada umumnya terdapat dua jenis pemboleh ubah  dalam pengukuran ini iaitu jenis kuantitatif dan jenis kategori. Kedua-dua jenis ini boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala yang biasa digunakan iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah.

Skala nominal adalah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah sebagai bentuk pengukuran. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan persamaan sererusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah tersebut.

Manakala skala ordinal pula ialah data yang menunjukkan urutan atau pangkat. Data disusun  daripada yang rendah kepada yang tinggi

Skala yang ketiga adalah skal jenis sela yang mana ia mempunyai urutan atau pangkat serta anggapan bahawa perbezaan antara sela wujud. Setiap skala tersebut mempunyai jarak yang sama.

Skala yang terakhir adalah skala nisbah. Skala ini mempunyai semua sifat jenis sela dan mempunyai mutlak nolai kosong. Dalam skala nisbah kosong tidak bersifat arbitrari.


RUJUKAN
Sidek Mohd Noah (2005), Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling, Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Amelia Chin Ying Yeu. Pengukuran, Pengujian dan Penilaian Pengenalan. Dicapai dari www.academia.edu
Dr. Sapora Sipon. Tujuan dan Matlamat penilaian dalam Kaunseling. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Dicapai dari https://www.scribd.com
Efford (2007) pengujian dan pengukuran dalam Sapora Sipon dan Hapsah Yusoff(2006) Pengenalan kepada Profesion Kaunseling, edisi kedua (halaman 210) Negeri Semnbilan : Universiti Sains Islam Malaysia.



Saturday, 17 November 2018

TUJUAN DAN KEPENTINGAN KOD ETIKA KAUNSELING, PRINSIP-PRINSIP PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA



1.0 PENDAHULUAN
Definisi Etika                                                                                                                                                    Menurut Nash (2007) ( dalam Shamsuddin, Khairuddin& Azahari 2009), menyatakan etika adalah satu daripada cabang pengajian falsafah yang menumpukan persoalan moral dan moral pula adalah sains berkaitan dengan tingkah laku manusia
Manakala menurut Maznah & Zainal (2006) definisi mengenai kod etika berikut dapat memudahkan anda memahami perkara ini secara lebih terperinci :
1.      Suatu sistem tingkahlaku bagi sesuatu pekerjaan
2.       Satu set standard atau piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan memberi panduan kepada ahli dan orang luar organisasi berkenaan (Gladding, 1999  dalam Maznah, 2006)
            Menurut Syarifah Habibah (2015) Etika berasal dari bahasa yunani “ ethes ’’ ertinya adat. Etika adalah ilmu yang menyelidiki baik dan buruk dengan memperhatikan perbuatan manusia sejauh yang diketahui oleh akal pikiran.
            Manakala bagi pandangan Noryati (2013) satu sistem dasar akhlak atau tingkahlaku atau kesusilaan. Etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul atau salah. Etika adalah lebih bersifat teori.
Remley (1996) ( dalam Corey, Corey & Callanan, 2003) menyatakan etika juga adalah mewakili matlamat aspirasi atau idea yang maksima dan standard yang digariskan oleh persatuan professional yang mana mereka dikuatkuasakan oleh persatuan profesional, lembaga persijilan kebangsaan dan lembaga kerajaan yang dikawal selia oleh profession.             Berdasarkan Nik Alila (2012)  Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010).
Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
2.0 TUJUAN DAN KEPENTINGAN KOD ETIKA KAUNSELOR

Menurut Maznah & Zainal (2006) kaunseling, seperti profesion yang lain juga mempunyai panduan perlakuan yang sesuai atau tidak sesuai diamalkan dalam pelaksanaan tugas secara formal. Kod etika kaunseling diwujudkan oleh PERKAMA atau Persatuan Kaunseling Malaysia, lama sebelum Akta Kaunselor 1998 diwartakan.

Asas Kod Etika Kaunselor
Lazimnya, kod etika sesuatu profession itu:
1.      Berdasarkan nilai-nilai murni tempatan dan sejagat
2.      Beruibah mengikut keperluan atau situasi
3.      Fokus kepada penghargaan kendiri, dignity dan keunikan individu
4.      Berdasarkan hak dan peluang individu

Fungsi atau Kegunaan  Kod Etika Kaunselor
Berikut adalah ringkasan berkenaan fungsi atau kegunaan kod etika kaunselor:
1.      Beri perlindungan kepada ahli daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku sesuatu bukan sebab kesalahan kaunselor
2.       Beri perlindungan kepada klien daripada layanan atau tindakan tidak professional kaunselor.
3.      Mempertingkatkan tahap profesionalisme kaunselor
4.      Sebagai panduan kepada pengamal kaunseling.
            Manakala menurut Hapshah & Sapora (2014), etika dan perundangan dalam profesion kaunseling bertujuan memantau semua ahlinya dan melaksanakan kekakuran tatasusila dan mendisplinkan salah laku ahlinya mengikut peraturan dan undang- undang.

Kepentingan Etika
            Berdasarkan Rafidah Aga & Lau Poh li (2016) boleh memahami kepentingan etika dengan memahami tema umum yang wujud dalam kebanyakkan kod etika. Sebagai contoh, Koocher dan Keith- Speiget (2008) merumuskan tema- tema itu seperti berikut :
1.      Menjaga kebajikan klien (pelanggan)
2.      Memberikan khidmat skop kompetensi diri
3.      Tidak memberi kesan yang buruk kepada profesion klien
4.      Bertindak secara beretika dan bertanggungjawab (contoh: tingkah laku beretika)
5.      Mengelakkan eksploitasi (contoh tingkahlaku tidak beretika)
6.      Menjaga maruah profesion dengan berusaha untuk mencapai standard amalan profesion paling tinggi.

Melalui buku panduan yang digariskan oleh PERKAMA (2016) menyatakan tujuan dan kepentingan Kod Etika adalah seperti berikut :
1.      Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara professional. Dengan demekian, mereka dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik serta memupuknilai-nilai profesion dengan cara terbaik;
2.      Mewujudkan prinsip- prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan-amalan yang terbaik;
3.      Membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan tanggungjawab etika semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia);
4.      Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia); dan untuk
5.      Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor.

Menurut Malek (2007) kepentingan dan tujuan etika kaunselor adalah :
1.      Kod Etika ini bertujuan menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor. Ia juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod etika ini menggariskan piawian perlakuan dalam menjalinkan perhubungan professional dengan klien, rakan- rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta msayarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku sesuai dengan kedudukan dan identity sebagai seorang kaunselor.
2.      Kod Etika ini berasaskan nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan pada penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang mereka. Ia juga berasakan profesion kaunseling itu sendiri yang menggunakan nilai-nilai murni.
3.      Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor perlu menunaikan tanggungjawab etika dengan pertimbangan berasaskan kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.
4.      Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebgai instrument bagi menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak perlu digunakan bagi mengenakan tindakan displin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimun.

            Menurut Nik Alila (2012) matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien. Oleh itu, pentingnya mengaplikasikan kaunseling bersama kod etika agar jadi panduan kepada kaunselor dalam menangani sesuatu isu.

Menurut Mohammad Aziz Shah et al,. (2009) etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu , masyarakat dan organisasi 
Individu
Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.
Organisasi
Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
Masyarakat
Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.




3.0 PRINSIP-PRINSIP PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA APABILA  MENGGUBAL KOD ETIKA
            Prinsip- prinsip penting yang perlu diambil kira apabila menggubal kod etika iaitu 6 prinsip etika kaunseling :
1)      Autonomy
2)      Nonmalefience
3)      Beneficence
4)      Justice
5)      Fidelity
6)      Veracity

1.      Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)
Menurut Rafidah Aga & Lau Poh li (2016) autonomi merujuk kepada keazaman kendiri, atau kebebasan klien untuk mentadbir sendiri rangka kerja sosial dan budaya mereka. Contohnya ahli psikologi perlu sentiasa menggalakkan klien untuk berkembang dan membangun dalam konteks sosiobudaya mereka sendiri.
Manakala Khadijah Rohani & Nazariah (2007), autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Contoh kes :
.Ali berumur 40 tahun masih belum berkahwin dan telah berjumpa kaunselor untuk mendapatkan khidmat bantuan. Namun kaunselor tersebut telah mendaftarkan Ali di program mencari jodoh tanpa persetujuan Ali. Ali menyatakan dia tidak berkeinginan untuk menyertai program tersebut. Malangnya kaunselor telah pun mendaftarkan Ali dan meminta Ali untuk teruskan penyertaan. Adakah ini melanggar hak autonomi?  Ya, kerana kaunselor telah melanggar kebebasan klien untuk membuat pilihan dan tidak menggalakkan klien berfikir dan membuat keputusan sendiri.

2.             Nonmaleficence (Tiada Kemudaratan)
Menurut Rafidah Aga & Lau Poh li (2016) nonmaleficence bermaksud mengelak melakukan kemudaratan, termasuk mengelak daripada mengambil tindakan yang berisiko menyakitkan klien. Contohnya, ahli psikologi sentiasa berusaha untuk memberi manfaat kepada orang yang mereka bantu.
Menurut Patterso & Welfel (dalam Khadijah Rohani & Nazariah 2007), nonmaleficence bermaksud kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada klien di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
Contoh kes :
Seorang kaunselor peribadi menawarkan kepada klien untuk mendera orang lain pula bagi mengatasi trauma klien yang pernah di dera suatu ketika dahulu. Kaunselor itu percaya dengan timbal balik apa yang berlaku dapat mengatasi isu trauma yang dihadapi oleh klien. Adakah ini beretika? Tidak, scenario ini mengambarkan kesalahan dalam etika nonmalefiecence . Ini kerana penderaan yang berlaku itu akan meninggalkan kesan trauma kembali kepada mangsa yang didera dan perkara tersebut tidak akan berkesudahan.




3.      Beneficence (Amal Jariah)
Rafidah Aga & Lau Poh li (2016) adalah melakukan kebaikan kepada orang lain dan menggalakkan kesejahteraan klien. Contohnya ahli psikologi berusaha untuk menjaga klien sebaik-baiknya dan menghormati maruah klien.
Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar. (Khadijah Rohani & Nazariah, 2007)
Contoh kes :
Klien datang di jabatan kaunselor menyatakan berkaitan isu eating disorder . Tiada seorang pun kaunselor mahir dalam membantu berkaitan eating disorder, tetapi klien memerlukan bantuan kaunselor wanita telah melakukan kaunseling dengannya. Kaunselor tersebut sedar bahawa dia kekurangan kemahiran berkaitan isu tersebut dan telah mendapatkan khidmat konsultasi yang pakar dalam gangguan pemakanan. Adakah kaunselor melakukan perkara terbaik untuk klien?
Ya, scenario ini mengambarkan beneficence . Kaunselor bersedia untuk menambahkan kompentensi dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk membantu isu klien. Apabila tiada kaunselor lain yang mempunyai pengetahuan dalam isu tersebut, adalah dibolehkan bagi kaunselor mencari konsultasi dan penyeliaan dari yang pakar (Cottone & Tarvydas, 2016)
4.                  Justice ( Keadilan)
Prinsip ini menjelaskan bahawa semua insan adalah sama dan mendapat layanan saksama. Prinsip ini juga berasaskan dua kriteria 1) sama dari segi keperluan (setiap insan itu mendapat peluang yang tersendiri kerana setiap insan itu adalah unik) 2) sama dari segi merit (setiap insan itu perlu mendapat layanan mengikut permasalahan masing-masing). (Sapora & Hapsah, 2014).
            Justice adalah bermaksud bersifat adil dengan memberikan layanan yang sama dengan sebaik-baiknya. Contohnya, ahli psikologi harus memberikan akses perkhidmatan sama rata kepada semua orang tanpa mengambil kira latar belakang dan budaya mereka. (Rafidah Aga & Lau Poh li 2016)
Contoh kes :
Kaunselor telah membuat temujanji dengan kliennya berbangsa orang asli. Pada hari yang ditetapkan klien tersebut telah datang kepadanya. Namun pada hari tersebut datang klien berbangsa melayu secara walk in dan sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi jika dibenarkan berjumpa terlebih dahulu. Kaunselor menerima perlawaan tersebut dan meminta klien yang berbangsa asli itu menunggu dan menganggap tidak menjadi kesalahan  membiarkan klien itu. Adakah ini bertentangan dengan etika? Ya, ini kerana kaunselor lebih mementingkan  keuntungan tanpa memikirkan perasaan klien dan tidak justice terhadap klien tersebut.
5.              Fidelity (Kesetiaan)
            Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel ( dalam Khadijah Rohani & Nazariah 2007), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan  serta membuat janji yang jujur terhadap klien. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.
            Fidelity juga bermaksud ahli psikologi professional memberikan komitmen yang realistik dan berpegang kepada janji mereka. Contohnya, ahli psikologi kaunseling sentiasa berusaha untuk menghormati kepercayaan yang diberikan oleh klien dalam hubungan kaunseling dan menunaikan janji mereka untuk membantu klien. (Rafidah Aga & Lau Poh li 2016)
6.             Veracity (Kebenaran/ Ketulusan)
            Prinsip veracity berarti penuh dengan kebenaran. Nilai ini diperlukan oleh pemberi pelayanan kesehatan untuk menyampaikan kebenaran pada setiap klien dan untuk meyakinkan bahwa klien sangat mengerti. Prinsip veracity berhubungan dengan kemampuan seseorang untuk mengatakan kebenaran.
            Veracity juga bermaksud  ketulusan yang melibatkan kewajipan pengamal psikologi untuk berkhidmat dengan ikhlas dengan klien. Contohnya, ahli psikologi mesti berusaha untuk tulus dengan klien mereka supaya kepercayaan antara ahli psikologi dengan klien dapat dibina dan dipelihara. (Rafidah Aga & Lau Poh li 2016)
Contoh kes fidelity dan veracity:
Seorang pelajar lelaki telah datang kepada kaunselor menceritakan isu jerawat yang ada pada dirinya. Walaupun bukan ditahap yang serius, tetapi kaunselor menghormati kepercayaan klien yang begitu susah hati dan takut diejek oleh kawan-kawannya yang lain. Oleh itu kaunselor telah membantu klien sehingga pulih. Kaunselor juga tidak menularkan cerita tersebut kepada rakan sekerja iaitu guru-guru pelajar tersebut berkaitan jerawat yang dihidapinya.. Adakah ini bertentangan dengan etika? Tidak, Ini kerana menunjukkan sikap fidelity dan juga veracity kaunselor kepada klien




4.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN YANG DAPAT KEMUKAKAN JIKA TERDAPAT PERCANGGAHAN KOD ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG, POLISI DAN PERATURAN NEGARA

            Menurut Donna, Stacy & Henning (2016), didapati dilema dalam etika dan mempunyai kod etika yang akan membimbing dilema ini, jadi diperlukan untuk mengetahui bagaimana membuat keputusan beretika. Sesungguhnya perlulah mahir dalam penggunaan model agar dpat diaplikasikan dan digunakan. Proses etika membuat keputusan terjadi apabila kaunselor berhadapan dengan dilema dan mesti mencari penyelesaian.

Model Membuat Keputusan Beretika
Teori berdasarkan model membuat keputusan beretika mempunyai beberapa model antaranya adalah ;
1)      Sileo dan Kopala (1993) A-B-C-D-E Worksheet
2)      Corey, Corey, Corey dan Callahan (2015)
3)      Tarvydas (2012) Integrative Decision Making Model Of Ethical Behavior

Sileo dan Kopala (1993) A-B-C-D-E Worksheet
            Model ini dikenali sebagai A-B-C-D-E kertas kerja, yang mana menfokuskan kepada beneficence (kebaikan). Proses yang dilakukan adalah seperti berikut :
A-    Assessment : Membuat penilaian pada semua faktor yang boleh menyebabkan etika dilema terjadi. Secara umumnya, kaunselor mesti menilai dengan pandangannya sendiri terhadap kelemahan dan kekuatan klien.
B-    Benefit : Apa kebaikan yang diperolehi oleh klien demi mengelakkan klien bersedih dan juga keputusan tersebut memberi impak yang baik kepada yang terlibat.
C-    Consequences and consultation : Apakah akibat seperti undang-undang, etika dan therapeutik? Kaunselor mesti merasa akibat ini mendatangkan konflik antara satu sama lain. Sebenarnya langkah ini adalah kombinasi yang melibatkan konsultasi dengan yang lain untuk menentukan akibat yang mungkin tidak disedari.
D-    Duty : Sileo dan Kopala mencadangkan kaunselor bertanya pada diri kepada siapa tugasan ini dilakukan. Adakah untuk klien atau yang lain yang terlibat?
E-    Education : Kaunselor mesti memmpunyai pengetahuan berkaitan kod etika dan juga undang- undang dan polisi.
Secara jelasnya, model ini mudah dipraktiskan oleh kaunselor dan didokumentasikan. Jawapan bergantung kepada perubahan dilema yang dihadapi oleh kaunselor, tetapi prosesnya tetap sama. Kebanyakkan kaunselor mendapati model ini sesual dipraktikkan bagi penilaian dilema etika.

Corey, Corey, Corey dan Callahan (2015)
            Praktikal yang lain, langkah- langkah model yang diperkenalkan oleh Corey, Corey, dan Callahan 1998 yang disemak sepanjang tahun. Model ini mempunyai lapan langkah membuat membuat keputusan beretika iaitu :
1.      Peringkat pertama
Kenal pasti masalah atau dilema : Kaunselor mestilah mengenalpasti dan menyatakan isu etika yang berlaku pada awal lagi untuk mencari jalan penyelesaian. Letakkan dilema tersebut dalam perkataan sebagai permulaan bagi membuat keputusan beretika. Jika ada masalah, apakah masalah tersebut? Adakah etika, undang-undang atau keduanya? Adakah moral dan nilai juga terlibat? Jika ya bagaimana?
2.      Peringkat kedua
Kenal pasti isu-isu etika yang berkemungkinan : Apabila kaunselor menyatakan, kaunselor dapat melihat dari pelbagai perspektif. Apa yang memberi manfaat kepada klien kamu? Apa yang memberi manfaat kepada yang lain yang terlibat? Bagaimana kaunselor memberi keutamaan kepada kebimbangan tersebut? Bagaimana kaunselor melibat klien tersebut? Isu ini perlu diketahui dari awal proses lagi.
3.      Peringkat ketiga
Rujuk kod etika yang relevan : Langkah ini menggangap kaunselor telah mengetahui dan sedar akan kod etika . Kaunselor mestilah sedar akan kod etika yang boleh dibuat panduan.
4.      Peringkat keempat
Ketahui undang-undang dan peraturan yang berkaitan : Kod etika dan undang- undang adalah tidak sama. Kod adalah konsep sebagai profesion yang dipersetujui manakala undang- undang adalah peraturan yang ditetapkan keseluruhannya.
5.      Peringka kelima
Dapatkan konsultasi : Kaunselor tidak perlu dilakukan secara berasingan. Adalah penting mempunyai rakan, penyelia dan lain-lain yang mana mampu membantu dalam dilema etika.
6.      Peringkat keenam
Pertimbangan tindakan yang mungkin dan boleh diambil : Apa yang akan berlaku ketika tindakan diambil? Dan sekiranya saya lakukan, apa maksudnya? Cari jalan untuk selalu menilai diri sebelum memilih salah satu. Secara tambahan, jika salah satu pilihan itu melibatkan penyelesaian klien.
7.      Peringkat ketujuh
Jangkakan kesan pelbagai tindakan : Buat apa yang boleh untuk menentukan dan menilai potensi akibat dari pilihan langkah ke 6. Fikirkan prinsip etika yang akan menentukan akibatnya.

8.      Peringkat kelapan
Tentukan apa tindakan yang terbaik : Walaupun banyak potensi keputusan, tapi tak semuanya adalah sempurna, namun tetap perlu diputuskan. Jika perlukan banyak konsultasi sebelum membuat sebarang keputusan, jadi dapatkannya terlebih dahulu. Namun perlu diingatkan walaupun mendapatkan konsultasi dari konsultan, penyelia dan lain-lain, keputusan yang dilakukan adalah tanggungjawab kaunselor.

Tarvydas (2012) Integratif Model Membuat Keputusan Beretika (Tingkahlaku)
Terdapa empat peringkat di dalam model Tarvydas iaitu :
1.      Peringkat Pertama
Interpretasi keadaan melalui kesedaran dan pertemuan fakta : Dalam peringkat ini, kaunselor  sendiri sedar dan sensitif pada keadaan. Dalam masa yang sama kaunselor menilai lebih dari klien dan untuk kaunselor menentukan semua pihak yang berkepentingan dalam isu ini dan mencari fakta melalui kolabrasi dengan pihak berkepentingan.
2.      Peringkat kedua
Merumuskan keputusan beretika : Dalam peringkat ini, kaunselor haruslah menimbangkan kod yang relevan dan juga dari segi unang undang dan mempertimbangkan tindakan yang mungkin diambil. Ini bermakna kaunselor mempertimbangkan kesan negatif dan juga positif . Kaunselor jug boleh mendapatkan nasihat dari professional sebelum melakukan tindakan terakhir.
3.      Peringkat ketiga
Memilih tindakan dengan membuat pertimbang nilai yang tidak bermoral, personal blind spots dan juga prasangka : Peringkat ini melibatkan proses reflektif. Kaunselor refleks dari segi nilai, moral, titik butadan prasangka yang dikenalpasti dalam analisis membuat keputusan. Menilai juga dari sudut yang lebih besar sebelum mempertimbangkan membuat keputusan
4.      Peringkat keempat
Merancang dan melaksanakan tindakan pilihan yang dipilih : Akhirnya kaunselor membuat perancangan untuk diikuti melalui pilihan yang dipilih. Mempertimbangkan halangan yang berpotensi dan buat rancangan terlebih dahulu untuk menangani perkara ini. Pada akhirnya, mereka mesti mendokumentasikan dan menilai setiap tindakan menentukan  membuat keputusan beretika pada masa akan datang.
Contoh Case Study
 Ahmad berusia 43 tahun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan masih belum berkahwin. Ahmad datang berjumpa dengan kaunselor bagi mengawal sikap marahnya. Ini kerana Ahmad telah bercinta dengan seseorang yang bernama Maisara selama 3 tahun.
 Baru-baru ini Maisarah memutuskan hubungan dengannya kerana tidak tahan dengan sikap barannya. Ahmad merasa sangat kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan Maisara. Perasaan tidak puas hati itu pernah menyebabkan Ahmad memukul Maisara ketika hubungan diputuskan.
Selepas kejadian itu berlaku Ahmad tidak lagi berjumpa dengan Maisara sehinggalah baru-baru ini Ahmad mengetahui bekas kekasihnya itu ingin berkahwin. Ketika berjumpa dengan kaunselor Ahmad menyatakan masih tidak mampu mengawal marahnya kerana telah ditipu sehingga terdetik ingin mencederakan atau membunuh sahaja bekas kekasihnya itu dari mengahwini orang lain. Ahmad mempunyai rekod klinikal berkaitan kesihatan mental.
Kaunselor telah bertindak selepas mendapat konsultasi dari professional dan medapatkan rekod klinikal daripada professional kesihatan mental dan telah membuat keputusan beretika dengan melaporkan kepada Maisara agar membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Adakah tindakan kaunselor ini beretika?
Isu Kerahsiaan
Kerahsiaan merupakan satu isu yang mempunyai implikasi etika dan perundangan (Bokhari, Najmuddin & Rosli, 2012). Dalam kajian Hermann, Legget & Remley (2008), telah mengatakan bahawa pendedahan  maklumat sulit tentang klien boleh mengakibatkan implikasi undang-undang. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang membolehkan kaunselor berkompromi dalam isu kerahsiaan (Mizan & Halimatun, 2006)  iaitu:
i)                   Keperluan menyediakan rekod.
ii)                 Keperluan kaunselor diselia.
iii)               Keperluan untuk membela diri orang lain.
iv)               Bekerja dengan profesional yang lain.
v)                  Penglibatan dalam latihan, seminar, bengkel dan lain-lain.
vi)               Kes-kes di mana undang-undang memerlukan maklumat diberikan.
Terdapat beberapa pengecualian kepada kerahsiaan iaitu apabila ia dimandatkan oleh undang-undang, pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien dan konflik antara kewajipan memberi amaran dan kewajipan untuk melindungi. (Rafidah Aga & Lau Poh li , 2016)
Kewajipan untuk melindungi mangsa melibatkan tiga tanggungjawab yang khusus seperti berikut :
a)      Mengenal pasti klien yang berkemungkinan melakukan kecederaan fizikal kepada pihak ketiga
b)      Melindungi pihak ketiga daripada klien yang dinilai berbahaya
c)      Merawat klien yang berbahaya

Cadangan Dan Penyelesaian Yang Dapat Kemukakan
Glosoft dan rakan-kan (2000), (dalam Rafidah Aga & Lau Poh li, 2016) memberi cadangan kepada kaunselor yang ditanya untuk mendedahkan maklumat sulit klien dalam prosiding undang-undang. Antara cadangan mereka ialah:
a)      Penggunaan dokumen persetujuan termaklum untuk menjelaskan prameter kerahsiaan
b)      Memaklumkan kepada klien tentang situasi pendedahan dan melibatkan mereka dalam proses tersebut
c)      Mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan klien
d)      Jika maklumat perlu dinyatakan, hanya berikan pendedahan yang minimum
e)      Mendokumenkan semua tindakan yang diambil dan apa-apa maklumat yang didedahkan
f)       Mengamalkan perundingan dengan rakan-rakan sekerja mengenai penghakiman klinikal dan dengan peguam mengenai kewajipan undang-undang
Kaunselor yang berhadapan dengan klien yang berbahaya harus mengambil langkah-langkah tertentu untuk melindungi masyarakat awam dan meminimumkan liabiliti mereka sendiri, seperti berikut:
a)      Mengambil perhatian terhadap sejarah perkembangan klien
b)      Memaklumkan klien tentang batasan kerahsiaan
c)      Membuat rekod mengenai nota ancaman atau pernyataan daripada klien yang berbahaya
d)      Dapatkan perundingan
e)      Membuat rekod mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk melindungi masyarakat
           
Perseptif Undang-undang : Model Corey
            Profesional kesihatan mental mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu :
1)      Melindungi keselamatan masyarakat daripada klien yang berpotensi berbahaya
2)      Melindungi klien daripada ancaman diri sendiri (privasi dan keselamatan klien)
Corey dan rakan-rakan (2010), ( dalam Rafidah Aga & Lau Poh li , 2016), memperkenalkan garis panduan umum iaitu merabgkumi lapan langkah berikut:
a)      Mendpatkan persetujuan termaklum
b)      Membuat perancangan awal menerusi perundingan
c)      Menyediakan pelan kontinjensi
d)      Mendapatkan insuran liability professional
e)      Melibatkan klien dalam proses perbincangan tentang isu kerahsiaan dan batasannya
f)       Mendapatkan maklumat sejarah klien secara terperinci
g)      Dokumen secara bertulis
h)      Melaksanakan prosedur memberi amaran
Selain daripada kewajipan memberi amaran, kaunselor bertanggungjawab untuk melindungi klien dan masyarakat daripada ancaman yang berpotensi diakibatkan oleh klien yang berbahaya seperti berikut :
1)      Memeriksa dan memastikan dokunmen persetujuan termaklum adalah jelas.
2)      Mendapatkan butir- butir dan kontak peguam daripada organisasi professional
3)      Mengkaji kod etika organisasi professional anda (seperti Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia) mengenai isu- isu yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.
4)      Berkenalan dan mendapatkan kontak professional yang berpengalaman dalam menangani klien yang berbahaya atau ganas.
5)      Jika keganasan klien dikesan pada peringkat awal temu bual, cuba dapatkan rekod klinikal daripada professional kesihatan mental yang pernah berjunpa dengan klien tersebut, sekiranya klien pernah mendapat rawatan kesihatan mental sebelumnya.
6)      Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu bengkel berkaitan penilaian dan pengurusan klien yang berbahaya.
Berdasarkan isu kes diatas, digariskan panduan kepada kaunselor sekiranya menghadapi dilema menggunakan pilihan model yang ada sebelum membuat keputusan beretika. Di samping itu kod etika kaunselor perlulah dirujuk apabila menghadapi situasi isu-isu etika kaunseling.

Kesimpulan
Menurut Rokiah . et al,. (2007) menyatakan bahawa kaunselor juga tidak terlepas daripada risiko dikenakan saman kepada amalan-amalan yang salah. Memberi maklumat berkaitan perkara- perkara sulit adalah anatara perkara yang dikaitkan dengan tindakan saman. Namun sesuatu kes yang diberikan pengecualian seandaninya kes itu melibatkan perkara- perkara yang memudaratkan atau mengancam diri klien sendiri atau orang lain. Sebagi kaunselor berdaftar, kaunselor perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan sentiasa mematuhi segala etika kaunseling yang ditetapkan dalam pengamalannya.
Mengikut Brockett (1988), (dalam Shamsuddin, Khairuddin & Azahari, 2009) terdapat tiga dimensi utama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan etika. Ia bermula dengan sistem nilai yang dipegang oleh seseorang profesional dan diikuti pula dengan pemilihan yang perlu dibuat berasaskan keutamaan mengikut tanggungjawab yang dipegang. Setelah itu barulah amalan beretika dapat diamalkan dalam bentuk kenyataan seperti kod etika yang dipegang sebagai peraturan untuk mengawal perlakuan setiap ahli dalam satu persatuan profesion
RUJUKAN

ACA Code Of Ethics, American Counseling Association, (2014).
Corey G. , Corey M.S., & Callanan P. (2003).  Issues and Ethics In The Helping Professions.       ( 6th ed.). Belmont, USA: Brooks/ Cole Publishing Company.
Cottone, R.R., & Tarvydas, V. (2016). Ethics and Decision Making in Counseling and      Psychoterapy. (4edition). USA: Springer Publishing Company, LLC
Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.
Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah  Ab. Samad.(2007).  Bimbingan dan Penasihatan       Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kod Etika Kaunselor : Lembaga Kaunselor (Malaysia) (2016). Kuala Lumpur : Lembaga Kaunselor Malaysia.
Malek Muhamad Said. (2007).  Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah . Kuala Lumpur : Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.
Maznah Baba & Zainal Madon. (2006). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur : Pts Professional    Publishing Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2006). Kaunseling Individu:      Apa dan Bagaimana (Edisi Kedua), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohamad Bokhari, Syed Najmuddin Syed Hassan, & Rosli Saadan. (2012). Hubungan     Antara Kefahaman, Kesedaran Dan Amalan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan Kaunselor Malaysia. Jurnal Of Human Capital Development, 5 (1), 1985-7012
Mohamed Sharif Mustafa. (1998) . Kaunseling Islam. Jurnal Pendidikan, Universiti         Teknologi Malaysia 4 (1) 19-30
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh ,       Syed Sofian Syed Salim & Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan       Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Alila. ( Mac, 2012). Rasional Mengapa Etika Profesional Sangat Ditekankan Dalam             PerkhidmatanKaunseling. Dimuat turun daripada https://nikalila.wordpress.com   
Noryati Binti Mohd Jomuin .(2013). Etika Dan Moral Profesional Dalam Kalangan Pelajar        Sarjana Yang Telah Menjalani Program Latihan Mengajar. Johor : Universiti Tun Hussein Onn
Rafidah Aga Mohd Jaladin., & Lau Poh Li. (2014). Isu Profesional Dan Etika Dalam       Kaunseling Dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rokiah Mat Jusoh, Aziah Abdul Ghani, Hasyati Hassan & Nolia Othman.(2007). Kerjaya            Sebagai Kaunselor. Kuala Lumpur : Pts Professional Publishing Sdn. Bhd
Sapora Sipon & Hapshah Yusof. (2014). Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling. (Edisi          Kedua)  Negeri Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia
Shamsuddin Ahmd, Khairuddin Idris & Azahari Ismail.  (2009) . Dimensi Amalan            Kaunseling. Jurnal Malim  10
Sheperis, D.S., Henning, & S., Michael, K. (2016). Ethical Decision Making for the 21st Century Counselor. USA : SAGE Publications, Inc.
Syarifah Habibah. (2015). Akhlak dan Etika Dalam Islam. Jurnal Pesona Dasar, Universiti         Syiah Kuala 4 (1) 73-87
Taip Abu & Abdul Halim Othman. (2009). Kaunseling Untuk Kesejahteraan- Satu Kajian            Kes Perkhidmatan Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 12 (6), 1-17