Assalamualaikum.. sebenarnya lama sangat dah nak berkongsi tips untuk penilaian assessment centre ni. Tapi sebab kekangan masa dan kemalasan walaupun ada tablet yang comel ini akak simpan dulu buat perkasam kiki. Apa itu PAC, kalau dulu PAC hanya glamour kepada peserta2 ambilan PTD sahaja sekarang semakin meluas. Akak pun sebenarnya sempat melalui PAC tapi tak sama seperti PTD. Okaylah tak perlu melalut panjang kita terus kepada pointnya cewah...
Kebiasaannya penilai akan melihat peserta secara keseluruhan, all out sepanjang PAC, maaf tak boleh ulas panjang- panjang.. cuma jagalah kelakuan, tingkahlaku, sikap dominasi dan sebagainya... jika penilai tu kreatif, walaupun kita hidden personaliti kita... dia still akan nampak juga... sebab dia tengok beyond... haha bukan beyonce ya..
1) Biasanya dalam PAC ada presentation.. kadang- kadang akan dapat tajuk 5 minit sebelum presentation, yang bertuah sehari sebelum.. Di sini apa yang adik lakukan?
Hafal dan ingat teks? Baca dan bawa nota? Kan.. yang tu sahaja kebanyakkan yang calon lakukan... kalau adik sebagai penilai adik rasa cukup ke sekadar hafal, baca teks dan lantangkan suara buatkan adik berjaya? ini sekadar persoalan sahaja, maaf kalau ayat kasar huhu...
Alang- alang datang PAC /temuduga buatlah sungguh2 dik.. Bayangkan bagaimana nak jadi kreatif berbanding orang lain. Sebagai contoh kalau adik dapat tajuk batik. Pada hari tersebut adik pakailah baju batik, bawalah gambar2 yang menarik, tempat yang glamour dengan batik, bayangkan adik ni seperti pemandu pelancong.
Bila sudah ada bahan, pakai baju batik dah, dah ada bahan2 material..tetiba bila adik present, adik cakap ala kadar ataupun adik hafal teks? Sayang tak? Sayangla adik ooiii... buatlah presentation tu lain dari yang lain.. adik boleh jadi pemandu pelancong, adik boleh jadi penjual batik dan sebagainya... seronok tak kalau dapat tengok calon berlakon kat depan tu? Mestilah seronok kan penilai tengok, sebab HEBAT!!!!.
Malu la nak buat? Dik... bukannya selepas ni penilai jumpa adik pun,, kalau jumpa pun dia akan ingat adik sebab adik lain dari yang lain.
Boleh selitkan juga lawak jenaka (tapi bukan keterlaluan) dan lontarkan soalan kepada kawan- kawan untuk sama-sama dalam presentation kita. Percayalah full mark adik dapat nanti
2) Dalam PAC juga ada, perbincangan kumpulan. Waktu inilah penilai ingin melihat tahap kreativiti dan kerjasama adik dalam kumpulan. Ingatkan diri jangan sesekali bawa apa- apa pandangan negatif ataupun bertengkar dengar rakan sekumpulan. Ada caranya,yang ini adik kena kaji sendiri.. yang ni bukan tak nak kongsi tapi be yourself itu lebih baik
3) Dalam PAC juga ada permainan.. Latihan Dalam Kumpulan, nak bagitahu tips pun jadi serba salah akak.. apa yang penting be positive okay.. kena sentiasa rileks dan tidak tertekan dengan apa- apa provokasi.. alert dengan segala tindakan..ingat sentiasa positif, berkelakuan baik dan sebagainya.
4) Akhir kalam jika terpilih untuk temuduga, bawalah resume yang terbaik, pastikan gambar pasport dan bukanlah gambar print warna ya.. Susun sijil- sijil terbaik dan kalau ada bukti bergambar adik seperti adik sebagai pengarah program, ataupun adik ada aktiviti yang hebat kepilkan sekali.. kalau dapat buat demo itu lagi terbaik.. apapun wish good luck.. hahahaha malas dah nak menaip tu yang akhir kalam terus...
InsyaAllah ada rezeki tak kemana
doa ihsan google.. baca dan hembus kat penemuduga tau hihi