Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 16 May 2013

Dunia baru

Alhamdulillah walaupun agak kepenatan masih lagi diberi peluang untuk menulis blog ini... Sesungguhnya saya akan terus mencuba sebaik mungkin...hu..hu... Baru dua hari kan? sebenarnya penat drive tu yang slalu menganggu fikiran saya. Tempat saya posting betul- betul fabulous... !!! Rakan- rakan semuanya baik2x, ser0n0k pula dapat persekitaran yang ceria & menyegarkan... Mereka semua peramah.. best- best, baru dua hari kerja dah dapat makan free...hihi.

Sekarang ini yang menganggu fikiran saya adalah jarak & juga cuti tak sama dengan suami, (jumaat &sabtu, dia sabtu& ahad), suami sanggup jer ulang- alik kalau dah jumpa rumah kat jitra... urm makan masa jugalah nak cari. Bayangkanlah kalau saya drive pukul 7:00 pagi pun akan lewat taw...hari ini  bawa selaju 140 speed...bergegar kereta tu... sampai2x 2 minit jer lagi nak masuk pukul 8:00. Nasib baik, tapi xselalu nasib baik macam tu.... semput macam kura- kura da...hi..hi.. Suami saya pula xmoh tukar ke cawangan kedah, ada 3 buah cawangan berdekatan tempat saya tapi dia xmau sbb dah serasi dgn tempat skrg. Adessssss....malas nak paksa dah. Sekarang ni niatnya nak cari rumah cepat2x kat jitra, biar suami pula ulang- alik & then bila dia rasa s000 s000 tired msti dia minta tukar..hahhahh (jahat betul isteri dia). Apapun thank u s0 much hubby  sbb slalu picit2x sayang bla pnat..hu2x, nanti sayang picit abg pula ya...( uweeeekkks).... Maaflah saya kena puji juga suami ni.... (ayat nak ambil hati) hiiihhiii

Buat masa sekarang belum ada aktiviti lagi sebab student tengah cuti semester & plajar baru masuk bulan 6 nanti. Sekurang- kurangnya saya bolehlah mengkaji, menimba ilmu sebaik mungkin dulu sbb saya tak tahu sangat politeknik ni macamana... In sha Allah, maybe akan teruskan kehidupan ini dengan lebih baik... walaupun krja ni akan menjadikan saya banyak habis duit, tapi xapalah... dah brsyukur... kna slalu kuatkan smangat..hu2x. Penantian & pencarian saya mencari kerja sudah berakhir, namun perjalanan belum terhenti lagi, akanku gagahi tiap rintangan &lalui tiap detik masa ini.... ku ingin corekkan ia menjadi sebuah memori indah...amin :)



Tuesday, 14 May 2013

Surat Penempatan & lapor diri di putrajaya

Assalamualaikum.... sepertimana yang dah sedia maklum... akhirnya penantian saya berakhir juga smalam & kini saya ketahui di mana saya telah ditempatkan. Nak kata happy tak juga, sebab saya diberi sedikit dugaan oleh Allah s.w.t tapi saya dah bersyukur sekurang- kurangnya saya akan mula bekerja. Moh saya ceritakan sedikit....( tapi panjang berjela ya..kih..kih..)

Saya bertolak dari pinang ke gombak pada hari ahad lagi, kiranya bermalam di rumah abang saya... Pagi- pagi lagi dah mula bertolak, tapi faham2lah jalan kota ni pnuh onak duri jam jer memanjang... berebut dgn org lain nak gie kerja...kan best tayar krta boleh brtukar sprti kapal terbang... bersedia untuk terbang.... okay terbang!!! hi..hi.. Akhirnya lambat jugalah sampai. Dewan mezzanie xsukar pun cari..tanya org sikit- sikit pun dah tahu...(wlpn sesat gak..kih2x)..

Waktu inilah saya berjumpa dengan rakan- rakan yang ada saya berhubung...kiranya xapalah kan..seronok la...leh duduk semeja... Saya juga dapat tahu berapa orang yang diambil dari INTURA, 3 orang lelaki & 1 org prmpuan. Itu yg saya kenal & cam la ktika PAC hari tu. Sebelum surat penempatan diberikan, kami terlebih dahulu mendengar taklimat dari pihak JPA, jadi banyak jugalah yang kami perlu tahu antaranya mengenai tatatertib, maklumat pelantikan baru, hrmis & lain2x lagi. Seronok & best sgt2x, lagi best sebab dapat makan free ( hi..hi..itu jer tahu kan). Sebenarnya dalam hati dup..dup takut, teruja, bimbang...macam- macam la.. bukan apa my hubby dia asyik cakap xpyh kerja la klu dpt jauh.. saya pun sedih gak klu dapat jauh...xprnah berenggan kan...hu..hu... mood sedih ni..

Selepas mendengar ucapan pesanan dari YB timbalan pengarah & surat penempatan pun diberikan... Dipanggil nama sorang2x. Oh ya terlupa pula bersama kami ada juga lantikan penolong pegawai psikologi, pegawai vokasional, penolong pegawai vokasional& pembantu vokasional. Tak adalah ramai sangat maybe lebih kurang 35 orang semuanya.. Selepas mendapat keizinan dari pihak JPA kami pun pakat2x buka sampul surat...ada yang dapat bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri), Pembangunan Wanita & saya pula dapat di bawah KPT (Kementerian Pengajian Tinggi). Program bersama JPA selesai dekat pukul 2:00 petang.

Selepas itu kami terpaksa cari pula penempatan masing- masing untuk melaporkan diri. Ahaaa waktu ini memang terbaik ah... sebab saya sesat sgt2x..biasalah jakun..tak pernah r0und2x putrajaya mana tahu KPT kan mana. Suami saya lagi kasihan dia tunggu saya dari pagi sampai petang dengan tak makan lagi... saya pun tak makan tengahari sbb suami xmakn kan...hu2x..sayang suami sgt2x... Rupa- rupanya KPT berada dekat dengan PICC. Round kawasan tu jumpalah nanti....

Usai solat saya pergilah ke KPT tu...kena isi satu form tentang diri... yang kelakar saya kena isi no ic ayah saya tapi call ayah saya banyak kali xdiangkat... tetiba saya tanya suami dalam surat kawen ada tak ic ayah....hahha mmg ada...Yang best juga saya terjumpa rakan satu universiti saya sebab dia datang kerana pertukaran...wah xsangka betul...Ser0nok sgt2x... S0, tunggulah lagi..tunggu& tunggu... ketika itu bmbg dah takut dapt kat Serawak... sbb kat stu pun ada kkosongan..hu..hu.... tak nak la....

Akhirnya... saya memperolehi penempatan di Jitra, Kedah.. kat politeknik.. Jitra? kat mana? saya blur..jauh @ dekat ni.... tapi dah bersyukur dah hnya itu shj yg pling dkat yg lain2x behran, teluk intan...ooooh itu  lagi jauh. Dengan keadaan penat seharian, kami bertolak balik..berhenti makan di r&r dan juga solat... teruskan perjalanan. Dalam hati saya mcm- mcm saya fikir...nak berulang ke, nak duduk asing?

Iyalah sebab jarak Kepala Batas, Pinang dengan Jitra tu dalam 92 km, dah dekat 200km la saya berulang nanti... duit t0l pula satu hari saya akan habiskan dalam RM23.20 & tambah minyak RM 25.00 sehari. Ha, kira la berapa dah kalau seminggu?sebulan? saya kira RM1000 akan habis untuk minyak & tol hanya sebulan, tak termasuk service kereta lagi setiap bulan..sbb jauh kan... Memang kaya la saya... kaya bebenor...adesss tepuk dahi ni ha.

Esok in sha Allah saya akan lapor di politeknik itu, samada nak berulang @ cari rumah kawasan tu blum lagi saya putuskan...apa yg pnting saya nak lalui dulu..sem0ga dpermudahkan stiap urusan saya..amin..




sya xknal pun siapa ni..hi..hi..sorry ya tuan bdn





Saturday, 11 May 2013

Hutang..hutang..& hutang..

Hari ini saya nak berbicara mengenai hutang.... mungkin masa saya banyak juga dilaptop ni...jadi time datang kesedaran tu saya suka baca perkara- perkara yang berfaedah sedikit...(nampak sgt xsuka mmbaca..hi..hi).  Sememangnya sukarla kita nak cari individu yang hidup tanpa berhutang, kalau ada pun memang terbaik ah dari ladang! Mungkin bagi remaja yang baru nak mnongkah arus, perihal hutang ini belum masuk lagi dalam buku....jadi lebih kpd nak dapat kerja yg bagus2x jer dulu...

Kenapa kita berhutang? Antaranya kerana kereta, rumah, pinjaman peribadi & kad kredit kan...kan... Demi kelansungan hidup mahu @ tidak kita akan masuk dalam kategori 'orang berhutang'. hu..hu.. sadis betul. Saya juga adalah salah seorang yang dikategorikan orang yang berhutang. Meh saya ceritakan..

Perihal hutang ini bermula dari kita belajar lagi la, apalagi PTPTN ar, mujurlah belajar kat IPTA jadi xadala hutang banyak sgt, nak dapatkan scholarship, xlayak...hu..hu.. tapi yang ni saya mmg tolak tepi..selagi xdapat kerja tetap saya malas bayar (hahahahh jahat bebenor saya). Bukan apa bayar PTPTN nie perlu konsisten kalau stop skjap bunga naik pla. Blacklist? urm saya check blum lgi wlpn 4 thun brlalu.... In shaa Allah mungkin slpas ini saya akn mula byr scara tratur.

Selepas graduate, saya kerja ikut suka suki..kdg2x ada salary yg banyak, kdg2x cukup- cukup hidup... sehinggalah saya dapat kerja warden di International Islamic School Secondry bwh IIUM lower education. Gaji dia no bad, waktu tu mulalah berlagak nak memiliki kereta sendiri tanpa bayar downpayment 0%. Waktu tu saya guna ijazah saya untuk dapatkan kereta...krta biasa aje proton saga blm (A). Bulan2x dalam RM500 lebih juga. Tapi kerja warden tempat tinggal & makan minum xpayah fikir, kiranya save la kat situ.

Dipendekkan cerita, maka saya berkenalanlah dengan mata air saya a.k.a suami saya sekarang. Nanti ada masa saya ceritakan bagaimana kami kawen &bercinta lpas kawen..hi2x, skrg ni nak f0kus tentang cerita hutang~~hutang~ aje dulu. Saya bukanlah seorang yang pandai simpan duit, lebih2x lagi kampung saya jauh lagila banyak kluar blanja. Apabila dah sampai seru jadi perlulah kahwin kan, xelok lama2x. Ketika itulah saya ada membuat pinjaman sedikit dari bank islam untuk majlis tunang& kahwin. (sebolehnya tak mahu susahkan sesiapa). Percayalah hantaran saya (kat kelantan mas kawin la) memang rendah, xmahal pun.. sebab ayah saya ni alim sikit... bab duit mas kawin or hantaran ni memang xbanyak pun letak. Elok la macam tu wahai adik- adik sekalian, kasihan dekat cik abang kita jika menanggung bebanan hutang hanya kerana nak kawen...last2x dia suami kita juga kan.

Apabila dah kahwin secara automatiknya saya berpindah & berhenti kerja mngikuti suami kat penang.  Bayangkanlah ketika itu saya menanggung hutang dalam sebulan RM700. Kasihan pla klu nak letakkan harapan pada suami, sbb dia pun ada kereta dan juga pinjaman. Jadi saya mula bayar xkonsisten, memandangkan saya kerja pun gaji xsampai rm 1000, last- last saya dapat surat dari wakil bank islam tunggakan dkat 2k waktu tu. Sebenarnya saya bayar bulan- bulan xmiss pun cuma xpenuh jadi bunganya naik la. Surat datang total rm 30k lebih...

Waktu tu saya kata, biarlah dia tarik kereta senang, kira settle hutang, mls nak fikir. Punyalah xfaham pasal bangkrup ni...Jika ada yang xarif macam saya jangan ingat settle mcm tu aje..Nasib baiklah suami banyak mmbantu, dia ikthiarkn saya langsaikan tunggakan. Selepas itu saya tahu skim refinance yg mna boleh kurangkan bayaran krta stiap bulan. Daripada rm 500 jadilah rm300, tpi hnya untuk 2 tahun aje. Slpas itu bulan2x kena bayar rm600 pla slama 6tahun. Ktika itu saya fikir nak terima @tidak, last trima juga.... untuk dua tahun lagi saya akan ikthiar dapatkan kerja yg lbih baik. Alhamdulillah..... :).

Bagi saya cukuplah pengalaman sakit berhutang yang ini, kad kredit mungkin xakan saya mohon.. jika krta ditarik, kita ttap kna bayar hutang tertunggak & boleh diisthiarkan mufllis & untuk mndapatkan kerja adalah sedikit mustahil...sbb ini melibatkan intergriti. Jdi sebelum berbelanja kita kena selalu ingatkan diri agar selalu beringat.... Alhamdulillah wlpn dgn gaji xbnyak tpi cukup smuanya...amin.. :).

Semoga gajiku sentiasa penuh keberkatan..amin..itu yg penting.....

Friday, 10 May 2013

Video gps ke putrajaya

Zaman sekarang ini apabila zaman it yang makin bercambah, ada pelbagai kemudahan yang ada termasuklah gps..geh2x.. ayat...sbnarnya nak start ayat tu...entah macamana. Iyalah mmg diakui kat mana2x pun dah ada gps, dalam krta, hp dan sbagainya... tapi yg miskin mcm saya ni beli gps aje la..hi..hi..

Ada tak sesiapa macam saya? Kalau nak gi mana2x mesti makan buah langsat dulu ( sesat da...). Setiap kali kluar, mmg itulah yang terjadi. Saya tahu mesti yang dah expert kat jalan KL dah thu macamana nak prgi ke putrajaya.... tapi kalau ada yg seangkatan dgn saya iaitu kaki sesat...:) meh saya tunjukkan video ke putrajaya... tapi video ni pun saya xreti nak explain... ini dari Puchong kot.. Walau tak banyak harap2x boleh mmbantu.

Kalau buka maps google tu, taip alamat jpa... lpas tu klik kanan, ambik 'what here' nanti naiklah no coordinate dia 3.063725,101.689453 .... so set la kat gps, nanti dia tulis putrajaya parcel c..... Alhamdulillah harap2x xsesat dah..amin... amin... he2x... maaf video mmg xcantik sbb tuan dia main tangkap muat...hu..hu..








Wednesday, 8 May 2013

Rezeki murah kot

Sebelum saya nak menulis entry nie...saya tak pasti nak tulis lagi @ tak... tetiba hari ni saya rasa nak post banyak pula, time penyakit M. A. L. A. S. datang macam n0bita gamaknya..... buat xthu jer. Tajuk saya pada hari ini macam la dapat duit banyak...kih..kih... padahal xadalah murah sgt (jauh bebenor)... Lagi best kalau rezeki murah tu jika dan andainya saya hamil.. hu...hu... pun tidak juga. Berdoa sangat- sangat tahun ini dapat baby comel.... dah nak masuk 2 tahun nie.... Kalau dapat yang tu mahu buat kenduri kesyukuran lor.... hu..hu... mungkin rezekiku step by step..memula kerja, lpas tu anak datang mnyusul kan..kan... kan.. berangan lagi adooiiii..

Banyak pula imaginasi diriku ini.. hi..hi... ustazah moden katakan.... (rasanya dah xada title tu).. xadalah baik sgt..malu pula..adessss.... sebenarnya saya nak bagitahu tahun ini rezeki saya dalam tawaran kerja agak murah,mungkin kekosongan agak banyak kot tahun ini~~~ urm dengar2x dkat 60k kan...  tapi semuanya saya abaikan... last- last saya buka laman web spa, selepas itu saya kemaskini borang saya...saya buang semuanya kecuali pegawai psikologi sahaja... tetapi yang ditapis tetap terlepas kan...

1) Peperiksan pegawai tadbir diplomatik M41 - saya dapat tapi saya tak pergi pun.
2) Temuduga penolong pegawai tadbir N27- saya dapat juga, tapi tetap xakan pergi & kbtulan hari sama melapor diri
3) Penolong pegawai pendaftaran KP27- sudah melepasi syarat- xthu bila...

Jadi nasihat saya, kalau dah dapat kerja cepat- cepatlah delete yang lain..moga2x ada yang lain dapat peluang kerja & temuduga tersebut..... :)

exam ptd


interview pen.peg


update: temuduga penolong pegawai pendaftaran



doa syukur :)


Mengundi itu satu amanah

Walaupun dah tahu keputusan mengundi, dah selesai semuanya... tapi saya nak tulis juga.. saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi..dan kini tanggungjawab mereka- mereka yang bertanggungjawab pula untuk memberikan yang terbaik kepada kita...

Sesungguhnya perjalanan ini harus kita teruskan, perjuangan untuk menjadikan hidup ini barakah perlu digalasi... jangan kita meletakkan pelbagai alasan, apa yang penting laluilah.....

Sewaktu saya pergi mengundi, saya pergi dengan adik dan kakak saya, kasihan suami saya tidak dapat mengundi kerana saya tak izinkan dia balik mengundi kerana jauh sangat...ambil masa 8 jam, tapi saya janji undi akan datang rumah dia pula. Jadi suami saya jadi driver kami aje..hi..hi..

Ketika sampai tempat pengundian dalam pukul 9.30 pagi tapi berdiri...ambil masa lama betul... loceng sekolah berbunyi 5 kali juga la... setiap kali loceng berbunyi tiap itulah orang lelaki muda mudi bising, tanda masa rehat..hi..hi.. macam2x. Saya selesai mengundi ketika jam 12 tghari.... urm... mmg mnduga betul.. tapi ada jer yang suka masuk selit- selit kat org.... yg itu saya malas pla nak komen.hu2x.

Selepas selesai mengundi dan saya terus berangkat balik semula ke penang... tahu keputusan pun kat penang..... walau apapun kontroversi yang berlaku...saya sebagai pengundi..... saya sudah lakukan tanggungjawab saya dan amanah itu saya berikan pla kpd yg menang (tak kisah la saper2x)..... tugas saya selesai ( buat sementara)..hi2x...

ramaikan org..sampai kehujung sana...


tangan saya (bju purple) & family

Hadiah Istimewa

Sudah hampir dua minggu saya mninggalkan dunia guru, mnjadi penganggur di rumah... tapi aktiviti saya tetap padat. Sebenarnya nak tulis entry ni sejak minggu lepas lagi, tapi gambar yang nak diupload blum ada tu malas nak tulis...

Terimbau kembali kenangan saya bersama anak- anak didik saya buat kali terakhir, ingatkan kali terakhir itu saya sempat pasang video, tapi tak sangka pula hari itu hujan selebat- lebatnya disusuli juga dengan petir berdentam- dentum.... Agak kecewa la..

Ketika saya sampai di tempat mengajar tu, ramai anak- anak didik saya mnanti di hadapan pintu, iyalah ketika itu saya sampai agak lewat..sewaktu melangkah masuk kelas, mereka segera memimpin tangan saya untuk kehadapan.... rasa janggal pun  ada, tapi saya layan aje. Rupa- rupanya mereka nak buat suprise dekat saya, mereka tutup mata saya, lepas itu mereka letak mahkota diatas kepala saya (diperbuat daripada kertas). Dalam hati saya, wah bagusnya budak- budak ini...selepas mereka longgarkan kain dimata saya, saya lihat pelbagai hadiah diatas meja, sebenarnya bukan hadiah2x mahal- mahal pun sebab mereka bukanlah anak- anak orang senang... tapi kesungguhan mereka menyediakan hadiah itu amat berharga dimata saya. Kemudian mereka bernasyid lagu doa perpisahan dan juga buat trademark setiap seorang memegang satu kertas yang mana membentuk SAYA SAYANG USTAZAH...... walaupun agak lintang pukang kerana yang memegang nama x alert ketika dipanggil, tapi saya rasa mereka semua awesome... Mereka semua hebat- hebat dimata saya...

Sesungguhnya memori itu akan jadi kenangan indah dalam lipatan hati, akan bersemi menjadi kepingan- kepingan bunga yang mewangi.. saya masih lagi bersedih apabila melambai & memeluk mereka buat kali terakhir... dan yang paling terkilan membaca bait- bait surat2x yang mereka berikan kepada saya... ada yang bertanya mengapa ustazah berhenti? adakah ustazah tidak sukakan kami lagi? tidak sayang kami? mahu melupakan kami? tidak rindukah ustazah dengan kami? adakah kami bersalah? kami akan berubah jadi ustazah janganlah pergi......... ustazah saya nak dengar coletah ustazah... hu..hu...  mereka tak memahami situasi saya.. seandainya pekerjaan guru kafa itu adalah tetap & bukanlah kontrak walaupun gaji murah, mungkin saya akan stay bersama mereka... tidak mngapalah penganti saya dengarnya seorang ustaz, mungkin dia akan mengajar lagi baik daripada saya... lagipun selepas 2 tahun pelajar saya itu akan berganti dengan pelajar baru..... Apa yang penting saya doakan semoga segala yang mereka lalui, mereka akan membesar menjadi anak yang soleh & solehah.. amin... menyayangi dirimu teramat sangat wahai anak- anak didikku.. :)


 banyak sgt surat sya dpt :)


hadiah campur2x..tisu pun ada :)


itu muka saya kot..hi..hi..