Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 November 2013

Selamat tinggal Kenangan..di POLIMAS

Ketika saya menulis entry ini..sudah seminggu sebenarnya saya telah meninggalkan Polimas, tempat yang mula- mula saya langkahkan kaki sebagai penjawat awam.. Terasa baru semalam, saya duduk di Jitra..bangun seawal 5.30 pagi untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Banyak kenangan terukir di sana, banyak perkara yang saya belajar... belajar memahami erti hidup...

Bukan kadang- kadang yang saya lihat kemalangan yang berlaku...Adakala melibatkan motor dan kereta..Kadang- kadang hati ini sentiasa berbolak balik..apakah yang akan diri ini lihat pada hari ni? Pernah terduga kereta tergelincir, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku waktu itu. Mungkin hujan lebat yang yang membanjiri jalan... terus terang waktu itu aku belum betah dengan jalan raya..belum biasa mengelak air hujan yang laju mengalir. Pernah juga ketika ku mengekori lori besar dihadapan, tiba- tiba tayarnya meletup, lori tersebut hilang kawalan.. Panik? Pastinya aku panik..aish..dugaan..dugaan.. Namun yang paling berbekas dihati, kereta dihadapanku melanggar lori..Urm, itu dugaan dalam perjalanan.. macam- macam ragam yang boleh ku lihat.hu2x

Pastinya aku akan merindui rakan sejawat, makan bersama.. selalu duduk dan berbincang.. Disini juga aku bahagia, sahabat- sahabat juga baik- baik, cuma disini pegawai psikologi hanya seorang sahaja. Banyak perkara yang perlu ku belajar dan tahu, banyak perkara yang perlu ku lorekkan dan buat.. insha Allah.. Kolej Komuniti akan jadi persinggahan selagi mampu. Walaupun kini, aku tak perlu berjauhan dengan suami, tapi masih lagi jauh, kerana dapat kerja dalam pulau. Masih perlu melalui tol dan menghabiskan duit minyak yang boleh tahan mahalnya..urm...Syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati dan masih lagi dipermudahkan tiap urusan..alhamdulillah....



ini gambar bilikku yg baru....

Thursday, 21 November 2013

Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Alhamdulillah, syukur diberi peluang dan rezeki yang tidak diri ini harapkan.. Sebelum saya ada jalani peperiksaan perkhidmatan awam untuk kali yang pertama pada bulan 8 hari tu.. Saya ada ceritakan mengenai peperiksaan ini..dan, sekarang result tu dah keluar..memang berdebar jugalah apabila nak tengok result tu. Banyak sangat yang ada dalam fikiran, sebab tak terjawab dengan masa yang tidak mencukupi.. Bukan tak mau exam sekali lagi, tapi... penat nak ke putrajaya berulangkali.. kalau dekat tak apalah kan.hu2x




Semoga dipermudahkan setiap urusan...amin..

Monday, 18 November 2013

Program Transformasi MInda



Antara program yang paling ditunggu adalah Program inilah kan. Sebab program ini adalah salah satu perkara untuk pengesahan jawatan..Alhamdulillah saya baru menyempatkan diri mengikut PTM di Intan Wilayah Utara (Intura) pada 10- 14 November. Pengisian tak banyak yang perlu dibentangkan, cuma lebih kepada kuliah shj..nanti saya ceritakan... Cuma yang best dapat tambah kenali baru..best2x.

Okaylah pada hari pertama kami hanya mendaftarkan diri. Kami dapat hostel eksekutif.. memang cantik & bagus...semuanya mewah...malam tu aktiviti bebas..jadi saya balik tidur rumah ajela... Keesokannya barulah kursus bermula. Awal- awal kursus kami kena perkenalan diri dalam bulatan yang besar dan kami kena ingat nama rakan- rakan yang lain. Kemudian pemilihan penghulu & penghuluwati. Sahabat saya yang juga peg.psikologi dilantik sebagai penghulu dan saya sebagai penghuluwati. Agak besar juga tanggungjawab tersebut..krn sbnarnya kami berdua shj yang peg.psikologi yg lain dari gred W, J, & N (17-29). Walaupun bgtu mereka amat2lah hebat kerana cemerlang dlm semua perkara sepanjang program.




First day, kami diberikan tugasan untuk membentangkan tentang logo, misi, lagu kumpulan. Ada 4 kumpulan semuanya. Kumpulan kami dikenali sebagai 'DIAMOND ELEVEN', yang lain EVO,3G & KHAIR. Memang menyeronokkan sepanjang pembentangan. Pelbagai kreativiti dipersembahkan. Sebelah petang pula kami perlu join sukan yang mana perlu buat bentuk tower, klia &klcc secara bentuk orang... Penat dan seronok. Malamnya tiada aktiviti yang berat, hanya ceramah sahaja.



Hari kedua pula, kami lebih menumpukan kepada kuliah.. mata- mata perlulah dicerahkan...agar fokus dan fokus dengan apa yang diajarkan. Petang tu macam biasa ada sukan... Penat sesangat kena lari- lari dalam 20 saat. Al- maklumlah badan pun chubby juga kan.. Lepas tu kami main sukan dengan cara, org yang paling besar duduk dlm gelung dan kami kena tarik gelung tersebut guna tali dan biarkan dia berjalan tanpa menyentuh gelung..kalau kena, denda ketuk ketampi.. Jawabnya sampai ke malam kami hanya dpt melangkah 50 meter sahaja..adesss... Pada malamnya pula kami dihidangkan dengan tayangan cerita 'Hati Malaya'. Urm cerita bagus juga..ada mesej- mesej yang perlu kita fahami.


Hari Ketiga, masih lagi meneruskan agenda taklimat dan pembelajaran dalam kursus. Macam perkara yang dapat kami ceduk, ada penceramah yang seronok ada yang sdikit 'boring'..hahahah.. biasalah kan. kalau saya yang ceramah kat depan pun ada yang menguap nanti....urm...faham dah. lebih2x lagi time tengahari.
Petang tu kami buat aktiviti sendiri, jadi kami bersukan di gimnasium dan juga badminton..sebenarnya kami nak ke tanjung dawai, tapi last minute terpaksa dibatalkan kerana bas Intura rosak. Sob..sob.. sedih la xleh jalan2x.hu2x. Malam tu selepas tazkirah insya', kami berkumpul di dewan kuliah &diberikan tugasan kumpulan yang berkaitan dengan cerita 'Hati Malaya'. Dengan kepadatan jadual, macam tak sempat ajer nak siapkan..tapi nasib baiklah semuanya hebat- hebat dan memberikan komitmen yang tinggi. Saya juga dikira bernasib baik sebab bawa laptop, jadi dapat siapkan di asrama..hi..hi..

Hari Keempat, masih lagi diteruskan dengan kuliah.. dan masih lagi dalam proses penyatuan tugasan, edit, olah dan sebagainya. Petang ni sukan pun xada yang bersungguh nak join.. sebab fokuskan pada assingment yan perlu disudahkan. Alhamdulillah pada malam tersebut, kami sudah settlekan dan siapkannya...


Hari terakhir kami ada exam.... paling menyedihkan ingatkan boleh baca nota.. rupanya tak boleh tengok pun..Memang saya tak tengok lansung dan bila jawab dah lupa.....sedih rasanya... harap- harap lulus.... Terasa geram pun ada sebab tak study & terlampau rileks..... Apapun secara keseluruhan, alhamdulillah..semuanya baik- baik belaka.

Tuesday, 22 October 2013

Blog yang semakin menyepi......

Alhamdulillah masih ada lagi kesempatan untuk menjenguk sekejap blog yang ditinggalkan ini.. Bukan tak sayang tapi 'kemalasan' keberangkalian.... Sejujurnya ku rindu untuk menaip... rindu untuk berkongsi pelbagai perkara.. meman terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan.... insha Allah ada rezeki, masa dan kesempatan.. blog ini kembali berlagu...hu..hu..... iya dok...

Wednesday, 18 September 2013

Majlis Konvokesyen POLIMAS

Alhamdulillah konvokesyen dah berlalu... semoga semuanya mula mencari kerja yang sesuai. Lega bila program besar dah habis dah..walaupun saya hanya gi tengok hari pertama ajer..hi..hi...  Diharap adik- adik semua janganlah memilih kerja apabila baru grade ini. Tak semestinya kita akan dapat apa yang kta impikan, apa yang penting kita lalui setiap kehidupan ini dengan rasa bersyukur..amin..alhamdulillah..

Kenangi apa yang dipelajari sebagai memori yang manis...



Sambutan Hari Raya bersama Pembimbing Rakan Siswa


05/9

Selamat hari raya... macam tak sesuai dah nak wish... dah nak sampai ke raya haji la pula seakrang... urm.... apapun awal bulan hari tu sempat buat sambutan hari raya dari unit psikologi... okaylah dari tak ada apa sambutan.. lepas ini banyak lagi aktiviti lain yang nak dibuat.

Cuma hari tersebut, saya agak sibuk dengan urusan meeting konvokesyen yang akan diadakan.. tak sempat pun nak tapau nasi, semua licin diambil..hu..hu... Ramai jugalah para pelajar yang datang makan..iyalah percuma tanpa bawa apa- apa semuanya suka..iya dok..hi..hi..




Friday, 30 August 2013

Kursus Asas dan Pengenalan Perkhidmatan Psikologi

Alhamdulillah..... tamat sudah kursus kami..yang mana melibatkan seramai 27 orang peserta dari penolong pegawai& juga pegawai tapi ada dua orang yang tak datang, Kursus ini diadakan di Institut Tanah & Ukur Negara, Perak.
Saya berolak dari pinang pada pukul 2:30 petang. My hubby yang tolong hantarkan& dia pula akan ambik.. dia tak bagi saya drive, kebetulan dia pun ada kursus di Ipoh jadi hari last tu tunggu dia la ambik.
Sepanjang kursus ini apa yang menyeronokkan adalah kami dapat lebih berkenalan antara satu sama lain... mestilah best..semuanya baik2x &sejiwa..walaupun kat situ teramat banyaklah tangga yang perlu didaki...hu..hu..



Hari Sabtu
Mengikut jadual hanya ada malam sahaja yang ada aktiviti, itupun hanya sebagai introduction. Selepas check in bilik... saya berkenalan la dengan roommate.. iyalah time ni la mengeratkan ukhwah kan.hu2x. Sesi suai kenal & pemilihan penghulu.

                                                  ini biliknya..okay, semua kemudahan ada
Hari Ahad
Fokus pada peraturan2 awam, kenaikan pangkat, arahan keselamatan &pembudayaan integriti.

Hari Isnin
Fokus pada Nilai etika, peranan &tanggungjawab penjawat awam, sistem penyampaian & elaun- elaun

Hari Selasa
Kemudahan Cuti& Perubatan, Pengenalan kpd pngurusan kewangan, analisis IPU & Dasar Perkhidmatan Psikologi

Hari Rabu
Fokus pada pembangunan kerjaya ppsi, buku panduan & fail meja ppsi & forum perkongsian
                                                                      forum

Hari Khamis
Last daya mengenai Rumusan & majlis penyerahan sijil :)

org lelaki ajer dpt mandi...

ini KAMI :)



 Memang best sangat2x mendengar taklimat dari orang yang otai2x.. ada yang menguji kita supaya berfikir out of box... urm... ada yang sentiasa ingatkan kita kerja kerajaan bukan boleh kaya tapi bersyukur itu penting... hu..hu...

Kata- kata mrk yg klakar & zuuup menusuk kalbu..hi2x

"Married more than one not my agenda, but always in my mind"- En. Harisham Ibrahim IIM

" U lose ur money, u lose nothing, U lose ur healthy, then u lose something, But if u lose ur intergrity, u lose everything, U lose it once u will lose it FOREVER - - En. Harisham Ibrahim IIM

"Sesungguhnya dlm khidupan ini tiada ertinya klu kita lapang ttpi jiwa miskin, rumah kita lpg ttapi hati sempit, brpegetahuan ttpi budinya rendah, brpangkat tinggi ttpi hidup dibenci org, rumah indah ttpi hati susah dan berharta banyak ttapi badan brpnyakit" ( Dr Azam Rauzan)- En Faisal Idris JPA

"Finance is, as it were, the stomach of the country from which all other organs take their tone." (Benjamin E. Gladstone)"- Pn. Azizah , INTAN KIARA.

"Membujur lalu, melintang patah, haram disapu halal diratah"- En. Roslan Mohammad

"Saya boleh berikan ikan, tapi hanya sekali boleh dimakan, jika saya ajarkan awak menangkap ikan, awak akan makan seumur hidup"- En. Roslan Mohammad