Daisypath Anniversary tickers

Monday, 8 July 2013

Minggu yang sibuk

Ramadhan dah hampir menjelang tiba, raya tahun ini banyak perkara yang saya nak buat.. terutama sekali nak belikan sepasang baju raya kepada mak (tiri)& ayah, mak mertua & ayah mertua... Tapi tak tahu la nak belikan yg bagaimana... urm.... Harap- harap dapatlah beli.. insha Allah...



Sememangnya kat polimas ini, banyak aktiviti dilakukan sebelum puasa... sampai tersemput dibuatnya..nak kena kejar satu persatu.. Kasihan pada suami kerana isterinya dah mula sibuk memanjang...Minggu ini sahaja saya telah lalui kursus di Intura, dibawah tajuk ' Strategik Lautan Biru' , 






Selepas itu bekerjasama pula dengan Jabatan Pembangunan Wanita buat seminar Wanita Anti Jenayah: Respek Wanita



.. selang sehari saya terlibat pula dengan meraikan kedatangan peserta baru pembimbing rakan siswa... iaitu Minggu Taaruf Day Biasalah sebagai salah seorang penasihat, perasaan ketika itu mcm tak percaya dah jadi org besar...urm.. Teringin nak join sama segala aktiviti yang mereka lakukan... Selepas itu ada pula aktiviti hari bertemu pelanggan.. Saya buat aktiviti mengenal personaliti melalui warna oleh Dr. sidek Noah tu... Alhamdulillah smuanya berjalan lancar....



Cepatnya masa berlalu..... Terasa baru semalam diri ini bergelar pelajar tapi kini dah jadi salah seorang tenaga pengajar pula.... Perjalanan ini masih banyak lagi diteruskan, banyak lagi yang perlu saya belajar... belajar memahami erti kehidupan.. Sesungguhnya amat menghargai segalanya....amin..

No comments:

Post a Comment