Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 25 December 2013

Menghadapi sesuatu dengan sungguh- sungguh

Hari ini m00d nak bercerita tentang pekerjaan...Memang sukar untuk kita jadi unik diantara 0rang yang ramai- ramai. Adakah kita dalam kategori berjaya atau akan terus dibelenggu segala bagai dugaan? Adakala kita biarkan sahaja kan..biarkan setiap dugaan itu dan kita cuba untuk hadapinya. Realiti sekarang ramai yang berusaha nak dapatkan pekerjaan. Ada yang kata tak suka kerja kerajaan, tak suka tak ada kerja yang stabil. Tapi bagaimana kita? Memang kita cemburu melihat orang lain yang lebih senang, tapi tak bersyukurkah kita? Sedangkan Allah S.W.T dah berikan yang terbaik untuk kita kan?

Itulah keadaannya, jangan mudah berputus asa..jangan mengeluh walaupun berulangkali ditemuduga... Apabila kita pernah menghadapi sakit kita akan menghargai waktu senang. Nasihat saya, carilah keberkatan dalam mencari pekerjaan, pastikan kita hulurkan setiap bulan wang kepada kedua ibu bapa kita. Walaupun tak banyak namun ketahuilah itulah d0a supaya kita murah rezeki. Insha Allah...

Jika diberi peluang, jangan bimbang apabila melihat statistik pengambilan yang sedikit, percayalah rezeki itu milik Allah, berusahalah dengan sungguh2x..jangan jemu untuk fight kehidupan akan datang kita.. Kehidupan ini sukar untuk kita tafsirkan, namun kita berhak untuk menc0raknya bukan? kita berhak untuk merasa ganjarannya iyalah penat lelah kita belajar bertahun- tahun.

Banyak perkara yang b0leh kita syukuri..... :)


2 comments:

  1. betul...banyak perkara lain yg kita boleh bersyukur...Allah saja nak uji supya kt lebih dekat dgn dia...percaya rezeki tu milik Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bETUL tu Afiah :).. percaya tentang rezeki itu milik Allah...

      Delete