Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 June 2014

Rezeki itu milik Allah..

Hari ini saya nak bercerita mengenai.. rezeki.. Kadang- kadang kita tidak tahu bilakah rezeki baik kita akan datang. Memang diakui dulu saya selalu bimbang akan kerja. Anggapan saya bila dapat kerja tetap hati saya akan tenang. Alhamdulillah...mungkin ya..mungkin tidak.

Sebenarnya apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. Bersyukur kerana jadi diri kita sekarang. Teringat dulu sebelum kahwin, tempat saya kerja tue.. (swasta). Mereka memberi surat berhenti kepada saya kerana alasannya adalah saya akan berkahwin dan akan mengikuti suami. Benar ketika itu saya sedih, tapi rezeki itu perancangan dari Allah... Alhamdulillah saya telah mendapat kerja tetap setahun yang lalu. Terimbau kembali kata- kata seseorang kepada saya yang menyatakan Allah akan buka pintu rezeki seluas- luasnya apabila berkahwin kelak.

Dalam rezeki kita pun tertulis rezeki- rezeki orang lain juga. Bulan ini saya hampir kehilangan rezeki apabila kehilangan kunci penginapan, tapi akhirnya saya temuinya di pantai kunci tersebut. Rupanya rezeki saya masih ada. Tetapi rezeki handphone..balik dari kursus tu saya kehilangan handphone saya.huhu.. Rupanya rezeki saya untuk pemilik kedai tu...

Keberkatan dalam hidup perlulah kita cari, datanglah duit sebanyak mana pun kita pasti ramai tidak mencukupi.. Saya ingin latih diri saya untuk sentiasa bersyukur, tidak mahu mengeluh.. Semoga Allah istiqamahkan saya dalam perkara ini..amin...

2 comments:

  1. Saya sentiasa memikirkan hal duit tentang kesempitan duit dan asyik mengeluh. Betullah banyak mana pun duit yang kita ada takkan pernah cukup kalau Allah tak memberkatinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah krn saudara./saudari adalah n0rmal :)... secara realitinya itulah kita...cuma yang membezakan kita bagaimana kita menilai berkaitan kewangan tersebut.. In sha Allah.. wlpn sakit mcmana kita ada jalan keluarnya... amin:)

      Delete