Daisypath Anniversary tickers

Sunday 24 February 2013

PAC& TEMUDUGA PEGAWAI PSIKOLOGI S41

PAC & TEMUDUGA

Alhamdulillah selamat sudah PAC & temuduga, memang agak menduga fikiran dan kesabaran. Bersungguh untuk pamerkan yang terbaik, semua hebat2 belaka. Saya pula buat cara saya,  rasa dah buat habis baik tapi kadang2 rasa tak berapa baik juga. Apa yang penting kita cuba yang terbaik jangan mengalah.

Saya terpaksa drive kereta sorang2 sebab my hubby prgi kursus (sedih)huk2. Sampai sana dalam pukul 7:20 pagi, lepas tu saya pergi tegur sahabat baru. Tak sangka pula kami seusia dan tak sangka juga kami satu kumpulan dari awal hingga akhir.

First session, penyelesaian masalah berkaitan trauma... kami bincang la ramai2, tapi saya rasa seorang wanita india nie, memang petah cakap.... sebab dia pelajar master. Saya pula nak juga cakap, kadang2 rasa macam cakap entah apa- apa pula. Yang paling penting berani bersuara (memang suara saya kuat juga).  Cuma saya bimbang mereka tak faham aje saya terangkan apa.hu2

Sesi kedua pula masih lagi penyelesaian masalah lebih kepada pendekatan teori. Sebab nak tolong klien nie dari perasaan dia. Sekali lagi saya perahkan otak saya berfikir mengenai teori2 dan teknik yang saya ingat..

Sesi ketiga pula, mengenai gambar, yang ini memang diluar jangkaan sebab dapat gambar vandalisme, cakap ajelah apa yang perlu dicakapkan. ingatkan dapat tajuk pembuangan bayi ke, sosial ke... Waktu nie dah tengahari jadi saya pun rasa mengantuk, jadi adalah juga kadang2 saya buat lawak untuk buka mata saya sendiri.

Sesi keempat selepas rehat, makan & solat nie. Adalah sesi main2, bagaimana nak buat mangkuk2 tu jadi 5 baris 4 jenis. Mangkuk ada 10 jer. Rasanya kat sini saya lost, memang tak main peranan sangat. Rasa sedih dan kecewa ada juga.

Sesi kelima ada public speaking. Kita hanya diberi masa 5 minit untuk rangka jawapan lepas tu present pula 5 minit. Time saya present semua orang gelak. Tak tahulah sebab apa, sebab salah sebut@ saya yang kelakar. Terubat sikit perasaan saya. Antaranya; craft product, global worming, family bonding, organ donation dan bnyak lagi. Tak boleh pilih kena cabut undi. Nasib la kalau dapat yang senang.

Last, kita dapat borang soal selidik, kat sini kita perlu list kan siapa yang paling baik. Jadi kat sini janganlah ada perasaan dengki Manalah tahu kan orang tu bagus tapi kita letak dia kat bawah sekali. Sebenarnya ahli panel nak menilai tahap kejujuran kita, bukannya markah kita mempengaruhi markah mereka pun. Sebab itulah jangan nafikan jika rakan2 kita berkaliber. Saya memang listkan yang saya fikir hebat...

Interview paling best masuk secara group dan hanya present pengalaman yang tak dilupai dan juga penyelesaian masalah. ..... So the most important is have fun.... saya mmg brseronok dgn cara saya:)



Monday 18 February 2013

GPS OH GPS

Kebiasaannya setiap kali nak pergi temuduga, pasti saya usha dulu tempat tu. takut pula kan. Dipendekkan cerita, selepas jumpa sesorang kat sungai petani tu. My hubby pun set la coordinate yg dia search tu.

Kat situ tertulis dalam sejam juga nak sampai, tapi makin lama makin pelik sebab kami menuju ke highway penang. Walaupun dah salah jalan abang tak moh u turn last2 masuk jambatan penang...kena bayar rm7 tu. Ambik kaw..

Perasaan macam2 ada, macamana boleh tersalah jalan ni, last2 check bila kita search coordinate intura, memang ada yg bagi salah kat web tu. Kalau saya boleh komen saya tulis dah no coordinate salah bebenor. Akhirnya saya search kat maps google. Adjust2 akhirnya dapat la long dan latitude yang baru, Bila saya setkan naik nama Intura dalam GPS tersebut. Lor 20 minit jer rupanya dari rumah.

Ini yang betul INTURA; 5.626108 dan 100.52891. Harap2 selamat la sampai, sebab my hubby ada kursus pla, trpaksalah saya pergi sorang2. huk2 sedih :(.
Nak tahu kekosongan psikologi ada 20 org jer. Daripada 450 org yg dtg interview nanti. Saya memang dah frust sekarang pun belum baca lagi.

Sekarang ni kami PAC bersama temuduga, last2 minute baru tahu.. nasib baik ada lagi masa untuk edit resume dan sebagainya. Doakanlah saya moga dapat.. klu tak dapat redha aje la...

Wednesday 13 February 2013

Exam Pegawai Psikologi S41

Peristiwa ini dah lama berlalu, kiranya tahun lepas la. Dalam bulan 7 kot rasanya, tapi tahun ni baru result dia keluar.... lama kan.hu2. Saya pun dah terlupa apa formatnya, jadi yang saya ingat saya akan tulis kat blog ni..hu2

Jika saya nak pergi exam, biasanya kami akan bertolak awal, bukan apa suamiku pasti akan sesat punya. Selalunya begitulah...hu2. Sampai sejam setengah awal tapi pusing2 cari tempat tu ambik masa sejam... percaya x? My husband dia tak mahir sangat dgn kwsn tu. (Sekarang dh ada GPS tak ler bimbang sgt).

Debaran tetap juga dirasai, sejujurnya saya benar2 bimbang sebab saya tak ada masa pun untuk study. Baca tentang teori kaunseling jauh sekali. Tawakal ajelah (boleh ke macam tu). Apabila sampai kat hotel tersebut (betul buat kat hotel). Saya tanya receptionist kat mana exam trsebut.
Ketika itu masih belum ramai lagi yang datang. Kat tempat saya ini tak ramai pun yang datang dalam 40 orang jer. Compare than another place.... Wlpn bgtu saya still x berharap sbb sya lemah dlm b.i.

Soalan exam ini pun dah ingat2 lupa;

1) Soalan personaliti pilihan jawapan; yang ini ada 185 soalan. Jika nak jawab kena selalu tengok jam, supaya budget jawab sempat lor. Soalannya tak adalah susah sgt. Macam biasa psiko ajelah. Tips; Jika kita rasa jawapan kita kadang2 jer. Jawablah kadang2, bukan apa ada member saya ini (dia ambik kat negeri lain) penjaga exam bagitahu suruh jawab ya@ tidak jer. Jadi semua yang ikut cakap dia tak dapat. hu2...

2) Soalan mengenai teori& abnormal personaliti; sebab memang  saya tak baca lansung mengenai teori jadi confuse dengan jawapan. Banyak masuk soalan psikoanalisis, piaget and nama2 kaunselor tu. Tips dia; bawa ajelh teori yg ada msti boleh jawab punya.
Abnormal personaliti ni; soalan mengenai bulimia, anoreksia, amnesia, agrophobia & sewaktu dengannya. Baca sikit2 & fahami ajelh.. Ini pun saya ingat waktu study dulu ajelh.

3) Soalan matematik dia tak payah pun. Bagi sayalah; sebab saya yang tak mahir ni pun dapat jawab ( confident jer kan)... Lepas tu ada soalan mengenai malaysia. Campur2 ada yang tanya tentang satu malaysia, bngunan trtinggi di dunia la, perlembagaan, kesultananan, wang, umno, laman web government la...

4) Soalan esei; b.m& b.i; Dia ada banyak pilihan, jadi boleh pilihlah tajuk mana. Sudah lupa da.... Yang saya jawab lebih kurang macam ni (b.m) Apa yang penting untuk kita lakukan supaya dapat kerja. (b;i); wajarkah penjagaan orang tua di pusat jagaan.

Lepas tu sekian; sambil2 rehat tu adalah yang sempat kami borak2...berkenalan dengan sahabat di universiti yang lain. Seorang abang ni memang peramah, kebetulan dia duduk dekat dengan saya.  Cakap jer kerja dia. Paling kelakar dia cakap macam ni; "jangan bimbang tau, tahun ni dia nak ambik ramai kaunselor lelaki," Saya pun jawab la. 'itu la yang bimbangnya sebab saya bukan lelaki; hah2...

Keputusan PAC dah keluar, insyaAllah 24hb februari ni di Intura. Berdebar, takut, malas, rendah diri semua ada. Seriously, saya masih belum pegang apa2 buku lagi. Sebab saya tak nak stress kan diri saya, bimbang pengharapan& kesungguhan saya akhirnya saya gagal juga. Jadi saya berusaha sedanya dan bertawakal pada Allah S.W.T sahaja lor.hu2.. Doakan saya..amin:)


Sunday 10 February 2013

Bukan ini masanya

Sebenarnya pujuk hati supaya tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih berfaedah.
Iyalah saya ini sebenarnya buat blog sebab ada............. banyak masa menghadap depan laptop nie, tapi terlampau malas nak membaca sedangkan PAC hanya tinggal seminggu lagi. Betul2 kemalasan.

Seperti sengaja memesongkan diri dari membaca dan create blog pula. Lepas tu mulalh nak tukar design, nk msuk itu ini. Sedangkan tahap pengetahuan zero tentang blog. Apalah kau nie (marah diri sendiri..hu2). Jadi sekarang saya pujuk diri sendiri.

Pujuk supaya saya tinggalkan sekejap blog saya yang xcomel dan sesimple jer nie, mcm ni aje....

Kerana masa ini bukan untuk kamu.... masa ini untuk berfikir ke depan..... Uhuk2.... malasnya nak baca buku b.i... terukkan saya.

Saturday 9 February 2013

Temuduga guru MARA ambilan 2013

Fikir punya fikir apalagi ye saya dah lalui. Hampir terlupa pula saya telah attend interview& exam sebagai guru MARA pada bulan November 2012. Sebenarnya waktu cuti sekolah, jadi saya kerja di taska. Dari pagi sampai petang. memang xada masa pun untuk diri sendiri baca buku @ apa2 yang sepatutnya.

Sebenarnya saya sempat menjadi guru ganti di MRSM, mengajar pen.islam. Walaupun background saya bukan keagamaan (ijazah). Jadi memang tak berharap pun dpt tu. Tapi dapat juga ganti sekejap. Rutin plajar2 mara ni, pagi2 ada hafazan al- quran, petang pula ada rujukan kembali. Rasa bangga tengok adik2 yg hebat hafaz quran. Best juga pengalaman tue sebab dapat jadi juri al-quran dapat attend majlis berbuka puasa.

Antara soalan yang dia tanya
1) MARA dibawah kementerian apa?
2) Pengalaman kerja yang berkaitan
3)Disuruh baca surah al- mulk( tapi xingat pun) baca surah lazim jer yg agak pnjg sikit.
4) Isi form yg dia sediakan.

Ini pula ketika jawab exam guru MARA. Saya xthu pun ada exam ini. Mereka adakan seminggu exam untuk pelbagai jawatan. Hari Ahad pula adalah untuk guru pen.islam. Rakan2 yang belum tetap pergi hari ini ajelah. Saya pula xthu, tapi petang itu ustaz (guru HEP) telefon sya, maklumkn ada pengambilan guru MARA. Jadi sya kena hubungi timbalan pengetua untuk diattachkan segala fail dan sebagainya. Terkejut juga bila pejabat masih ingat kat saya & rasa bersyukur sesangat. Saya tahu tu pun malam, dapat segala fail pun dah malam kan. Jadi saya ambik keputusan pergi hari selasa aje.

Dugaan betul, hari isnin tue saya kerja macam biasa, petang baru balik. Malam nak sediakan semua bahan, manalah sempat kan. Saya edit semula resume sebab laptop saya rosak hard disk xboleh nak save semua benda.

  Lepas tue, saya buat contoh p&p saya. Kena ada 3 salinan, kepada penemuduga. Masalah juga nie sebab first time. Mujurlah saya teringat saya ada contoh p& p. Jadi tirulah sikit2. Bahan bantu mengajar pun kena buat, kita buat tajuk apa. Jadi sediakanlah seperti; gambar ke, batu, kayu, kertas mahjong dan sebagainya. Tapi yang paling menyedihkan..... printer saya buat perangai, ink dia xclear. Puas saya usik2 tpi , mcm tu juga. Habis tangan saya hitam2 krn mslh ink. Dengan perasaan frust bawalah paper yg xsmpurna, resume yg xcomel. Bukan kerja last2 minute tpi dpt thu last2 minit inilh hasilnya. Percayalah saya xtdur lansung, pkul 6 pagi dh bertolak ke sana.

Sampai jer disana, kami perlu beratur, yang ada nama beraturlah ditempat dia. Jadi saya dalam barisan ' walk in' . Daftar hari tue kan... Pagi2 dah perlu serah borang pada mereka. Jadi saya pun tanya lor saper2 yg ada glue sbb nak tampal gambar. Nasib baiklh ada yg bawa.hu2

Selepas itu kami dapat no peserta. Masuk dalam dewan, duduk ikut suka. Kebetulan hari itu kebanyakkan candidate nak isi position guru sejarah & IT.

1) Exam pilihan jawapan; ada matematik, ada kemahiran berfikir, latar belakang mara, penubuhan umno, pengasas umno, laman web goverment dan sbagainya. Soalan dia campur2 b.m & b.i.

2) Selepas itu dibahagikan kumpulan dari A hingga J. Kami pun kena pie ke kelas masing2, Jauh juga dari dewan, kalau yang mengandung baik minta yang kat bawah. Penat naik tangga tingkat 2 tu, sbb bukan sekali kita pergi panjat tapi berkali- kali.

3) Kami masuk ramai2 duduk dimeja yang disediakan, ada maker dan mahjung. Setiap orang diberikan satu tajuk yg berlainan. Saya dpt tajuk (b.i) telah dilantik menjadi ketua, & conduct syarikat baru, peranan saya sbagai ketua apakah strategi yg akn saya lakukn demi mningkatkn kualiti kerja & untuk mncari dana. Kami diberi masa 5 minit untuk tulis kat kertas mahjong masing2. Waktu tu saya tulis campur b.arab ada, b.i pun ada. Then, kmi semua kena tunggu kat luar. Kebetulan saya org first yg present takut bagai. Masuk jer kena present selama 5 minit apa yg kita tulis tadi. Waktu ni saya cakap omputih wlpn lintang pukang.

4) Selesai sudah kita kena pergi ke dewan pula. Start buat esei; digalakkan buat dalam b.i. Tapi rakan saya sebelum ini buat dalam b.m, & ditambah2 lagi kepenatan xtdur semalaman mls nk fikir & sbagainya akhirnya saya buat dlm b.m. Tak berapa ingat tajuk dia, Antaranya adalah;

a) Bagaimana nak jadi guru yang berkualiti- ciri2 rasanya.
b) Sekiranya dapat kerja guru, apa perubahan yang kita nak buat pada mara
c) Semuanya berkaitan dengan guru..lupalah.
d) Ada 4 esei semuanya... esei last dia bagi video; seorang bapa yang dah tua bawa anak oku harungi lautan dan sebagainya. Dia suruh kita tulis apa yang tersirat dari video tersebut.

Jangan pula fikir 4 esei ini kita jawab serentak. Sebenarnya selang seli, 1) jawab exam 2) present case study 3) Jawab esei 4) Present pengajaran & pembelajaran (p&p). 5) Jawab Esei.  Lepas tue rehat sekejap n then 6) interview lisan 7) Jawab esei last. Penat taw ulang alik jer, panjat tangga lagi.

Part terakhir memanjat tangga ialah interview lisan. Waktu tu frust sedikit; sebab saya nak jawatan guru pen. islam. Bila saya introduce diri dan ijazah apa.. mereka semua terkejut. Mereka kata saya tak boleh jadi ustazah, ada yang kata; sayang awak ada background agama, kelebihan itu ada pada saya jika ingin jadi kaunselor islam. Ada yang cakap saya ni confuse dan sebagainya... Saya ni punyalah hafal surah al- mulk ingatkn kena soal hafazan....hu2.. Mood sedih lor. Kena reject terang2.

Bila dapat keputusan keluarlah macam ini ;
MAAF, PERMOHONAN ANDA MASIH DALAM PROSES. 

CALON YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG PANGGILAN SELEPAS TEMPOH 6 BULAN DARI TARIKH TEMUDUGA DIJALANKAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA

Saya sedar saya ada dua kesalahan, first; semua esei dalam bahasa melayu, kan dah dibagithu b.i, so buatlh b.i...... jdi mandai2 pla. yg pling best akak sblah saya buka tablet google cari jwpn bla jwb esei.

Second; sebab nak jadi guru pen. islam yang mustahil depa nak bagi.. wlpn saya minat, angan2 aje lor...

Jadi saya dah xberharap pada mara... laluilh sgalanya.....dgn cara cool saya itu lbih baik.

________________________________________________________________________________

Ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini, jadi saya sertakan contoh p&p saya, harap membantu :)





Rancangan Pengajaran Harian

petaILKM

Guru KAFA

Ini pula pengalaman untuk position guru KAFA. Rajin bebenor saya nak menulis ni hah. Bayangkanlah keluar universiti tapi tak guna pun ijazah last2 sijil stam juga yang laku. Tak apalah asalkan dekat dengan suami itu yg pnting kan.

Sebelum saya dapat kerja nie, lepas kahwin saya try kerja kilang dulu. Kerja kontrak jer, tapi syarikat saya tue tipu duit pekerja, bila saya nak berhenti dia tak bagi baki bayaran wlpn dah tulis surat sebulan lebih awal. Last saya kata nak buat surat n ada bukti semua hntr kat pjbt buruh bru dia bgi smua. Memang pnglmn pertama dan terakhir aje la kerja kilang tu. Penat weh, berdiri 8 jam, tidur pun xcukup.

Lepas tue jadi guru qiraati tue, dan sekarang barulah dapat kerja guru KAFA. Last2 minute baru baca buku kafa. Tips dia baca jer buku kafa msti boleh jwb pnya.

First; soalan bertulis; Ada pilihan jawapan... ini campur semua tajuk (sirah, akidah,ibadat dan lain2).

Ada juga kena tulis bahasa arab dia bagi gmbr cth; tembikai, kapal terbang, tikus. Dia suruh buat jarum jam dalam b.arab.

Tukarkan karangan ke jawi.. lebih kepada kisah nabi muhammad s.a.w dan isterinya siti khadijah.
Ada juga isikan tempat kosong

Second; ada temuduga hari yang sama. Dia bahagi 2 kumpulan.
Mula2 kena mngaji al- quran, baca makna dan juga jawab hukum tajwid.
Lepas tue dia soal cth; rukun solat, dua tmpt hijrah nabi, nama2 kiamat, nama2 malaikat, adab mkn dan sbagainya.

Alhamdulillah kerja tak susah pun.......senang hati.hu2

Warden

Jadi penyelia tadika tue tak lama, sebab tadika tue ada masalah dengan sihir. Cikgu2 jatuh sakit, last2 saya pun terkena juga... urm.. saya cuba jugalah bertahan. Tapi tetiba dapat jawatan warden kat sebuah tempat nie.

Ingatkan xdapat, sebab soalan dia memang payah gila.
Semuanya dalam b.i (sebenarnya cakap b.i nie saya fobia sikit). Klau ckp b.i sya punya sebutan xbtul, wlpn kat universiti dulu smuanya dlm b.i.hu2

Antara soalan dia adalah;
1) Apa tanggungjawab awak sbagai warden
2) Selesaikan masalah yg dia bagi
3) Cara nak berhadapan dengan ibu bapa
4) Background sekolah tue..

Adalah juga soalan yang psycho sikit... Jawab ajelah asalkn jwb.
Kerja sini lama gak la, sebab gaji dia ikut ijazah kita. Saya kerja sini boleh beli kereta dan buat loan peribadi untuk kawen lagi. Tapi lepas kawen saya berhenti sbb jadi warden kena stay dgn student dlm stu rumah. Lgi satu jauh sgt2 dgn suami.

Lepas kahwin ada satu nie interview warden juga, yakin la dpt, sbb ada pnglmn kan. Tapi tak ada rezeki. Redha ajela kan.. Last2 saya dapat kerja kontrak dihantar kat situ. Barulah tahu warden2 yg dilantik xprgi pun intrview. Mrk dah pilih warden, jadi yg ramai2 dtg tu kena tipu jer. hah2... Terkantoi la sbb saya ingat siapa yg datang tue. Kasihan mrk yg berharap nie. Nantilah saya explain kat entri lain klu tak faham.

Antara soalannya
1) Menteri Hal ehwal agama
2) Organisasi tempat tu
3) Pengalaman dan cabaran semua.

Penyelia tadika & guru tadika

Selepas kecewa dengan pengalaman sebagai penjual insuran. Saya pun berhijrah ke bandar, search kat internet ada kekosongan dekat sekolah agama di batu caves. Pergi lor interview, mula2 niatnya nak isi position guru tadika.

Tapi rezeki lebih sikit, dia tawarkan jadi penyelia tadika. Gaji dia beza banyak juga.. best lor.  Lupa pula soalan dia macamana. Dia ada bagi sedikit soalan. Lebih kepada pengurusan rasanya. Yang best sebab dia soal dalam b.m. Kalau b.i memang saya surrender, xbrapa reti cakap mat saleh ni...hu2.

Pengalaman satu lagi lepas kawen, pi interview tadika ni. Dipendekkan cerita, tadika ni gaji dia separuh dari gaji penyelia tu. Akan tetapi soalannya...

1) Isi borang; profile diri semuanya dalam b.i. ada tentg harapan la, misi, visi dan sbagainya.
2) Kartun kegemaran
3) Rukun islam. iman, doa qunut dan sebagainya.
4) Waktu interview speaking, kena try mengajar dalam b.i, bagi maksud dan makna surah al- fatihah dan juga tentg ilmu2 islam yg lain.

Yang ini position guru besar tadika, saya xdpt pun. Sbb ada yg teror b.i... saya xrasa rugi pun. Gaji xbanyak, lpas tu agak jauh dari rumah kami.

Pengalaman guru ganti

Pengalaman pertama jadi guru ganti memang best. Best sesangat.. Selepas seminggu konvokesyen, ada orang bagitahu kat sekolah lama saya ada guru yang bersalin. Dulu belajar kat salah sebuah sekolah agama. Jadi pergi jer kat sekolah tue. Ini pun tak payah interview, ustazah & ustaz dah kenal kita. Kiranya saya nie dulu antara yang top juga la. Cewah.

Jadi saya terpaksalah buka kamus arab balik; kat universiti ambik akademik... Iyalah jadi ustazah kena mengajar adab nusus, tafsir, al- quran. Pelajar STAM  pula tue. Nasib baiklah dulu ambik stam ada juga lima mumtaz. Confident la juga wlpn takut2x.

Lepas tue rest sekejap kerja cashier kat stesen minyak. Yang nie pun best sebab tauke bagi saya pakai baju kurung jer, xsmpai dua bulan, sekolah telefon balik suruh ganti ustazah lain pula. Mengajar adab nusus, tafsir, insya'... lepas tu ganti jadi guru b.m pula. Sampaikan ustaz tanya saper pula nak beranak ni. Nak bagi sya  ganti.hah2x. Ustaz tu mngajar saya dri tingktn1 lgi. sejak dulu2x lagi suka gaduh dgn saya. Kadang2x kekok juga saya. iyalah semuanya ustazah & ustaz kita kan..urm.. kdg2x mrk tersasul bahasakn diri mrk sbagai akak.

Sepanjang tue adalah pergi interview guru SABK, tapi keputusannya semua berjaya dan tidak dipanggil pun. Entah apa2x. Kemudian saya jadi pengurus kewangan (sebenarnya jual insuran hampeh). Ini insuran bawah ambank. amcash dan anflexi. (lupa ejaan pula)... Jual insuran nie klu pndai dapat untunglh sbb 35% duit planggan tu akn dapat kat kita. Contohnya mereka simpan setiap bulan rm1000, jdi kita dpt rm350 stiap kli dia bank in. klu dapat 10 org? hah bnyak tu..

Tapi yg sedih sgt2x tu sbb spnjg sbulan xdpt pun cri org, gji xada sbb brgntung pd org msuk kan. Hbis duit gaji guru sbb byr sewa, mkn n tempat tinggal jer. Yang paling geram, abang kndung ada masuk juga. Tapi saya tersalah isi borang. Abang dah bayar rm400. Last2 kami minta dibatalkan, tapi duit mereka tak bagi balik. Insuran nie yang bahaya adalah klu kita pending xbyr, simpnn akn hangus..... sbb tue xbrbaloi klu xkonsisten. Smpai msa nak kluarkn duit nnti xboleh pla...mnalah thu kan...


Pengalaman pembantu taska

Kebetulan memang tersangatlah rajin, bila dah ada mood ni, kita kenalah layan jer. Jadi, saya nak kongsi pengalaman saya.

First, minta kerja adalah pembantu taska. Waktu tu berakhir sudah praktikal dan hanya tunggu nak konvo jer. Jadi saya pun merajinkan diri nak try pengalaman biasa2. Tengok dalam paper adalah yang offer kerja pembantu taska, tempat tinggal dan makan minum disediakan. Temuduga xada pun. Terus pergi dan kerja.

 Memang penat sesangat.
first; sebab kena jaga budak2 umur 5&6 tahun (lepas waktu tadika lor), seramai 40 orang dan hanya ada 2 org shj pekerja.
Second; sebab berdua dengan akak tue, hari2 dia menstresskan hatiku.hu2.... Apa2 masalah saya akhirnya jadi mangsa kemarahan dia.
third; kena masak dua kali sehari dengan periuk yang besar, kena basuh tilam 2 minggu sekali, kena jemur dan sebagainya.

Seminggu jer lagi nak konvo terus berhenti, bos saya baik. Cuma persekitaran dengan rakan2 lain yang tidak solat dan asyik kutuk org membuatkn saya tidak seronok bekerja di situ. Biasalah pengalaman pertama kan.

Ingatkan tak kerja dah sebagai pembantu taska, tapi selepas kahwin adalah sekejap saya kerja pula, di tempat lain la tapi lebih kepada mengajar qiraati kepada budak2. Yang ini agak lama juga sebab, gaji dia pun ok. Dekat dengan rumah. Tak susah sgt, xpyh msk, xpyh bersihkn rmh sbb ada cleaner. Kawan2 pun okay. Kdg2 bila cuti sekolah saya gi kerja balik kat situ. Seronok layan baby2 kecil. :).

Pengalaman temudugaku

Mesti ramai kan kawan- kawan yang dah lalui pelbagai pengalaman temuduga. Rasanya dah tak memilih dah. Tapi tetap tak ada rezeki lagi. Frust pun ada juga... tapi kita kena percaya pasti ada hikmahnya.

Sebab bersemangat nak try kerja, first pernah jadi pembantu taska sebelum graduate. Gaji tak adalh besar, tpi pngalaman tu mmg tak leh lupa. Banyak gak dah kerja; cashier, guru ganti,penyelia tadika, warden, pengasuh, kerja kilang...hu2...dan skrg cikgu kontrak.

Saya ni pula bukanlah yang suka memohon kerja kalau dah ada kerja walaupun yang biasa2. Penat weh kalau nak photostat setiap sijil, nak pos lagi, kalau dapat nak kena pie interview lagi.. Lepas tu semuanya perlukan budget. Paling berkesan dihati yang tahun lepas, pergi habis beratus juga duit. Tup2 org dalam juga dia orang ambil.

Mungkin dalam entri lain saya akan cerita apa yang saya ingat setiap temuduga dan yang bakal saya temuduga nanti. Semoga dapat manfaat bersama. Walaupun belum lagi berpeluang dapat kerja tetap tapi manalah tahu kan... rezeki ini milik Allah s.w.t. Just follow jer ketentuanNya.