Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 December 2013

Selamat tinggal 2013

Sedar tak sedar sudah hampir kepada penutup 2013... Makin tua dah.. Adess... Kasihan pula..hu..hu... Maknanya kena buat azam baru la untuk tahun 2014 pula. Cepatnya masih berlalu..kalau dulu zaman budak- budak tak sabar nak jadi dewasa, nak bercinta, berkahwin, ada anak dan kerjaya.... Tapi sekarang (walaupun belum tercapai semua impian sepenuhnya) terasa nak kembali zaman dulu- dulu..tak mau tua...huwa,......

Apalah...b0leh pula macam tu..hi..hi... Banyak suka duka dalam tahun 2013. Bagiku dugaan tahun ni lebih banyak...tapi alhamdulillah semuanya dah diselesaikan sedikit demi sedikit. Mengharapkan yang terbaik untuk akan datang..... Amin.

Friday 27 December 2013

Kolej Komuniti semua pekerjanya adalah berstatus kerajaan persekutuan....

Ayat diatas tak b0leh blah... tapi apakan daya saya nak juga bercerita mengenai kesalahfahaman kebanyakkan orang mengenai kolej komuniti yang berlambak di Malaysia ini. Acapkali mereka salah faham yang kolej komuniti ditubuhkan oleh agensi swasta dan kami pekerjanya juga adalah dari kalangan swasta. Bukan berharap pada nama...tapi rasa kasihan pula..hu..hu... Kami dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA..ya..hu..hu...

Sebenarnya saya juga begitu, memang tak tahu pun kolej komuniti bertaraf kerajaan penuh. Ingat lagi masa mula- mula kahwin dulu, aku pernah call salah satu kolej komuniti yang dekat dengan rumah untuk m0hon pekerjaan. Bayangkanlah.... ketika itu dah masuk universiti dah kerja macam- macam, kira dah jadi 0ranglah waktu tu... tapi masih tak tahu... dan mungkin tak akan tahu pun kalau tak tanya tentang kerja.

Akhirnya...aku di sini di kolej komuniti,..hahahahahhaha... barulah aku tahu perasaan yg dulu, aku salah anggapkan. Rasanya ramai yang belum tahu kelebihan belajar di sini. Tahukah anda? Anda akan diberi elaun setiap bulan sebanyak RM300.00 secara biasiswa, seandainya gaji keluarga kurang RM 3,000. Bayaran pendaftaran hanyalah rm250.00 sahaja setiap semester. Sijil yang diberikan apabila dapat nanti, mohon kerja dapat gred sijil..gaji start lagi tinggi dari SPM....

Berbalik pada kisah tadi...aku pergi persidangan kat kuala lumpur.... tiada apa yang boleh dibanggakan apabila aku cakap kerja kat kolej. Tapi bila akau explain yg kolej ini kerajaan..ada puan ni, tahun depan dah nak pencen...baru tahu kolej komuniti pekerjanya adalah kerajaan......urm...nasib..nasib... Terkejut bagai... hu..hu,,, lepas nie nak redha ajerlah..Apa yang penting dah syukur :) Alhamdulillah..

Wednesday 25 December 2013

Menghadapi sesuatu dengan sungguh- sungguh

Hari ini m00d nak bercerita tentang pekerjaan...Memang sukar untuk kita jadi unik diantara 0rang yang ramai- ramai. Adakah kita dalam kategori berjaya atau akan terus dibelenggu segala bagai dugaan? Adakala kita biarkan sahaja kan..biarkan setiap dugaan itu dan kita cuba untuk hadapinya. Realiti sekarang ramai yang berusaha nak dapatkan pekerjaan. Ada yang kata tak suka kerja kerajaan, tak suka tak ada kerja yang stabil. Tapi bagaimana kita? Memang kita cemburu melihat orang lain yang lebih senang, tapi tak bersyukurkah kita? Sedangkan Allah S.W.T dah berikan yang terbaik untuk kita kan?

Itulah keadaannya, jangan mudah berputus asa..jangan mengeluh walaupun berulangkali ditemuduga... Apabila kita pernah menghadapi sakit kita akan menghargai waktu senang. Nasihat saya, carilah keberkatan dalam mencari pekerjaan, pastikan kita hulurkan setiap bulan wang kepada kedua ibu bapa kita. Walaupun tak banyak namun ketahuilah itulah d0a supaya kita murah rezeki. Insha Allah...

Jika diberi peluang, jangan bimbang apabila melihat statistik pengambilan yang sedikit, percayalah rezeki itu milik Allah, berusahalah dengan sungguh2x..jangan jemu untuk fight kehidupan akan datang kita.. Kehidupan ini sukar untuk kita tafsirkan, namun kita berhak untuk menc0raknya bukan? kita berhak untuk merasa ganjarannya iyalah penat lelah kita belajar bertahun- tahun.

Banyak perkara yang b0leh kita syukuri..... :)


Sunday 15 December 2013

Kisah Si Awang Hidung Merah

Hai..hai..hai..salam weekend semua.. hari minggu yang kurang ada..terlalu padat aktiviti sehinggakan hari minggu pun kena join bagi ceramah..urm...Namun disebabkan saya malas lagi nak upload gambar yang ada jadi hari ini hanya nak berk0ngsi cerita tentang si awang hidung merah. Kisah ini telah diceritakan oleh guruku ketika aku berusia 9 tahun.. Masih terpahat dalam ingatan, cikgu tu pun dah arwah :(, kadang- kadang aku cerita juga kepada anak murid swaktu mengajar dulu. Kisahnya begini..

Awang tinggal di sebuah kampung bersama dengan ibunya. Dia membesar dengan penuh kasih sayang, namun awang ada sedikit kekurangan kerana hidungnya berwarna merah. Sejak kanak- kanak lagi dia sering diejek..keadaan ini menyebabkan awang merasa rendah diri.
"Awang hidung meraaaaahhh", sentiasa dilaungkan oleh kanak- kanak lain.
Hatta sehingga dewasa gelaran itu melekat pada dirinya. Pada suatu hari, awang mengeluh kepada ibunya.
"Mak, awang dah tak tahan mendengar ejekan semua orang, setiap kali mereka melihat awang, mereka akan memanggil awang sihidung merah, awang rasa awang nak pergi merantau meninggalkan tempat ini,"

Dengan keizinan ibunya maka merantaulah Awang.. Naik dan turun bukit.. melalui denai dan hutan demi mencari tok guru untuk belajar ilmu. Akhirnya Awang berjumpa dengan seorang guru di sebuah gunung, maka bergurulah. Masa silih berganti, tanpa disedari sudah dua tahun, awang tidak pulang ke kampung halaman. Setelah selesai pengajian tok gurunya meminta awang pulang ke kampung. Apabila mengenangkan dirinya sentiasa dihina dan diejek, awang menjadi serba salah, disuarakan kegusaran hatinya kepada tok guru.
"Tok, terima kasih diatas ilmu yang dicurahkan..cuma saya masih gusar memikirkan mengenai hidung saya yang berwarna merah ini, saya takut untuk pulang kerana sering diejek,"
Tok gurunya terdiam sebentar lalu menadah tangan membaca d0a..kemudian dia berkata;
"Pulanglah awang, jika sesiapa memanggil kamu begitu lagi maka dia akan terberak,"
Awang masih tidak mahu mempercayainya... tok guru terpaksa memanggil awang hidung merah untuk membuktikan kesahihan. Maka terberaklah Tok guru Awang (hi.hi...hi..hi..).

Pulanglah awang dengan hati yang tenang ke kampung halaman. Apabila awang sampai ke kampungnya ramai yang tidak mengecam awang, akan tetapi mereka tahu itu awang kerana hidung awang yang merah.
Mengejeklah mereka, awang hidung merah! awang hidung merah! Seperti yang diduga sesiapa yang memanggilnya begitu akan terus terberak..Awang benar- benar lega kerana tiada lagi yang mengejeknya apabila melihatnya. Tinggallah awang aman damai bersama ibunya. Cerita mengenai awang sebenarnya telah tersebar sehingga ke pengetahuan raja. Raja telah menitahkan untuk ke rumah awang, ketika itu semua orang merasa bimbang kerana Raja tersebut bermuka bengis, bimbang raja menjadi murka apabila berjumpa dengan awang. Hari yang ditunggu telah tiba, berjumpalah Raja dengan Si Awang, agak lama pertemuan itu berlaku. Sehinggalah Raja keluar dengan senyum dibibir. Setelah dirisik, tahulah mereka rupanya Raja tidak boleh berak selama 2 minggu lamanya. Keadaan itu menyebabkan raja bermuka bengis kerana menahan azab sakit tak b0leh berak..(hi..hi..hi..).

Oleh kerana awang telah berjasa kepada raja, raja melantik awang menjadi salah seorang panglima istana, ditambah lagi awang mempunyai ilmu pengetahuan dalam persilatan. Maka bahagialah awang, bertemu wanita yang baik berkahwin dan hidup aman damai.


p\s : Cerita ini adalah rekaan arwah cikgu saya tiada kena mengena dengan sesiapa..apa yang saya tulis ini untuk menceritakan bahawa dunia kanak- kanak kita akan ingat jika cerita itu unik dan kelakar..wlpn dah terlalu lama..hi..hi... teringat sewaktu kecil dulu, jika susah nak berak akan ku sebut awang hidung merah..hahahhahahahah. Sekian :)

Thursday 5 December 2013

Pengalaman; naik kapal terbang & berjumpa artis ( jonathan putra)

Meeting- meeting dan meeting, kadang- kadang rasa malas jer nak ke ibu kota kerana meeting dan sebagainya,kali ini meeting Pegawai Psikologi bawah kementerian, tapi nak buat macamna kan. Terutama sekali yang melibatkan duit sendiri dulu..lagilah malas kan... hu..hu...Disebabkan pemandu jabatan semua ada hal, jadi aku decide nak naik kapal terbang. Seriously dah 4 tahun tak naik fly..jakun juga, tapi percayalah apa yg kita takutkan akan hilang mcm tu ajer....slps kita dah lalui  ni. Selepas ni kalau rajin nak naik fly ajelah...mls nak menepah perjalanan yg jauh selama 6 jam itu.

Penerbangan aku waktu tudalam pukul 4:00 petang tapi pukul 3:00 aku dah wujud di ruang menunggu tu. Takut terlepas fly, urm lepas ni aku pandailah agak masa, pengalaman pertama buat kita memahami perkara lain dengan lebih jelas, jangan takut tersalah..hu..hu.. Lepas dah naik tu, aku tunggu jugalah siapa yg duduk kat sebelah aku..urm.. cuak juga kalau lelaki..memang tak suka :(. Ketika itulah lelaki omputih ni datang dan bagitahu seat dia sebelah aku.. dan bernasib baik sebab seat ada 3, cuma kami berdua sahaja..dia bolehlah duduk di jendela selang satu kerusi dari aku. Lega :)... Ketika itu aku fikirlah baik aku ambik gambar mat salleh ni, boleh letak dalam bl0g... hahahahha sebab bl0g ajer sebenarnya...

Ketika kapal terbang nak naik, aku nak tangkap gambar kat luar, tapi aku kan jauh dari tingkap faham- fahamlah kan mana nampak. Nasib baik mat salleh tu sanggupkan.. cuma satu ajela.segan nak minta dia tangkap lebih- lebih.hu2x. Lepas tu aku tangkap gambar dia pula. Done.. bolehlh upl0ad kat sini kan..kat bl0g yg xc0mel ni...urm...Then kami pun berb0rak..well I speaking l0nd0n okay dengan dia...Tanya dia asal mana, nak pergi mana dan sbagainya...banyak juga kami borak2, wlpn aku lihat dia agak payah nak memahami apa yg aku cakap....hahahhah memang malu gak ah, ckp b.i tunggang langgang. Akhirnya mat salleh nie cakap 'malay' dengan aku...Lor boleh cakap melayu rupanya..sebab dia dah 8 tahun tinggal di Malaysia..Lagi banyak yang aku borak dgn dia, sampai satu masa aku diam... segan nak tanya & borak lebih- lebih, jadi aku ambil ajelah magazine yang ada, belek- belek dan baca..tapi apa yg ada tak best pun. So, dia offerlah buku dia... lebih kepada 'acting'..Manalah minat..ahahhaha.. aku pulangkan balik kepada dia..aku pun tanyalah minat berlakon ke? dia cakap bolehlah...0000hhhh macmtu ajelah... lepas tu dia adalah cakap dia ni pelakon orangnya.. Seriouslly? Really?? Confuse??? hahahha...Aku blur sekejap, xkenal..kasihan kat dia..mesti dia pun xsangka aku xkenal dia...rasa nak gelak kuat- kuat sebab aku tak sangka pun.. tapi serius dia memang baik, humble, kelakar dan memang l0w profile...lansung 100% tak mcm gaya artis... berlagak pun tak. Thanks Jonathan Putra (JP) sebab tolong ambikkn gmbar & sign autograf utk saya.. Thanks sbb bagi good expression for me... I HOPE YOU WILL BE SUCCESSFUL IN YOUR CAREER.

Hp aku tak canggih jadi, gambar pun banyak blur...sorry :(


inilah Jonathan Putra (JP)

ini gmbar dia tolong ambikkan

ini sign dia..cute kan :)


ini pun sama gmbr dia t0long ambikkan

ini kapal terbang..hi..hi..

Bagitahu suami, suami pun gelak ajer..dia tahu isteri baik- baik aje..insha Allah...balik pula Alhamdulillah bersama wanita chinese..dia pun baik sgt  :)..Borak panjang denganku sepanjang penerbangan...

Sunday 1 December 2013

Pelat 'R'

Hari ni rasa teringin nak menulis entry pelat 'R'. Pelat 'R' biasanya kita lihat pada adik- adik kecil yang baru bertatih bercakap kan?Urm.. begitulah yang ku rasakan...entah mengapa pelat 'R' masih ada pada diriku..hahahahhaha.. Cuba bayangkan jawatan aku ni selalu dijemput menghadiri ceramah dan taklimat luar. Memang kadang- kadang terfikir juga jika mereka perasan kan... Akan tetapi diri ini memang tak kisah..selalu main confident ajer.

Dulu waktu mengajar kafa, pelajarku perasan siap boleh gelak lagi sebab aku tak leh sebut huruf 'R'.. aku pula gelakkan diri sendiri, dan bilang pada mereka, saya ini ustazah kamu, xleh sebut 'R' pun sekurang- kurangya berada dihadapan kamu dan mengajar kamu semua.ahhahahkkks, punyalah berlagak.. sesaje gurau dengan mereka.

Realitinya, kita tak perlu merasa malu apa yang kurang dalam diri kita, jadikanlah kekurangan itu sebagai kelebihan. Jangan mudah putus asa dan harapan.. Lalui dan laluilah segalanya... Walaupun sebenarnya kadang- kadang saya bimbang juga pelat 'R' saya nie...hi..hi..hi..

Alhamdulillah dah bersyukur kerana cukup sifat semuanya.. bersyukur kerana masih lagi dipermudahkan urusan...Biarlah pelat ini menjadikan saya lebih istimewa.... :)


Thursday 28 November 2013

Selamat tinggal Kenangan..di POLIMAS

Ketika saya menulis entry ini..sudah seminggu sebenarnya saya telah meninggalkan Polimas, tempat yang mula- mula saya langkahkan kaki sebagai penjawat awam.. Terasa baru semalam, saya duduk di Jitra..bangun seawal 5.30 pagi untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Banyak kenangan terukir di sana, banyak perkara yang saya belajar... belajar memahami erti hidup...

Bukan kadang- kadang yang saya lihat kemalangan yang berlaku...Adakala melibatkan motor dan kereta..Kadang- kadang hati ini sentiasa berbolak balik..apakah yang akan diri ini lihat pada hari ni? Pernah terduga kereta tergelincir, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku waktu itu. Mungkin hujan lebat yang yang membanjiri jalan... terus terang waktu itu aku belum betah dengan jalan raya..belum biasa mengelak air hujan yang laju mengalir. Pernah juga ketika ku mengekori lori besar dihadapan, tiba- tiba tayarnya meletup, lori tersebut hilang kawalan.. Panik? Pastinya aku panik..aish..dugaan..dugaan.. Namun yang paling berbekas dihati, kereta dihadapanku melanggar lori..Urm, itu dugaan dalam perjalanan.. macam- macam ragam yang boleh ku lihat.hu2x

Pastinya aku akan merindui rakan sejawat, makan bersama.. selalu duduk dan berbincang.. Disini juga aku bahagia, sahabat- sahabat juga baik- baik, cuma disini pegawai psikologi hanya seorang sahaja. Banyak perkara yang perlu ku belajar dan tahu, banyak perkara yang perlu ku lorekkan dan buat.. insha Allah.. Kolej Komuniti akan jadi persinggahan selagi mampu. Walaupun kini, aku tak perlu berjauhan dengan suami, tapi masih lagi jauh, kerana dapat kerja dalam pulau. Masih perlu melalui tol dan menghabiskan duit minyak yang boleh tahan mahalnya..urm...Syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati dan masih lagi dipermudahkan tiap urusan..alhamdulillah....



ini gambar bilikku yg baru....

Thursday 21 November 2013

Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Alhamdulillah, syukur diberi peluang dan rezeki yang tidak diri ini harapkan.. Sebelum saya ada jalani peperiksaan perkhidmatan awam untuk kali yang pertama pada bulan 8 hari tu.. Saya ada ceritakan mengenai peperiksaan ini..dan, sekarang result tu dah keluar..memang berdebar jugalah apabila nak tengok result tu. Banyak sangat yang ada dalam fikiran, sebab tak terjawab dengan masa yang tidak mencukupi.. Bukan tak mau exam sekali lagi, tapi... penat nak ke putrajaya berulangkali.. kalau dekat tak apalah kan.hu2x




Semoga dipermudahkan setiap urusan...amin..

Monday 18 November 2013

Program Transformasi MInda



Antara program yang paling ditunggu adalah Program inilah kan. Sebab program ini adalah salah satu perkara untuk pengesahan jawatan..Alhamdulillah saya baru menyempatkan diri mengikut PTM di Intan Wilayah Utara (Intura) pada 10- 14 November. Pengisian tak banyak yang perlu dibentangkan, cuma lebih kepada kuliah shj..nanti saya ceritakan... Cuma yang best dapat tambah kenali baru..best2x.

Okaylah pada hari pertama kami hanya mendaftarkan diri. Kami dapat hostel eksekutif.. memang cantik & bagus...semuanya mewah...malam tu aktiviti bebas..jadi saya balik tidur rumah ajela... Keesokannya barulah kursus bermula. Awal- awal kursus kami kena perkenalan diri dalam bulatan yang besar dan kami kena ingat nama rakan- rakan yang lain. Kemudian pemilihan penghulu & penghuluwati. Sahabat saya yang juga peg.psikologi dilantik sebagai penghulu dan saya sebagai penghuluwati. Agak besar juga tanggungjawab tersebut..krn sbnarnya kami berdua shj yang peg.psikologi yg lain dari gred W, J, & N (17-29). Walaupun bgtu mereka amat2lah hebat kerana cemerlang dlm semua perkara sepanjang program.




First day, kami diberikan tugasan untuk membentangkan tentang logo, misi, lagu kumpulan. Ada 4 kumpulan semuanya. Kumpulan kami dikenali sebagai 'DIAMOND ELEVEN', yang lain EVO,3G & KHAIR. Memang menyeronokkan sepanjang pembentangan. Pelbagai kreativiti dipersembahkan. Sebelah petang pula kami perlu join sukan yang mana perlu buat bentuk tower, klia &klcc secara bentuk orang... Penat dan seronok. Malamnya tiada aktiviti yang berat, hanya ceramah sahaja.



Hari kedua pula, kami lebih menumpukan kepada kuliah.. mata- mata perlulah dicerahkan...agar fokus dan fokus dengan apa yang diajarkan. Petang tu macam biasa ada sukan... Penat sesangat kena lari- lari dalam 20 saat. Al- maklumlah badan pun chubby juga kan.. Lepas tu kami main sukan dengan cara, org yang paling besar duduk dlm gelung dan kami kena tarik gelung tersebut guna tali dan biarkan dia berjalan tanpa menyentuh gelung..kalau kena, denda ketuk ketampi.. Jawabnya sampai ke malam kami hanya dpt melangkah 50 meter sahaja..adesss... Pada malamnya pula kami dihidangkan dengan tayangan cerita 'Hati Malaya'. Urm cerita bagus juga..ada mesej- mesej yang perlu kita fahami.


Hari Ketiga, masih lagi meneruskan agenda taklimat dan pembelajaran dalam kursus. Macam perkara yang dapat kami ceduk, ada penceramah yang seronok ada yang sdikit 'boring'..hahahah.. biasalah kan. kalau saya yang ceramah kat depan pun ada yang menguap nanti....urm...faham dah. lebih2x lagi time tengahari.
Petang tu kami buat aktiviti sendiri, jadi kami bersukan di gimnasium dan juga badminton..sebenarnya kami nak ke tanjung dawai, tapi last minute terpaksa dibatalkan kerana bas Intura rosak. Sob..sob.. sedih la xleh jalan2x.hu2x. Malam tu selepas tazkirah insya', kami berkumpul di dewan kuliah &diberikan tugasan kumpulan yang berkaitan dengan cerita 'Hati Malaya'. Dengan kepadatan jadual, macam tak sempat ajer nak siapkan..tapi nasib baiklah semuanya hebat- hebat dan memberikan komitmen yang tinggi. Saya juga dikira bernasib baik sebab bawa laptop, jadi dapat siapkan di asrama..hi..hi..

Hari Keempat, masih lagi diteruskan dengan kuliah.. dan masih lagi dalam proses penyatuan tugasan, edit, olah dan sebagainya. Petang ni sukan pun xada yang bersungguh nak join.. sebab fokuskan pada assingment yan perlu disudahkan. Alhamdulillah pada malam tersebut, kami sudah settlekan dan siapkannya...


Hari terakhir kami ada exam.... paling menyedihkan ingatkan boleh baca nota.. rupanya tak boleh tengok pun..Memang saya tak tengok lansung dan bila jawab dah lupa.....sedih rasanya... harap- harap lulus.... Terasa geram pun ada sebab tak study & terlampau rileks..... Apapun secara keseluruhan, alhamdulillah..semuanya baik- baik belaka.

Tuesday 22 October 2013

Blog yang semakin menyepi......

Alhamdulillah masih ada lagi kesempatan untuk menjenguk sekejap blog yang ditinggalkan ini.. Bukan tak sayang tapi 'kemalasan' keberangkalian.... Sejujurnya ku rindu untuk menaip... rindu untuk berkongsi pelbagai perkara.. meman terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan.... insha Allah ada rezeki, masa dan kesempatan.. blog ini kembali berlagu...hu..hu..... iya dok...

Wednesday 18 September 2013

Majlis Konvokesyen POLIMAS

Alhamdulillah konvokesyen dah berlalu... semoga semuanya mula mencari kerja yang sesuai. Lega bila program besar dah habis dah..walaupun saya hanya gi tengok hari pertama ajer..hi..hi...  Diharap adik- adik semua janganlah memilih kerja apabila baru grade ini. Tak semestinya kita akan dapat apa yang kta impikan, apa yang penting kita lalui setiap kehidupan ini dengan rasa bersyukur..amin..alhamdulillah..

Kenangi apa yang dipelajari sebagai memori yang manis...



Sambutan Hari Raya bersama Pembimbing Rakan Siswa


05/9

Selamat hari raya... macam tak sesuai dah nak wish... dah nak sampai ke raya haji la pula seakrang... urm.... apapun awal bulan hari tu sempat buat sambutan hari raya dari unit psikologi... okaylah dari tak ada apa sambutan.. lepas ini banyak lagi aktiviti lain yang nak dibuat.

Cuma hari tersebut, saya agak sibuk dengan urusan meeting konvokesyen yang akan diadakan.. tak sempat pun nak tapau nasi, semua licin diambil..hu..hu... Ramai jugalah para pelajar yang datang makan..iyalah percuma tanpa bawa apa- apa semuanya suka..iya dok..hi..hi..




Friday 30 August 2013

Kursus Asas dan Pengenalan Perkhidmatan Psikologi

Alhamdulillah..... tamat sudah kursus kami..yang mana melibatkan seramai 27 orang peserta dari penolong pegawai& juga pegawai tapi ada dua orang yang tak datang, Kursus ini diadakan di Institut Tanah & Ukur Negara, Perak.
Saya berolak dari pinang pada pukul 2:30 petang. My hubby yang tolong hantarkan& dia pula akan ambik.. dia tak bagi saya drive, kebetulan dia pun ada kursus di Ipoh jadi hari last tu tunggu dia la ambik.
Sepanjang kursus ini apa yang menyeronokkan adalah kami dapat lebih berkenalan antara satu sama lain... mestilah best..semuanya baik2x &sejiwa..walaupun kat situ teramat banyaklah tangga yang perlu didaki...hu..hu..



Hari Sabtu
Mengikut jadual hanya ada malam sahaja yang ada aktiviti, itupun hanya sebagai introduction. Selepas check in bilik... saya berkenalan la dengan roommate.. iyalah time ni la mengeratkan ukhwah kan.hu2x. Sesi suai kenal & pemilihan penghulu.

                                                  ini biliknya..okay, semua kemudahan ada
Hari Ahad
Fokus pada peraturan2 awam, kenaikan pangkat, arahan keselamatan &pembudayaan integriti.

Hari Isnin
Fokus pada Nilai etika, peranan &tanggungjawab penjawat awam, sistem penyampaian & elaun- elaun

Hari Selasa
Kemudahan Cuti& Perubatan, Pengenalan kpd pngurusan kewangan, analisis IPU & Dasar Perkhidmatan Psikologi

Hari Rabu
Fokus pada pembangunan kerjaya ppsi, buku panduan & fail meja ppsi & forum perkongsian
                                                                      forum

Hari Khamis
Last daya mengenai Rumusan & majlis penyerahan sijil :)

org lelaki ajer dpt mandi...

ini KAMI :)



 Memang best sangat2x mendengar taklimat dari orang yang otai2x.. ada yang menguji kita supaya berfikir out of box... urm... ada yang sentiasa ingatkan kita kerja kerajaan bukan boleh kaya tapi bersyukur itu penting... hu..hu...

Kata- kata mrk yg klakar & zuuup menusuk kalbu..hi2x

"Married more than one not my agenda, but always in my mind"- En. Harisham Ibrahim IIM

" U lose ur money, u lose nothing, U lose ur healthy, then u lose something, But if u lose ur intergrity, u lose everything, U lose it once u will lose it FOREVER - - En. Harisham Ibrahim IIM

"Sesungguhnya dlm khidupan ini tiada ertinya klu kita lapang ttpi jiwa miskin, rumah kita lpg ttapi hati sempit, brpegetahuan ttpi budinya rendah, brpangkat tinggi ttpi hidup dibenci org, rumah indah ttpi hati susah dan berharta banyak ttapi badan brpnyakit" ( Dr Azam Rauzan)- En Faisal Idris JPA

"Finance is, as it were, the stomach of the country from which all other organs take their tone." (Benjamin E. Gladstone)"- Pn. Azizah , INTAN KIARA.

"Membujur lalu, melintang patah, haram disapu halal diratah"- En. Roslan Mohammad

"Saya boleh berikan ikan, tapi hanya sekali boleh dimakan, jika saya ajarkan awak menangkap ikan, awak akan makan seumur hidup"- En. Roslan Mohammad








Friday 23 August 2013

Exam pengesahan pegawai psikologi s41

Walaupun baru jer kerja perkara pertama yang kita kena kejar adalah exam ni.. iyalah selagi tak lulus selagi tu la kena buat sehingga 3 tahun tempoh. Catatan itu bukan sahaja untuk umum tapi untuk diri sendiri juga, supaya ingat kembali soalan- soalan yang ada..walaupun tak semua ku ingat...hu2x.

Mula- mula2x dapat tahu nie perkara pertama yang ku fikirkan sukatan nak baca apa... nasib baiklah ada kekawan yang berkongsi soalan dan juga nota cikit2x...dan yang lain- lain cari la weh...hi..hi...

Terima kasih tak terhingga kepada suami yang sanggup hantarkan diri ini terus ke putrajaya walaupun dia terkejar pula balik. Saya stay kat homestay zizi.. ini pun atas bantuan rakan, yg mna selama 2 hari ni saya pergi naik kereta dgn dia la... Exam pula kat Seri Wilayah. Pemandangan dia memang menakjubkan... Apabila dah selesai exam, saya naik bus dekat nadi putra, berhenti kat pasar seni, dari situ saya naik lrt berhenti di gombak..dan minta kakk ipar hantar ke hentian duta....Okaylah malas nak taip panjang2x....

Exam pertama
Adalah mengenai Perintah Am, Peraturan2x Awam, Tatatertib dan perlembagaan.. yang ini boleh cari kat library dan pinjam...banyak sukatan dia..

Antara soalannya adalah mengenai
- tempoh percubaan\ perlanjutan tempoh & waktunya... kesan pelanjutan tempoh percubaan dan denda
- Lantikan pertama mana nak claim elaun, dapat pindah nak claim elaun bagaimana
- masalah dadah& tanggungjawab ketua terhadap persalah
-susun atur stor& lokasi dan letakkan stok
-surat, pendaftaran surat& pengedaran. Kod fail. fail timbul & fail sementara
- Rahsia besar, penyimpanan & pemusnahan fail rahsia besar
-Tentang kewangan pun ada tapi dah lupa.

Perlembagan pula; adalah mengenai rasuah.. tidak menerima rasuah tapi tidak melaporkan, jadi denda dia berapa? ikut akta yg ada. Pengampunan jika mlakukan ksalahan mmbunuh, kuasa menteri, akta tafsiran pun ada.

Untuk exam yang pertama, saya boleh jawab 8 sahaja soalan besar sbb xcukup masa jwb. rasanya xlulus kot....sbb skurang- kurangnya kena jawab 9. doa aje la..hu..hu..

Exam kedua
- mengenai psikologi

Antara soalanya adalah
-kepentingan teori& fungsi
-apa itu tingkah laku bermasalah& knapa terjadi fenomena tersebut
-pendedahan kendiri
-langkah utk mngalakkan pendedahan kendiri klien brserta contoh
-kaunseling kelompok, kelebihan &kkurang kaunseling kelompok
-maksud mentor&mentee,kemahiran asas mentor, bgaimana boleh bntu mwujudkan minda klas pertama
-prinsip dlm ujian psikologi, maksud ekstrovet& introvert
- maksud pngurusan marah, 4 ciri kmarahan, 4 cara trbaik urus kmarahan
- dua jenis stress, 3 punca stress berlaku ditmpat kerja& langkah2x
-maksud konflik& 4 jenis konflik

(iii)
-bolehkah sesi kaunseling dirakam dgn audio
-Akta kaunselor, klayakan&siapa, apa yg xboleh buat jika tak daftar
-kategori gangguan seksual, apakah perlakuan, keadaan@prbuatan yg trjumlah sbagai gangguan seksual, apa tindakan yg perlu diambil jika kes seksual brlaku
-5 aspek etika yg perlu dimilki kaunselor trhadap klien
-maksud knak2 yg mmrlukan pemulihan &prlindungan, prbezaan peg kbajikan msyarat& peg.psikologi brdasarkn akta kanak 2001,jika kanak-kanak lakukan jenayah ibubapa perlu hadir,jika tidak hadir tindakan apa yang boleh diambil
- contoh&bentuk pernilaian &intervensi yg dilaksanakan dlm bengkel interaktif

Berharap sangat biarlah lulus, penat nak ke putrajaya.. penat nak lalui semua ini... kena guna duit yanga gak banyak gak...urm... tapi kalau masih perlu pergi tak mengapa..rezeki la tu.

                                             INI DARI JENDELA HOMESTAY

GAMBAR DARI BANGUNAN EXAM SERI WILAYAH











Friday 16 August 2013

blog bercuti

Assalamualaikum..dah lama tak update blog.... blog bercuti sempena puasa..hu..hu... tak adalah..sbenarnya mood saya nak update tak berapa sangat skrg... padahal aktiviti banyak yang saya libatkan diri.. nanti- nantilah saya cerita.. sebelum itu saya akan senaraikan cerita apa yang saya nak kongsikan;

1) Program ITD dengan pelajar sem 1 POLIMAS.
- Bengkel mengenali invonteri

2) Isu tanah yang saya nak beli

3) Peperiksaan penjawat awam yang saya dapat tahu last- last minute
- yg ini saya akn update contoh soalan sikit- sikit.

4) Kursus dari JPA
- selama seminggu

5) Kontroversi POLIMAS tunda majlis konvokesyen
- saya  slh s'org yg terlibat (setiausaha ii), cukuplah saya katakan POLIMAS dah cuba yg terbaik.pemberitahuan last- last minute bukan dari pihak kami sbnarnya, tapi kmi pun dimaklumkan last- last..okay noktah...itu jer dapat bgthu.

Apapun semoga ada banyak perkara saya nak kongsikan selepas ini..in sha Allah...

Tuesday 16 July 2013

Al- Fatihah untuk abangku...

Benarlah tiap perjalanan kita akhirnya akan berakhir jua... Perjalanan yang kita perjuangkan ini hanyalah sementara..... Al- fatihah buat abang sulungku yang telah pergi meninggalkan kami. Memang tidak pernah diduga bahawasanya...abangku itu akan pergi hari kedua kita semua berpuasa. Suratan ini haruslah kita redhai. Cuma diri ini amat tersentuh hati melihat anak sedara yang masih kecil lagi...seramai 6 orang. K.ipar pula hanya bekerja sebagai guru di sekolah al-huda sahaja yang mana pendapatan dalam rm1500.00 sahaja sebulan. Tinggal di kota metropolitan amatlah mencabar, bagiku duit itu terlalu sedikit untuk kakakku meneruskan kehidupan ini..

 Mengimbas kembali peristiwa..

Abangku masuk hospital pada hari isnin sebab telah terjatuh dalam bilik air.. Ketika itu abang mengalami masalah sesak nafas. Sememangya sebelum ini abang selalu jatuh sakit.. Apabila dimasukkan di hospital selayang..abang ditahan diwad icu. Selama itulah adik lelakiku yang belajar di UM telah menjaga abang, bergilir dengan kak ipar. Doktor mengesahkan abang menghidapi penyakit paru- paru berair. Penyakit lain- lain seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung tak soh cakaplah memang penyakit keturunan itu... :(

Allah lebih sayangkan abangku..dia pergi jua meninggalkan kami. Adalah yang teringat akan kata- katanya yang menyatakan ingin mengikuti arwah ibuku ketika majlis pengembumian arwah bapa saudara. Sewaktu umi meninggal, yang paling terkesan kehilangan adalah arwah bapa saudara... selepas umi tiada, arwah bapa saudara yang paling rapat dengan umi pun pergi dan kini abangku yang paling rapat dengan umi juga... Sejujurnya... kesedihan itu mampu menjadikan kita lemah, lemah untuk menerima sesuatu hakikat walaupun harus kita redhai. Sebelum meninggal arwah abang pernah menyatakan ingin berbuka puasa di kampung. Akhirnya jenazah abangku tiba pada pukul 7.20 petang. Sewaktu kami semua bersiap menanti azan maghrib. Suasana hiba menyelubungi kami... hasrat abang untuk berbuka bersama....namun datang dengan cara yang tidak sepatutnya...

Ya Allah, bantulah dia... dan KAU tempatlah abangku dikalangan hamba-hambaMU yang beriman. Kau ampunilah setiap kesalahan &kesilapannya... Semoga roh abangku dicucuri rahmat..amin. Abang Jak kirim salam dekat ummi dan juga pak su ya... bagitahu pada mereka tie sayang semua...



Monday 8 July 2013

Minggu yang sibuk

Ramadhan dah hampir menjelang tiba, raya tahun ini banyak perkara yang saya nak buat.. terutama sekali nak belikan sepasang baju raya kepada mak (tiri)& ayah, mak mertua & ayah mertua... Tapi tak tahu la nak belikan yg bagaimana... urm.... Harap- harap dapatlah beli.. insha Allah...



Sememangnya kat polimas ini, banyak aktiviti dilakukan sebelum puasa... sampai tersemput dibuatnya..nak kena kejar satu persatu.. Kasihan pada suami kerana isterinya dah mula sibuk memanjang...Minggu ini sahaja saya telah lalui kursus di Intura, dibawah tajuk ' Strategik Lautan Biru' , 






Selepas itu bekerjasama pula dengan Jabatan Pembangunan Wanita buat seminar Wanita Anti Jenayah: Respek Wanita



.. selang sehari saya terlibat pula dengan meraikan kedatangan peserta baru pembimbing rakan siswa... iaitu Minggu Taaruf Day Biasalah sebagai salah seorang penasihat, perasaan ketika itu mcm tak percaya dah jadi org besar...urm.. Teringin nak join sama segala aktiviti yang mereka lakukan... Selepas itu ada pula aktiviti hari bertemu pelanggan.. Saya buat aktiviti mengenal personaliti melalui warna oleh Dr. sidek Noah tu... Alhamdulillah smuanya berjalan lancar....



Cepatnya masa berlalu..... Terasa baru semalam diri ini bergelar pelajar tapi kini dah jadi salah seorang tenaga pengajar pula.... Perjalanan ini masih banyak lagi diteruskan, banyak lagi yang perlu saya belajar... belajar memahami erti kehidupan.. Sesungguhnya amat menghargai segalanya....amin..

Sunday 30 June 2013

Idamanku beg carlo rino

Alhamdulillah walaupun xadalah mahal sangat... tapi bila dah memiliki beg carlo rino ini dah rasa bersyukur sangat kan. Sebenarnya gaji kali pertama ni kita kena beli sesuatu agar kita nampak apa yang kita beli dan boleh dikenang. Sememangnya carlo rino ini dah lama saya idamkan..saya nak yang colourful tu. Tapi.... sat gie saya ceritakan....urm...

Ketika mula- mula dapat gaji memang teruja teramat sangat nak beli beg carlo rino budget dalam rm600.00 la... Punyalah semangat nak beli, ku fikir kat the store lagi murah dari parkson sebab gi survey kat sunway carnival tak ada banyak sangat pilihan dan juga harga boleh tahan mahal gak... Sedih betul bila sampai kat situ the store tengh renovation.sob..sob... Suami cakap' xada rezeki la tu',. Nak jugak..tak kira nak jugak..mau rasanya mengamuk macam budak kecil tu minta nak aiskrim kat suami...hi..hi...

Alang- alang dah sampai kat situ, pusing- pusing tengok barang lain. Terbeli baju t-shirt kat suami kat reject shop dua helai... suami badan dah makin naik..baju semua fit kau..hahahahh.. kena la beli. Lepas tu tengok pendrive cantik beli pendrive, tengok tilam murah beli pula.... hu..hu... banyaknya yang nak beli rupanya... Masuk kawasan beg alain delon, giamak dan pelbagai lagi sales kat 50%.. saya pun cakap kat suami. 'Abang, xapalah saya nak beli yang ini aje murah- murah," tapi abang xbagi.. dia takut saya menyesal sebab tak dapat beli beg carlo rino nanti... Sebenarnya saya nak beli beg cepat- cepat takut duit saya habis kat lain... stress oooiii... tapi bila tengok abang  dan dia cakap saya menyesal nanti...saya serba salah..akhirnya saya tak jadi beli apa- apa kat kedai tu. Perempuan india yang jaga beg tu bengang ajer kat saya.... perasan kot dia kemas barang depan- depan muka....aishhhh



Beberapa hari kemudian saya kembali kat the store datang dengan semangat & impian nak memiliki beg carlo rino tuh... Baru sehari dibuka selepas renovation... jadi saya tanya la ada sales tak? yang amoi cina tu memang baik... dia sabar ajer... dia cakap ada lagi 3 hari 20%... wah saya dengar rasa nyesal pula datang awal2x..sbb saya tak thu ada sales nanti.. tanya suami.. my husband kata beli hari ni gak..dia malas nak dtg bnyak kali demi sebuah beg...hu..hu... sadis betul..tapi betul kan... dari pinang ke sungai petani bukanlah dekat sebelah rumah ajer....


Akibat dari tahap kejelesan saya, saya tanya amoi tu yang mana handbag yang xakan dapat diskaun wlpn ada sales nanti. Jadi dia tunjuklah beg warna hijau+krim+coklat. Walaupun tak berkenan sebab nak gak beli yang sama harga hari sales tu. Beli la kan... tunjuk kat suami, suami kata cam beg besar ajer, kalau bawa pie kuliah bolehlah...waktu tu dah jadi

serba salah.... Abang suruh beli yang berkenan walaupun membazir cikit.hu..hu...Sebenarnya budget rm350.0...


Akhirnya beli juga yang simple- simple ni..itu la tak nak tunggu diskaun..harga beg ini rm329.00... saya cari wallet sekali giamax dalam harga rm99.95.. sales 50% dah tu... abang tolong bayarkan wallet ini..hu2x




Ini pula  aku beli tahun 2014..sebab yg sebelum ini cam tak cantik jer.huhu.. kali ini aku beli sekali dengan dompet..alhamdulillah :) meriah cikit lor dekat rm800 gak untuk dua benda ini...urm..





Ini pula kami tolong pilihkan untuk letak atas hantaran adik ipar....aku berkenan gak...hihi

Memang masih setia dgn carlo rino
Kasut banyak juga dh beli lebih 6 pasang dah rasanya tpi semua pkai mls nk ambik snap..beg jer rajin hihi
Klu perasan yg lama beli thun 2014 dh rosak mngelupas beg dia





Majlis amal hari penyayang 2013 polimas terlibat

Sepanjang minggu ini saya akan menjadi YB, iaitu (yang busy).. Program amal ini diadakan setiap tahun di stadium darulaman, dan ini adalah kali pertama saya bertugas sebagai salah seorang AJK.. Polimas memang setiap masa la terlibat, asal ada karnival kerjaya ajer kena join..urm...

Entahlah atas kecuaian apa, saya terlupa nak bawa handphone jadi saya hanya duduk ajelah. Dalam hati sedih la juga tidak boleh ambik gambar untuk masukkan dalam blog yg xada orang baca ni..hu2x...

Sebenarnya lebih kpd coretan hati saya sebagai kenangan.. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Paling best kami bagi belon percuma pada adik kecil yg c0mel2x...hi..hi....

Malas nak tulis lebih- lebih sekadar nak simpan bahawasanya saya telah lalui pameran ini, telah melaksanakannya...hu..hu... Semoga akan ada lagi karnival seperti ini..amin.

Wednesday 26 June 2013

Berakhirnya bulan jun...

Assalamualaikum...salam penuh kasih sayang sempena bulan nisfu syaban ni....semalam la kan.. Semoga tiap perjalanan kita dipermudahkan... Benarlah hidup ini amatlah sukar untuk kita meramalnya... sesungguhnya sebagai hambaNya kita tidak boleh terlupa dan perlu bersyukur walaupun ada dugaan..Anggaplah dugaan itu akan menjadikan kita lebih menghargai..

Tiada apa yang dapat ku katakan...walaupun baru sebulan setengah memegang title sebagai penjawat awam.. namun, dah banyak urusan yang saya perlu turut sama,setakat ini saya sudah ada job sebagai setiausaha II membantu rakan saya dalam penyediaan meeting konvokesyen politeknik yang akan diadakan pada bulan ogos ini.

Tugas- tugas pegawai lama sedikit sebanyak sudah diserahkan kepada saya.. contohnya bahagian aset untuk unit kaunseling... Walaupun ada banyak lagi yang perlu saya belajar tapi saya akan cuba untuk memperbaiki sedikit demi sedikit. Belajar memahami tiap tugas kerja yang diberikan. Faham- fahamlahkan kami ni unit bimbingan dan kaunseling pastinya tak akan lari dari pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar dan juga apa- apa yang berkaitan politeknik... Haruslah rasa bangga kan.hu..hu..

. Kami juga adalah penaung kepada Perbimbing Rakan Siswa.. hari sabtu ini akan diadakan perjumpaan bersama mereka dan saya diamanahkan untuk menyampaikan sedikit taklimat kepada mereka. Dua jam pengisian itu perlulah lebih kreatif kan..urm.... harap- harap semuanya okay..amin.

Berkaitan dengan perjalanan ke tempat kerja, akhirnya saya membuat keputusan tinggal berjauhan dengan suami. Saya berkongsi sewa rumah.. Di Kedah kita kerja setiap ahad- khamis kan. Jadi saya akan bertolak  pagi ahad lepas tu hari selasa pula balik ke rumah. Dan hari khamis selepas habis waktu kerja balik juga ke rumah. Sebenarnya saya tidur di rumah sewa hanya hari ahad, isnin an rabu sahaja. Walaupun begitu dah jimat separuh, berbanding berulang alik setiap hari. Sekarang nie lagilah penat nak drive jauh- jauh, banyak kerja dah..hu2x.

Gaji... yang ini alhamdulillah hari ini saya dah dapat... Maknanya taklah lama sangat kita menunggu gaji.. rasa lega sangat- sangat... Waiting for KGT pula...betul ke perlantikan baru sebelum julai pun dapat.. Kalau betul yang itu pun boleh... syukur sangat- sangat..amin :)..

Berakhirnya bulan jun ini bagi saya banyak masam, masin, manis, suka... yang saya lalui.. Tabah & sabar mnghadapi tiap sesuatu. Berharap penantian dan keajaiban berlaku jua. antara lambat atau cepat sahaja.... Hidup ini tidak dinamakan hidup jika tiada ujian... :)

Sunday 16 June 2013

Kursus pemantapan bahasa bangsawan

Sebenarnya tak adalah kena mengena pun dengan perkara ini, tetapi ia diadakan ketika waktu cuti semester... ramai yang sibuk...dan al- maklumlah unit psikologi adalah unit fleksible... Apa- apa sahaja yang berkaitan kami kena tahu dan ambil peduli. Secara tak lansung saya pun menyertai program ini... ingatkan tengok persembahan rupanya bengkel.... adessss. tapi xapalah boleh isi dalam buku kursus..hi..hi..



Belajar mengenai perkara yang baru agak mengujakan diriku.... terasa teringin sangat nak masuk dunia lakonan teater & pentas. (dulu prnah terlibat teater main- main kat universiti aje) hi.. hi... tapi saya kena sedar, dunia saya sekarang lbih kpd seorang isteri & juga pekerja... dunia keseronokkan yang macam tu harus saya tinggalkan.... hu..hu...


Kelas ini dibawakan oleh seorang lelaki yang dah mahir dalam pementasan bangsawan yang dikenali sebagai 'pak murad'.. segmen ini dia ajelah yg brcakap &juga respon dari peserta. Adalah juga mereka melakonkan contoh- contoh watak... bolehlah mengetahui sedikit caranya...


Alhamdulillah semuanya berakhir lbih cepat dari dirancang.. kasihan my husband pun ikut sama... he..he.. saya la yang paksa dia ikut.. Lain kali saya tak adalah bawa abang... terima kasih ya bang... lain kali tolong lagi...