Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 15 February 2022

Sakitnya Sebuah Kehilangan

Bagaimana akak sedari hidup ini hanya sementara, secara logiknya dan tauhidnya akal kita tahu, imam kita pun mengakuinya. Namun kita masih menafikan usia kita bertambah dan kita semakin tua menghitung hari. Lagha (Leka) dengan permainan duniawi, iya itu yang selalu kita buat sebab kita teruja nak capai semua perkara.

Bila menyentuh kehilangan akak sudah kehilangan ibu dan ayah, arwah ummi ketika 2011, arwah ayah ketika akhir 2017, waktu tu nak prepare untuk buat sarjana kaunseling. Abang sulung meninggal 2015. Sewaktu kehilangan ummi masih ada ayah untuk kami menagih kasih dan sayang, kehilangan abang sulung pun begitu kami kuat sebab ada ayah.

Kehilangan ayah pada 2017 sangat menyakitkan terasa kehilangan semua yang ada dan ketika itu akak mengalami kebas perasaan, kalau dengar jer orang lain kehilangan keluarga mak atau ayah akak akan diam dan  akan cakap memang kitaran dah ibu ayah akan meninggal dan sampai masa. Sangat bertuah jika mereka masih memiliki ibu dan ayah walaupun dah berusia, sebab bukan semua dapat rezeki tu. 

Kehidupan akak lalui seperti biasa, bukan tak baik sebab alhamdulillah akak dibesarkan dengan didikan agama, baca quran dan sebagainya itu ada namun bab solat sentiasa ringankan. Sebab tak ada lagi kesedaran yang sebenarnya. Akak masih lagi sibuk dengan pekerjaan dan homestay yang akak usahakan.

Tahun ini 2022 suami akak memasuki usia 40 an, dia mula berubah menjadi lebih baik selalu berjemaah ke masjid dan selalu mencari sesuatu dalam kerohanian. Akak menyokong sahaja apa yang dia lakukan namun akak tetap lalui kehidupan ini dengan baik sahaja.

Sehinggalah kak ipar maklumkan abang dimasukkan ke hospital, waktu ini masih bersangka baik sebab abang pernah dimasukkan ke hospital setahun yang lalu dan semakin pulih sedikit demi sedikit. Namun perancangan Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, abangku yang kedua ini juga turut dipanggil ilahi.
Kenapa akak tersentap dari lena yang panjang?


Ummi diambil pada usia 60 tahun, ayah 74 tahun, abang sulung 47 tahun dan abang kedua 53 tahun. Akak selalu berkata Allah dan ambik abang sulung dan ibu dan ayah. Mesti abang kedua ini akan panjang umur dan Allah jaga diri sebab anak-anak abang masih muda lagi. Keyakinanku sangat kuat dan menafikan perkara-perkara namun Allah sebaik-sebaik perancang. 

K.ipar maklumkan tak cukup dengan 30 tahun bersama, akak conggak perkahwinan 11 tahun, sempatkah untuk mencapai 30 tahun? suami dah 40 tahun, akak pun mencecah 37 tahun, kalau Allah bagi 47tahun aje macam abang sulung hanya 10 tahun yang tertinggal. Allah singkatnya perjalanan yang akak rasakan panjang ini.

Itulah hidayah yang Allah berikan, buatkan akak terfikir sampai bila nak lagha dengan kehidupan duniawi sampai bila masih main-main dengan ibadah. Semoga Allah menjaga kita sebaik-baiknya..amin

Dunia yang semakin ditinggalkan

 Sekian lama akak tidak menulis dalam ruangan nukilan ini, bukan tak rindu sangat rindu nak berkongsi kisah suka duka sepanjang menyelusuri kehidupan ini namun apakan daya masa yang ada juga adakalanya terisi dengan perkara-perkara lain dulu

Bagi tahun 2020, adalah tahun yang menyeronokkan dan menyedihkan sepertimana yang kita semua maklum covid melanda dan memberi kesan bukan sahaja kepada kewangan, kesihatan dan juga emosi semua orang. Sedikit sebanyak ia menagih pelbagai rasa dari kita. Apakan daya kudrat kita makin menurun untuk melakukan segalanya

Tahun 2020, saya juga habis belajar dengan jayanya master sains kaunseling dari UUM, walaupun skroll master diterima dari pejabat pos sahaja. (Kemungkinan konvo akan dibuat tahun ni, 2022) tapi tak tahulah sebab covid makin meningkat. Tahun ini juga diberi rezeki mengambil lesen diving nanti ada rezeki akak postkan dalam blog apa yang akak lalui dalam pengambilan lesen ni insyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang akan mendatang akan memberi sinar untuk kita menempuhi tiap impian dan dugaan yang dirancangkan. Tanpa sedar kita semakin tua kita semakin menuju ke usia tua. Terasa cepatnya masa berlalu dan masih banyak lagi impian dan angan-angan yang tidak dapat dipenuhi. Namun belajar bersyukur dengan apa yang dah dimilikki. Percayalah tiap sesuatu yang tertulis itu memang istimewa dan akan kekal dalam sanubari. InsyaAllah sama-sama kita doakan.

Kembali kepada tajuk dunia yang semakin ditinggalkan, kenapa tajuk ini akak pilih. Iya dulu akak selalu hitung perkara-perkara yang menyeronokkan dan tak sabar untuk menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan tu, tanpa memikirkan banyak perkara. Namun tahun ini (2022) ada perkara yang menyedihkan berlaku membuat akak tersentap iaitu kehilangan abang kandung tersayang. Nanti akak kongsikan berkaitan perkara tersebut kenapa akak seolah-seolah tersedar dalam lena yang panjang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang memberi kita sesuatu perkara.

Salam sayang dan kerinduan bagi semua