Daisypath Anniversary tickers

Friday 21 November 2014

Saya rindukan suasana kampung saya

Bila rindu mengamit hati,
Adakala kita menjadi penasaran,
Merindui bayu kelembutan..
Merindui cuaca pagi yang menyegarkan...
Kerinduan itu menjadikan aku penagih cinta..


Kadang- kadang teringin sangat nak cari kawasan kampung untuk bekerja, bukan apa saya ini dibesarkan di kawasan kampung. Belakang rumah kebun. Depan rumah sungai yang jernih itu..
Memang mendamaikan... kalau zaman budak- budak..selagi tak hitam badan..selagi itulah mandi sungai... Seronok sangat... dapat main pondok2, rakit, tangkap udang dan ikan... cari buah jambu air dan makan... Kalau nak bilang satu- satu permainan kampung dah jadi ala tomboy dah saya. Nasib baiklah bila start sekolah agama jadi muslimah pemalu...hihi.. (kononnya)..


ini kat depan umah kami nak gi sungai



kamera xcantik sgt..tpi inilah sungai dpn umah..jln kaki jer...best sgt2


Bila dah dewasa ni.. kahwen ikut suami.. kerja di pulau pinang. Saya tinggal di kepala batas..kerja pula di Bayan Baru. Memang travel la jawabnya. Belajar hidup cara bandar. Belajar jammed, belajar jadi tension..huhu... Bagi saya perubahan persekitaran boleh juga membuatkan kita tertekan... sebab dah biasa menghirup udara yang segar kan.... 

skrg mcm ni..huhu


Nak doa banyak- banyak agar kami dapat pindah suatu masa nanti... agar kami dapat jumpa tempat perumahan kampung yang sesuai. Kalau kat penang ni dapat cari kawasan kampung dan buat rumah pun okay dah... yang penting suasana itu dapat saya lalui kembali...amin....



Wednesday 8 October 2014

Pernahkah.....

Hari ini nak berbicara berkaitan pernahkah....

Pernahkah tetiba anda rasa hari ini anda tak ada m00d bhs mudahnya MALAS... nak buat apa shj..rasa nak duduk dalam bilik tidur shj@ buat perkara lain..

Pernahkah anda rasa hari ini anda tiada mood utk ketawa, nak menyendiri, nak berdiam diri..nak hentikan otak dari pening kepala?

Pernahkah anda rasa nak menjerit sekuat hati, nak lepaskan resah didada sekuatnya?

Pernahkah ingin menangis betul- betul..menangis untuk melepaskan lelah yang membelenggu...

iYA.. iSU begini sentiasa ada... apabila kita penat sekejap dari melakukan kerja@ sentiasa terduga... jadi apa lagi... jangan biarkan fikiran ada dipenuhi sakit kepala... buang yang remeh temeh...

Buat aktiviti yang mengembirakan.... percayalah bukan kuantiti yang kita cari tapi kualiti!!! yeha..... So, kita kena sentiasa bersemangat!!! jangan BURNOUT, jangan STRESS, jangan hilang FOKUS... hihihi






Monday 8 September 2014

Disaat ku terima ijabkabulnya... :) Hanya 5 kali Pertemuan

Sebenarnya dah lama dalam hati ini nak luahakan tentang suamiku yang ku sayangi... Tanpa disedari sudah 3 tahun ku mengenali dan hidup dalam suka dan duka bersama suami... 3 tahun masih baru... Mungkin sebab tiada anak... (mood sedih bila sebut masih belum diberi rezeki ini)... menjadikan kami.. tidak sedar sudah 3 tahun rupanya kami honeymoon berdua... In sha allah doakan kami sem0ga dapat anak yang ramai... sebab adik - beradik kami berdua ramai. Saya ada 11 orang, manakala suami ada 9 orang....hihi.

Hari ini genap 3 tahun 1 minggu kami dikahwinkan. 3 syawal dalam islam.. 01/09.. kalau dapat cuti merdeka.. kami seperti bercuti untuk meraikan hari bersejarah kami ini...hihi...tetiba terasa sweet... Teringat kali pertama mengenali suami. Hanya 5 kali pertemuan menjadikan kami suami isteri. Perkenalan yang singkat bagiku, dan percintaan selepas kahwin sesungguhnya lebih indah..

Moh nak ceritakan... ketika kenal suami ni tak adalah bersungguh sangat untuk jatuh cinta, bukan kerana pernah terluka ( yang sebelum ini saya minta lepaskan sebab tak suka bercinta sebelum kahwin).. tapi mungkin saya nak tengok kesungguhan dia. Sekadar nak bercinta sahaja @ serius kan... Jadi mula- mula kenal tu suami saya datang ke gombak..Waktu tu saya kerja warden kat gombak. Dia datang jumpa arwah abang saya. Kiranya saya jumpa dia di rumah keluarga saya la... First time kenal kat depan. Tapi serius belum suka sangat- sangat. Selepas abang saya cakap dia okay.. baru saya 'kawan; dengan suami. Itupun jarak jauh... sebab dia kerja di pulau pinang...

Dalam duk 'kawan' tu, biasalah anak baik maklumkan dekat ayah... Ayah saya jadi serba salah.. sebab tak kenal orangnya. Jadi saya cerita dekat suami.. Suami saya bawa kawan- kawan sepejabatnya yang mana orang kelantan (yang kiranya dah matang2 la) dan juga ada yang kenal ayah saya. Saya pun tak tahu mungkin jodoh kot, sebab ada yang kenal ayah saya. Suami saya datang dari pulau pinang ke kampung saya, di kelantan untuk merisik dan memperkenalkan dirinya. Waktu ni saya tiada di kampung... sebab kerjaya warden waktu tu..selagi tak cuti sekolah..tak boleh bercuti. So, saya pun berdebar juga tunggu apalah pandangan ayah saya ni lepas jumpa suami saya..hihi..

Selepas selesai tu, saya tanya pandangan arwah umi. Umi bagitahu muka dia macam sedara kami..hihi.. ada iras- iras la maknanya..Ayah pun setuju, tapi adalah syarat - syarat yang ayah bagi pada saya dalam berkawan tu. Suami pula bila saya maklumkan ayah ok jer lepas jumpa tu. Dia ucap alhamdulillah punya panjang... Nak tergelak bila teringat balik kenangan manis tu.. Suami bagitahu ayah tengok abang bercakap, makan... dan sebagainya... urm... kena scan dekat ayah..hihi..

Ketika kenal suami ni bulan 2, kami berkawan sekejap bulan 6 dah bertunang. Kali ke-2 jumpa suami sebab suami datang ke gombak nak cari cincin tunang dengan saya. Kali ke-3 saya jumpa suami sebab kami bertunang. Waktu bertunang pun kelakar rasanya sebab..saya tak pernah jumpa keluarga mertua. Bila salam mak mertua tu saya tanya ni emaknya ker.. terus saya salam dua kali...hehe... (waktu ni belum sarung cincin lagi sekadar bersalam sahaja) kelakar sungguh. Mak mertua saya ni nampak muda, saya pernah borak dengan mak tapi dalam telefon ajelah..alhamdulillah ibu mertua saya teramatlah baik..syukur... :). Ketika 18/06/2011 kami bertunang..Alhamdulillah..

Perasaan saya ketika bertunang tiadalah ujian kuat sangat... sebab tempoh kami tak lama... bulan 9 kami dah di ijabkabulkan.. Kalau ada pun saya ignorekan sahaja... Kali ke-4 jumpa suami sebab nak cari cincin kahwin, kali ke-5 pertemuan kami disaat terlafaznya ijab dan kabul....Akhirnya pada 01/09/2011 kami dinikahkan...oleh ayah saya... Terasa baru semalam perjalanan kami..

Bohonglah kalau tiada pahit manis... tapi siapa kita untuk mencari kesempurnaan..saya sudah cukup bersyukur atas apa yang saya miliki sekarang. Untuk suami Mohd Hafizi bin Yahya... walaupun dia xpernah baca blog saya nie...hihi.. anggaplah nota ini ingatan sayang untuk abang. Ikhlas sayang abang... ikhlas nak jadi isteri abang... Terima kasih abang untuk semuanya... with love....

Wednesday 20 August 2014

Kehidupan ini bermakna bila kita menghargai

Assalamualaikum...selamat pagi :)... wah, lamanya tak menulis... kadang- kadang mood terlebih rajin tu la malas sungguh nak menaip... Sebenarnya terlalu banyak cerita yang saya boleh kongsikan, tapi sebab terlampau banyak tu la malas pula nak tulis. Hai, apalah dulu kata nak istiqamah nak buat entry macam- macam. Sekarang dah ke laut..huhu

Hari ini tengah siapkan kertas meeting untuk program kebangsaan nanti. Believe or not, saya jadi pengarah program... pening kepala fikir, takut pun ada. huhu.... Alhamdulillah kawan- kawan banyak membantu... hihi

Apa la melalut ni... Okaylah back kepada tajuk kenapa ditulis begitu? Saje nak remindkan diri sendiri bahwa... apapun yang kita kehendaki sebenarnya atas diri kita bagaimana untuk menghargai...

Iyalah kadang- kadang kita selalu mengukur kesenangan, kebahagiaan dan macam- macam lagilah dengan wang ringgit, anak- anak, sahabat yang baik, keluarga yang terbaik. Kita menilainya begitu. Tapi hakikatnya kita sebgai manusia ni mana pernah nak puas??? huhu... Jadi bersyukurlah... walaupun kita rebah dan tersungkur kerana itu adalah 'nikmat' untuk kita lebih tabah dan berusaha.

Tak semestinya yang dilahirkan kaya, cantik @ tampan boleh membuatkan kita rasa hebat.... Pastinya mereka juga mengeluh... Percayalah apa yang kita MILIKI hari ini adalah yang terbaik untuk kita....

Lalui dan hargai apa yang ada menjadikan hidup kita akan lebih indah....hihi... peace... salam sayang...

Wednesday 9 July 2014

Pendaftaran Kaunselor

Alhamdulillah satu step telah ku buat, iaitu pendaftaran kaunselor. Walaupun dah lama keluar universiti, punyalah payah saya nak daftar kaunselor ini. Mujurlah soalan yang diberikan pun okay.. kalau tak memang kena study dulu la.huhu


Dapat sijil sebulan selepas diinterview. Tempat interviewnya di putrajaya pejabat pembangunan wanita. Ramai juga yang datang untuk dapatkan CR tersebut. Dalam hati ini cuak juga takut- takut soalan banyak... Memang la nak menjawab tu rasa confident jer. hihi.. Tapi sebenarnya bagi saya taklah sesusah yang kita imaginasikan. Ahli panel pun baik- baik orangnya.



Antara perkara yang perlu kita ingat adalah :-

1) Perlu isi borang- kena tulis jam credit melakukan sesi kaunseling individu dan juga kelompok

2) Pegang satu teori yang paling suka digunakan... tak payah cakap teori eklektik..hihi..
(Hafal la satu teori yang paling senang dah mudah untuk dilakukan, dan jangan lupa apply teori tu... mmg best bila buat sesi guna teori..hihi)

3) Teori kerjaya pun perlu ingat...

4)Satu kes dan cara penyelesaian.. yang ini kita bagus contoh la...

Itu sahaj..bila kita layak, soalan pun tak banyak... apa yang penting kita study dan sedia untuk disoal :)..

Moga maju jaya..hihi


Monday 16 June 2014

Rezeki itu milik Allah..

Hari ini saya nak bercerita mengenai.. rezeki.. Kadang- kadang kita tidak tahu bilakah rezeki baik kita akan datang. Memang diakui dulu saya selalu bimbang akan kerja. Anggapan saya bila dapat kerja tetap hati saya akan tenang. Alhamdulillah...mungkin ya..mungkin tidak.

Sebenarnya apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. Bersyukur kerana jadi diri kita sekarang. Teringat dulu sebelum kahwin, tempat saya kerja tue.. (swasta). Mereka memberi surat berhenti kepada saya kerana alasannya adalah saya akan berkahwin dan akan mengikuti suami. Benar ketika itu saya sedih, tapi rezeki itu perancangan dari Allah... Alhamdulillah saya telah mendapat kerja tetap setahun yang lalu. Terimbau kembali kata- kata seseorang kepada saya yang menyatakan Allah akan buka pintu rezeki seluas- luasnya apabila berkahwin kelak.

Dalam rezeki kita pun tertulis rezeki- rezeki orang lain juga. Bulan ini saya hampir kehilangan rezeki apabila kehilangan kunci penginapan, tapi akhirnya saya temuinya di pantai kunci tersebut. Rupanya rezeki saya masih ada. Tetapi rezeki handphone..balik dari kursus tu saya kehilangan handphone saya.huhu.. Rupanya rezeki saya untuk pemilik kedai tu...

Keberkatan dalam hidup perlulah kita cari, datanglah duit sebanyak mana pun kita pasti ramai tidak mencukupi.. Saya ingin latih diri saya untuk sentiasa bersyukur, tidak mahu mengeluh.. Semoga Allah istiqamahkan saya dalam perkara ini..amin...

Sunday 15 June 2014

Untuk ayahku..

.

Ayah,
Ketika ayah besarkan anak- anakmu ini, ayah ajar kami dengan penuh kasih sayang,
Seawal pagi ayah bangun masakkan air panas agar kami ke sekolah bermandikan air suam,
Pepagi lagi ayah masakkan nasi untuk kami bersama arwah ummi agar kami ke sekolah dengan perut yang kenyang,
Ayah sabar melayan karenah kami, mengejutkan kami setiap hari, sabar menghantar kami ke sekolah setiap pagi, sabar menanti kami dari sekolah..
Tidak pernah ayah keluhkan akan anak- anakmu ini,

Ayah,
Apabila ramadhan tiba,
ayahlah yang menjadi imam kami,
memimpin kami berjemaah bersama, berkumpul bersama..
Melatih kami bersahur agar mendapat keberkatan sahur
Ketika berakhirnya ramadhan, ayah sentiasa ulangkan cara sembahyang raya,
Tanpa suara ajaran ayah rasanya tidak lengkap hari raya kami..

Ayah,
Sewaktu elektrik padam, lampu lilin menjadi peneman,
Ayah tidak pernah menghampakan kami,
Mengajak kami berkumpul lalu ayah bercerita kisah nabi- nabi kepada kami.
Kisah itu kami ingati hingga kini,

Ayah,
Kami suka melihat gurau senda ayah bersama arwah ummi.. begitu bahagia dan penuh kasih sayang,
Ayah tunjukkan kepada kami bagaimana untuk berkasih sayang,
Bagaimana menjadi ayah yang baik kepada kami..

Ayah,
Ayah ratu hati kami, mendengar gelak tawa ayah.. mampu mengundang rindu yang teramat sangat,
Ayah... Betapa bertuah kami sebagai anak- anakmu kerana lahir sebagai anakmu..
Bangganya kami memiliki ayah yang tidak jemu mengajar kami erti kehidupan..

Ayah,
KAMI SAYANG AYAH, TERLALU MENYAYANGI AYAH..
Terima kasih Ayah kerana mendidik dan mengasuh kami sebaiknya..
ayah adalah idola kami..
Semoga Ayah sentiasa sihat walafiat hendaknya..
Semoga Ayah sentiasa dibawah lindungan Kasih SayangNya... Amin..

Untuk tatapan ayahku... Abdullah bin Besar

Thursday 8 May 2014

Mimpikan yang indah sahaja

Terlalu lama diri ini tidak menulis apa yang perlu diluahkan...Rindu untuk berkongsi semuanya.. Terasa banyak perkara mengejarnya.. sehinggakan untuk termenung seketika pun tidak sempat.huhuhu.. namun aku bersyukur melalui step ini. Cuma hari ini aku nak kongsikan ... aku mula membuat satu keputusan untuk serius membuat pemeriksaan kesihatan berkaitan kesuburanku. Dah mula pergi klinik dan buat appointment untuk ambik darah dan sebagainya. Sebelum ini aku hanya buat tak tahu, setelah hampir 3 tahun... barulah tersa sudah tiba masanya untuk aku mengorak langkah.. berusaha itu penting kan.... k... nanti rajin update lagi :)

Wednesday 19 March 2014

Takutnya.......

Sebelum tulis entry ni..saya malas nak berfikir tajuk yang sesuai.. Sebenarnya dah lama nak tulis tentang keselamatan kita ni.. terutama kita wanita. Ini bukan menunding pada mana- mana pihak.. Ini adalah perasaan saya sendiri merasa takut dan tidak selamat. Sejujurnya jika sesiapa yang pernah diragut atau dirompak mesti merasa trauma lebih- lebih jika ia meninggalkan kesan kepada pemangsa.

Sebab itu kita sebagai wanita kena berjaga- berjaga.. bawa kereta kena kunci cepat- cepat. Beg tangan tu kena letak dibawah seat.. tapi beg kita kadang- kadang penuh dengan barang, ada juga yang tak boleh lipat..sekadar boleh letak kat seat bawah aje la kan...huhuhu... Bila nak keluar dari kereta samada nak isi minyak atau nak beli barang, pastikan dikunci.. tapi kadang- kadang perompak hanya pecahkan cermin aje kan...adess... tak mengapa..teruskan usaha..kita kena amalkan walaupun tak mungkin 100% selamat, tapi kita cuba untuk mencegahnya. :)

credit to mr.google

Kalau jalan- jalan tu janganlah bawak beg macam mak datin sangat..jalan dengan bertentangan dari arah kereta... pastikan beg tu selamat... saya pun tak tahu..mungkin kena berjalan kat shopping complex yang ada parking rapat dan yang ada cctv aje kot... huhu...kasihan kita yang wanita ini..huhu

Sejujurnya, setiap hari apabila saya driving yang mengambil masa agak lama..kadang bila ada program akan balik lewat sikit. Sememangnya perasaan takut, waspada tetap ada... apabila masuk kereta saya akan letakkan beg dibawah kereta, gunakan apa- apa untuk selindungkan beg saya, berdoa segalanya selamat. Time nak drive saya pastikan gelang- gelang kat tangan jangan kelihatan..kadang- kadang x alert juga... jika kena travel jauh ke kl atau sebagainya, yang mana saya perlu naik flight, komuter, teksi dan sebagainya.. segala barang kemas saya tanggalkan dan simpan kat rumah sahaja. Beg pun bawa beg galas jer..tak ada dah beg carlo rino yang cantik dikepit tu...Usaha itu elakkan adalah dari kita :).. seandainya kita inginkannya.... kita akan cuba untuk mencegahnya... semoga dipermudahkan urusan...amin.

Wednesday 12 March 2014

Tinta Cintaku MH370

Benar....
 kita tak mampu untuk menduga apa yang bakal terjadi... 
kita tak mampu untuk mengetahui perancangan ini....
 Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
 Apa yang berlaku disebalik tadbir... 
kita masih lagi dihijab... kita hamba yang Dhaif ...

Bersabarlah wahai hati- hati yang kehilangan.... 
bersabar dengan dugaan.... 
kita akan tetap jua menghadapi satu pemergiaan... 
cuma mungkin dirimu terpilih kerana kamu istimewa untuk melaluinya...
 Sapulah air matamu....sejujurnya diriku jua merasainya.... merasainya....dan amat berharap akan keajaiban... mungkinkah?? 
Ya Allah... Hanya padaMu aku bermohon..
.jika semua ini ada hikmahnya
..kami redha Ya Allah.. 

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam.... amin.... Doakan untuk MH370





p/s: Saya hanya tulis sekadar untuk memberi semangat pada hati.... berharap akan keajaiban... walaupun sukar yang tak dapat saya fikirkan... mereka bukan saudara saya...tapi saya tetap merasai kedukaan itu.


Monday 17 February 2014

Ditegur penemuduga

Wah... rasanya baru semalam aku pergi menapak kaki di INTURA untuk ditemuduga jawatan pegawai psikologi yang aku pegang sekarang......perasaan nak dapatkan kerja itu terlalu kuat... sehinggakan aku merancang dengan betul- betul kreatif untuk dapatkannya.Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat dari 20 orang yang diperlukan... dan tanpa disedari kini sudah hampir setahun aku memegang jawatan ini.

Bukan senang untuk senang..siapa yang pernah lalui susah seperti aku, pasti tahu bagaimana nikmatnya mendapat pekerjaan, kerana aku ini normal... tak mahu buat perubahan drastik..cukup sekadar ada kerja.huhuhu

Eh..eh melalut panjang la pula.. sebenarnya nak cerita tentang penemudugaku....ceritanya begini..minggu ini pada 23/01..adanya taklimat pegawai psikologi di JPA... Seluruh pegawai psikologi datang yang lama ada, yang baru pun ada.... kiranya bila time rehat tu aku duduk di surau untuk sembahyang dan berehat seketika.
Ketika itulah seseorang menegurku.

" Eh, awak dapat ya jawatan pegawai psikologi ni?" Ku lihat dia sambil tersenyum. Dalam hati terfikir mungkin sahabat atau kenalan program.
" Iya, alhamdulillah... dapat juga"
"000 tahniah la untuk awak,"
" OOh terima kasih puan," aku balas sambil tersenyum..sebenarya aku ada urusan nak diselesaikan.. jadi ketika itu aku dah kalut buka pintu surau. Sempat jugalah aku berborak sekejap..last aku tanya pada puan tu..

" Puan pegawai psikologi kat mana ya," manalah tahu satu program ke kan..huhuhu
" Awak tak kenal saya? lupa ya?" Tanya dia kembali.. aku kaget... tengah memerah otak.... saper ya....
" Dulu saya yang interview awak untuk jawatan peg psikologi ini," katanya kepadaku..
"Hah..oh... iya..iya puan.... aku bersalam kembali dan ucap terima kasih ajer pada dia ," Malu....jugalah kan... mula teringat kembali wajah puan tu waktu temuduga... OOh okay dah ingat..hihi.

Selepas itu aku minta diri... sebenarnya..waktu tu pandang penemuduga pun tak berapa berani..manalah nak ingat betul- betul kan. Lagipun sekejap sahaja.. tapi hebatlah puan tu.. dia masih ingat dan kenal aku... sedangkan berpuluh orang dia interview... urm..kena ambik ilmu ni macamana boleh cam...

Apapun alhamdulillah....


Ada Cinta Cukupkah Untuk Kawen?




Ada cinta, cukupkah untuk kahwin? Tetiba ayat ini ayat saya lorekkan... benar kita perlukan semuanya dengan cinta... Bila berbicara tentang cinta, pasti ramai yang tersenyum... pasti kenangan indah kau & aku terbina... bagaimanakah cinta pertama, kedua dan seterusnya ( kalau banyak kali jatuh cinta lor). Semuanya indah dan mengasyikkan.... hah ser0nok la tu..  Berhadapan dengan remaja adalah sesuatu perkara yang paling utama yang tak dapat mereka elakkan adalah JATUH CINTA. Iya.. kerana hati remaja akan mula terdetik dihati untuk rasa dicintai dan mencintai..

Sebagai manusia secara fitrahnya kita ada perasaan itu... kita ada perasaan kasih dan sayang itu, bila perasaan cinta itu datang kadang- kadang ia melalaikan.. membelakangi ibu dan ayah..membelakangi...agama... nauzubillah... jauhkanlah...ITU bukan CINTA tapi itu NAFSU semata- mata... Kenapa remaja kini terlalu mengikut nafsu? Adakah kerana perkembangan dunia ICT yang memudahkan kita berhubung? mungkin itu salah satu faktornya kan....

Bagi yang mengharapkan cinta sejati..perkahwinan adalah penyelesaiaan...Namun benarkah dengan berkahwin sudah selesai? Remaja hanya berfikir sesimple air yang mengalir...Hanya kebahagiaan yang dilihat dan dicongak tanpa mengetahui komitmen lain yang banyak menunggu.

Urm..wahai adik- adik.. selagi boleh elakkan...elakanlah untuk jatuh cinta... jagailah batasanmu... tidak rugi untuk bersabar.... perjalanan masih panjang untuk adik- adik teruskan... terlalu jauh lagi untuk mengapai bintang... Belajarlah menjadi matang dengan usia... Betul tanpa cinta, kita tak mampu teruskan kehidupan... tapi jika  hanya ada cinta tapi tiada yang lain masih belum cukup lagi untuk BERKAHWIN........

Awal kahwin

1. Kena fikirkan budget kawen, hantaran, majlis & sebagainya.
2. Tempat tinggal, makan dan minum, keperluan & kehendak
3. Pekerjaan untuk menyara kehidupan...

Pertengahan kahwin

1. Ada anak... kena beli pampers anak, susu, baju, dan segala bagai keperluan semua
2. Campur yang atas + stress , tension.. sebab keperluan tak cukup....

Kalau adik- adik ada iman didada, mampu harungi semuanya ini... mungkin bermula dengan cinta itu adik mampu berjaya.... tetapi hanya sedikit yang mampu bertahan wahai adikku....


Monday 13 January 2014

Impian zaman kanak- kanak

 Tetiba teringat sesuatu time nak drive kereta tadi.... teringat tentang impian... sebenarnya kita mempunyai banyak impian dan angan- angan...hi..hi.. kalau fikirkan mengenai perkara tersebut kadang- kadang rasa nak gelak sorang- sorang....iyalah impian zaman kanak- kanak bermula seawal kita pandai berfikir lagi... kita nak patung barbie yang cantik- cantik tu.. kita nak rumah mainan yang lawa tuh..baju yang lawa..makanan yang sedap..maggie dan kfc pun kadang- kadang masuk dalam list... Impian tak semestinya besar..

Impian adalah sesuatu perkara yang kita ingin miliki...apabila kita meningkat dewasa..kita akan membina impian yang lagi besar... impian dalam persahabatan, pelajaran dan juga kebendaan...kih..kih...matrealistik gak. Tapi tak adalah yang tak mungkin tercapai. Kita berimpian untuk berkahwin, memiliki kereta... mendapat pekerjaan yang baik.. impian nak berjalan....urm... impian ke nafsu tuh?ish..ish... c0nfuse sekejap... :)




Apapun apa impian kita... pastikan kita ukur dibadan sendiri... jika impian yang luar biasa... kita kena bertindak luar biasa juga....kan..kan.. Tapi aku mahu hidup n0rmal ajer..hihiihi

 Nak tahu salah satu impian aku..adalah nak merasa lalu jambatan pulau pinang..impian zaman budak- budak... Loni hari- hari menongkah arus jammed pagi dan petang untuk ke tempat kerja.... puas teng0k ombak surut, pasang, hujan lebat dan macam- macam lagi ler. Jambatan Pulau Pinang dah menjadi bff pada aku....iyalah sangat...Apapun selamat berimpian..dengan impian pastinya akan ada kejayaan....Jom..jom..

Friday 3 January 2014

Jom Belajar Kolej Komuniti

Hari ini nak tul0ng iklankan iklan kolej komuniti.... mai.. mai... masuk... untung sangat... anda mmg rasa bertuah dapat masuk kolej komuniti..... Apapun boleh mencenguk fb kami di https://www.facebook.com/kkbayanbaru