Daisypath Anniversary tickers

Monday 8 June 2015

Kaunseling untuk mereka yang bersifat 'khas'

Hari ini nak tetiba nak cerita berkaitan orang pendidikan khas. Sebab mereka unik dan kita sebagai kaunselor normal memang tak tahu nak handle macamna. Lebih-lebih sebab cara pemikiran mereka tidak mencapai tahap normal. Dari apa yang saya lalui dan belajar ni. Walaupun kita kaunselor normal akan tetapi tempat kerja kita tu ada pelajar berpendidikan khas, sedikit sebanyak kita perlu ada juga cara dan teknik untuk menarik minat mereka, meneroka sikap mereka.

Perkara pertama, apabila kita scan isu yang kita handle, kena tahu juga, isu itu serius @ tidak, walaupun bagi kita yang normal perkara itu masih boleh dikawal.... Tetapi tidak pada mereka. Anything can happen. Kita kena berfikir diluar kotak. Alhamdulillah sepanjang saya bekerja saya belum diuji dengan ujian besar. Cuma apabila berhadapan dengan pelbagai kes, kita dengan sendirinya akan cuba memahirkan diri dengan situasi yang kita hadapi.

Kadang- kadang dalam satu hari 2 sesi pun dah cukup memenatkan, bergantung kepada isu yang dibincangkan. Jangan mudah putus asa, kena sentiasa beringat, kena sentiasa baiki diri. Sebab kadang- kadang sebagai kaunselor kita juga diuji.. Apa yang penting saya nak doakan... semoga apa- apa sahaja yang kita lalui ini akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T...


Yang buat saya kagum yang ada bakat akan menghasilkan hasil seni yang hebat :), banyak hasil seni dari pelajar khas yang buatkan. Kadang- kadang saya pun beli makanan yang dibuat oleh mereka dengan kerjasama guru yang mengajar :).

Teroka dan terus teroka lagi...


No comments:

Post a Comment