Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 15 February 2022

Dunia yang semakin ditinggalkan

 Sekian lama akak tidak menulis dalam ruangan nukilan ini, bukan tak rindu sangat rindu nak berkongsi kisah suka duka sepanjang menyelusuri kehidupan ini namun apakan daya masa yang ada juga adakalanya terisi dengan perkara-perkara lain dulu

Bagi tahun 2020, adalah tahun yang menyeronokkan dan menyedihkan sepertimana yang kita semua maklum covid melanda dan memberi kesan bukan sahaja kepada kewangan, kesihatan dan juga emosi semua orang. Sedikit sebanyak ia menagih pelbagai rasa dari kita. Apakan daya kudrat kita makin menurun untuk melakukan segalanya

Tahun 2020, saya juga habis belajar dengan jayanya master sains kaunseling dari UUM, walaupun skroll master diterima dari pejabat pos sahaja. (Kemungkinan konvo akan dibuat tahun ni, 2022) tapi tak tahulah sebab covid makin meningkat. Tahun ini juga diberi rezeki mengambil lesen diving nanti ada rezeki akak postkan dalam blog apa yang akak lalui dalam pengambilan lesen ni insyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang akan mendatang akan memberi sinar untuk kita menempuhi tiap impian dan dugaan yang dirancangkan. Tanpa sedar kita semakin tua kita semakin menuju ke usia tua. Terasa cepatnya masa berlalu dan masih banyak lagi impian dan angan-angan yang tidak dapat dipenuhi. Namun belajar bersyukur dengan apa yang dah dimilikki. Percayalah tiap sesuatu yang tertulis itu memang istimewa dan akan kekal dalam sanubari. InsyaAllah sama-sama kita doakan.

Kembali kepada tajuk dunia yang semakin ditinggalkan, kenapa tajuk ini akak pilih. Iya dulu akak selalu hitung perkara-perkara yang menyeronokkan dan tak sabar untuk menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan tu, tanpa memikirkan banyak perkara. Namun tahun ini (2022) ada perkara yang menyedihkan berlaku membuat akak tersentap iaitu kehilangan abang kandung tersayang. Nanti akak kongsikan berkaitan perkara tersebut kenapa akak seolah-seolah tersedar dalam lena yang panjang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang memberi kita sesuatu perkara.

Salam sayang dan kerinduan bagi semua 

No comments:

Post a Comment