Daisypath Anniversary tickers

Sunday 24 February 2013

PAC& TEMUDUGA PEGAWAI PSIKOLOGI S41

PAC & TEMUDUGA

Alhamdulillah selamat sudah PAC & temuduga, memang agak menduga fikiran dan kesabaran. Bersungguh untuk pamerkan yang terbaik, semua hebat2 belaka. Saya pula buat cara saya,  rasa dah buat habis baik tapi kadang2 rasa tak berapa baik juga. Apa yang penting kita cuba yang terbaik jangan mengalah.

Saya terpaksa drive kereta sorang2 sebab my hubby prgi kursus (sedih)huk2. Sampai sana dalam pukul 7:20 pagi, lepas tu saya pergi tegur sahabat baru. Tak sangka pula kami seusia dan tak sangka juga kami satu kumpulan dari awal hingga akhir.

First session, penyelesaian masalah berkaitan trauma... kami bincang la ramai2, tapi saya rasa seorang wanita india nie, memang petah cakap.... sebab dia pelajar master. Saya pula nak juga cakap, kadang2 rasa macam cakap entah apa- apa pula. Yang paling penting berani bersuara (memang suara saya kuat juga).  Cuma saya bimbang mereka tak faham aje saya terangkan apa.hu2

Sesi kedua pula masih lagi penyelesaian masalah lebih kepada pendekatan teori. Sebab nak tolong klien nie dari perasaan dia. Sekali lagi saya perahkan otak saya berfikir mengenai teori2 dan teknik yang saya ingat..

Sesi ketiga pula, mengenai gambar, yang ini memang diluar jangkaan sebab dapat gambar vandalisme, cakap ajelah apa yang perlu dicakapkan. ingatkan dapat tajuk pembuangan bayi ke, sosial ke... Waktu nie dah tengahari jadi saya pun rasa mengantuk, jadi adalah juga kadang2 saya buat lawak untuk buka mata saya sendiri.

Sesi keempat selepas rehat, makan & solat nie. Adalah sesi main2, bagaimana nak buat mangkuk2 tu jadi 5 baris 4 jenis. Mangkuk ada 10 jer. Rasanya kat sini saya lost, memang tak main peranan sangat. Rasa sedih dan kecewa ada juga.

Sesi kelima ada public speaking. Kita hanya diberi masa 5 minit untuk rangka jawapan lepas tu present pula 5 minit. Time saya present semua orang gelak. Tak tahulah sebab apa, sebab salah sebut@ saya yang kelakar. Terubat sikit perasaan saya. Antaranya; craft product, global worming, family bonding, organ donation dan bnyak lagi. Tak boleh pilih kena cabut undi. Nasib la kalau dapat yang senang.

Last, kita dapat borang soal selidik, kat sini kita perlu list kan siapa yang paling baik. Jadi kat sini janganlah ada perasaan dengki Manalah tahu kan orang tu bagus tapi kita letak dia kat bawah sekali. Sebenarnya ahli panel nak menilai tahap kejujuran kita, bukannya markah kita mempengaruhi markah mereka pun. Sebab itulah jangan nafikan jika rakan2 kita berkaliber. Saya memang listkan yang saya fikir hebat...

Interview paling best masuk secara group dan hanya present pengalaman yang tak dilupai dan juga penyelesaian masalah. ..... So the most important is have fun.... saya mmg brseronok dgn cara saya:)



28 comments:

  1. Assalamualaikum halimah, tahniah sebab da lalui ujian pac n interview ni..nak tnya apa2 lg tajuk public speaking selain yg awak nyatakan kat atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam maaf baru balas, sebab hari itu saya xleh reply msj... tapi saya ada sent lain2 tajuk dlm email Aretul, terima kasih:)

      Delete
  2. Assalamualaikum..saya pun baru jer jalani PAC... terima kasih kerana info ini:)

    ReplyDelete
  3. salam sis, sy nk tumpng tny sket... sy dpt temuduga pgwai psikologi pd 2/7 ni. klu sis tak keberatan blh tak share dgn sy cth soalan dan tips masa intrvw tu.. sy hrp sis dpt tlg sy, ni email sy nliyana.m@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis liyana..nak x kalau kte share tips,isu smsa n apa2 y berkaitan iv pegawai psikologi..sy pun iv bln 7 ni..sy suhana y komen kt bwh ni

      Delete
  4. Assalam..sis...sy suhana.. Sy nk mohon sis kongsikan tips temuduga n soalan2 y dtanya termasuklah sesi public speaking..harap sis dpt tlg..sy dpt tmudga peg psikologi 9/7 nnt..ni email sy harmonize.tune@yahoo.com..thanks sis

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua..maaf lambat balas, kekangan masa yang agak sibuk.. Untuk pengetahuan sahabat sekalian temuduga kita agak berbeza:-

    1) Sahabat temuduga untuk menjadi pegawai psikologi di kementerian kesihatan (kkm) yang mana tidak melalui exam betulis\ esei bertulis, lepas lulus barulah PAC, penilaian tahap kita dan seterusnya temuduga. Temuduga ini khusus untuk temuduga kkm (close service) sahabat akan berkhidmat di dalam sektor ini sahaja.

    2) Sebelum ini kami dipilih samada memasuki jabatan perkhidmatan awam (cabangnya luas sebab gunasama : ke balai polis (kdn), jkm, kpm, ilp dan sbagainya. Ataupun terpilih ke kkm.

    3) Jadi, cara penilaian kita berbeza.. apa yang boleh saya usulkan banyakkan membaca teori berkaitan trauma, isu kes sekarang, berkaitan isu -isu yang sering berlaku di hospital

    4) Public speaking tidak akan berlaku tetapi besar kemungkinan sahabat kena speaking sepanjang temuduga dijalankan... biasanya temuduga mereka akan tanyakan kelebihan kita. Peristiwa yang tak boleh kita lupakan sewaktu belajar dan banyak lagi.

    5) Diharap buat sungguh, pastikan resume pun kena berkualiti kerana resume mewakili kita. In sha Allah kalau ada rezeki tidak akan ke mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...owh..bbeza ek..terima kasih bnyk2 sis ats info y dberikan..in sha Allah sy akn cuba y terbaik..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam.. maaf, sy nk ty, maksudnya kalau kita dpt temuduga pegawai psikologi bwh kkm slps tu ade PAC tak dn atau PAC sekali temuduga? dan perlu tak lesen kaunselor berdaftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..pac tiada. Pndaftaran kaunselor dikira bonus jika ada. Jika tiada pun tidak mengapa..boleh daftar kemudian.

      Delete
  8. terima kasih ats info diberikan :) blh sy ty lg tak sis, mcm yg sis ckp mungkin kena speaking sepanjang temuduga dijalankan bg calon yg dipanaggil temuduga di KKM. blh tak sis kongsikan biasanya soalan mcmne yg biasa ditanya dalam bahasa inggeris. Bahasa inggeris sy agk lemah, jd timbul kerisauan ckt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xapa yang penting confident aje dengan apa yang kita ada.... kreatif dengan cara kita :) insya Allah dipermudahkan.

      Delete
  9. Macam mana result temuduga S41 Pegawai Psikologi? Semoga berjaya diucapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat berkhidmat pada 13 mei 2013 :)

      Delete
  10. hi:) nak tya..PAC and interview ni semua group work or ada yg individual? berapa ramai panel? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAC & INTERVIEW semuanya dalam group. PAC seramai sepuluh orang. Duduk macam group counseling tu, tapi mengahadap dia, Public speaking dalam 20 orang. Present kat depan. Giliran ikut nombor badan. Interview dalam 4 orang, bergilir bercakap :)

      Delete
  11. salam awak..sy dah pernah pergi temuduga peg.psikologi s41 2013..tp xde rezeki..and sekarang dipanggil lagi temuduga..yang kali nie ade PAC jugak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lewat respon... temuduga sepenuhnya kan. Xapa buat yg terbaik, tonjolkan ciri- ciri yang ada :), dengarnya 10 org ke KKM dan selebihnya di bawahnya JPA dlm 20- 30 orang lgi... peluang banyak tu. manfaatkannya tau :)

      Delete
  12. assalammualaikum kak.. sy nak tanya akak dlu interview utk KKM ke? boleh sy tahu sama ada soalan interview lebih ke arah kesihatan mental atau tak ye? and boleh share tak perasaan akak jd peg psikologi selama 2 tahun ni.. sy akan hadapi interview mggu dpn n take lesen kaunseling pon so agak nervous nak hadapi interview ni... harap akak sudi membantu... ini email sy zarithhusna@rocketmail.com thank u in advance kak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf memang blog ni dah lama akak tak jenguk, akak dulu mcm adik juga spa temuduga, lpas tu baru dia divide nak hantar kita ke mana bawah jpa atau kkm. Kdg2 penemuduga ni tanya soalan umum. Nasihat akak, pegang satu teori yang paling senang dan mudah adik ikuti. Dan kena banyak baca case study supaya senang kita nak elaborate bila dapat case study. Banyakkan humor dan bertenang. Satu lagi kena fikir camne nak jadi lebih kreatif dari orang lain...
      Apa pun wish good luck, semoga selamat dan dipermudahkan semua :)

      Delete
  13. salam.. kak,sy pun dpt interview jwtn sama utk kkm hjung bln ni.. mohon bantuan akak mn2 calon yg ada info utk share dgn sy.. email pd sy salsabila252003@gmail.com.. btul ke kna speaking spnjg interview? bkn ke jwtn kerajaan kna guna bahasa malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, itulah akak pun ingat ambilan KKM shj, tpi dri sumber lain interview ini utk JPA juga. sepanjang interview memang menggunakan bahasa inggeris. Akan tetapi adik janganlah bimbang. Yang pnting adik confident dengan apa yang adik ucapkan. Sediakan juga satu fail berkaitan kejayaan- kejayaan adik, bukti- bukti bergambar dalam satu fail... dan juga resume paling banyak pun 2 helai muka surat sahaja ya. Buat yang terbaik, insyaAllah dapat :)

      Delete
  14. Salam... boleh tahu tak cara nak mohon? saya tak reti, tapi berminat nak mohon. terima kasih ye.

    ReplyDelete