Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 16 July 2013

Al- Fatihah untuk abangku...

Benarlah tiap perjalanan kita akhirnya akan berakhir jua... Perjalanan yang kita perjuangkan ini hanyalah sementara..... Al- fatihah buat abang sulungku yang telah pergi meninggalkan kami. Memang tidak pernah diduga bahawasanya...abangku itu akan pergi hari kedua kita semua berpuasa. Suratan ini haruslah kita redhai. Cuma diri ini amat tersentuh hati melihat anak sedara yang masih kecil lagi...seramai 6 orang. K.ipar pula hanya bekerja sebagai guru di sekolah al-huda sahaja yang mana pendapatan dalam rm1500.00 sahaja sebulan. Tinggal di kota metropolitan amatlah mencabar, bagiku duit itu terlalu sedikit untuk kakakku meneruskan kehidupan ini..

 Mengimbas kembali peristiwa..

Abangku masuk hospital pada hari isnin sebab telah terjatuh dalam bilik air.. Ketika itu abang mengalami masalah sesak nafas. Sememangya sebelum ini abang selalu jatuh sakit.. Apabila dimasukkan di hospital selayang..abang ditahan diwad icu. Selama itulah adik lelakiku yang belajar di UM telah menjaga abang, bergilir dengan kak ipar. Doktor mengesahkan abang menghidapi penyakit paru- paru berair. Penyakit lain- lain seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung tak soh cakaplah memang penyakit keturunan itu... :(

Allah lebih sayangkan abangku..dia pergi jua meninggalkan kami. Adalah yang teringat akan kata- katanya yang menyatakan ingin mengikuti arwah ibuku ketika majlis pengembumian arwah bapa saudara. Sewaktu umi meninggal, yang paling terkesan kehilangan adalah arwah bapa saudara... selepas umi tiada, arwah bapa saudara yang paling rapat dengan umi pun pergi dan kini abangku yang paling rapat dengan umi juga... Sejujurnya... kesedihan itu mampu menjadikan kita lemah, lemah untuk menerima sesuatu hakikat walaupun harus kita redhai. Sebelum meninggal arwah abang pernah menyatakan ingin berbuka puasa di kampung. Akhirnya jenazah abangku tiba pada pukul 7.20 petang. Sewaktu kami semua bersiap menanti azan maghrib. Suasana hiba menyelubungi kami... hasrat abang untuk berbuka bersama....namun datang dengan cara yang tidak sepatutnya...

Ya Allah, bantulah dia... dan KAU tempatlah abangku dikalangan hamba-hambaMU yang beriman. Kau ampunilah setiap kesalahan &kesilapannya... Semoga roh abangku dicucuri rahmat..amin. Abang Jak kirim salam dekat ummi dan juga pak su ya... bagitahu pada mereka tie sayang semua...



No comments:

Post a Comment