Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 August 2013

Exam pengesahan pegawai psikologi s41

Walaupun baru jer kerja perkara pertama yang kita kena kejar adalah exam ni.. iyalah selagi tak lulus selagi tu la kena buat sehingga 3 tahun tempoh. Catatan itu bukan sahaja untuk umum tapi untuk diri sendiri juga, supaya ingat kembali soalan- soalan yang ada..walaupun tak semua ku ingat...hu2x.

Mula- mula2x dapat tahu nie perkara pertama yang ku fikirkan sukatan nak baca apa... nasib baiklah ada kekawan yang berkongsi soalan dan juga nota cikit2x...dan yang lain- lain cari la weh...hi..hi...

Terima kasih tak terhingga kepada suami yang sanggup hantarkan diri ini terus ke putrajaya walaupun dia terkejar pula balik. Saya stay kat homestay zizi.. ini pun atas bantuan rakan, yg mna selama 2 hari ni saya pergi naik kereta dgn dia la... Exam pula kat Seri Wilayah. Pemandangan dia memang menakjubkan... Apabila dah selesai exam, saya naik bus dekat nadi putra, berhenti kat pasar seni, dari situ saya naik lrt berhenti di gombak..dan minta kakk ipar hantar ke hentian duta....Okaylah malas nak taip panjang2x....

Exam pertama
Adalah mengenai Perintah Am, Peraturan2x Awam, Tatatertib dan perlembagaan.. yang ini boleh cari kat library dan pinjam...banyak sukatan dia..

Antara soalannya adalah mengenai
- tempoh percubaan\ perlanjutan tempoh & waktunya... kesan pelanjutan tempoh percubaan dan denda
- Lantikan pertama mana nak claim elaun, dapat pindah nak claim elaun bagaimana
- masalah dadah& tanggungjawab ketua terhadap persalah
-susun atur stor& lokasi dan letakkan stok
-surat, pendaftaran surat& pengedaran. Kod fail. fail timbul & fail sementara
- Rahsia besar, penyimpanan & pemusnahan fail rahsia besar
-Tentang kewangan pun ada tapi dah lupa.

Perlembagan pula; adalah mengenai rasuah.. tidak menerima rasuah tapi tidak melaporkan, jadi denda dia berapa? ikut akta yg ada. Pengampunan jika mlakukan ksalahan mmbunuh, kuasa menteri, akta tafsiran pun ada.

Untuk exam yang pertama, saya boleh jawab 8 sahaja soalan besar sbb xcukup masa jwb. rasanya xlulus kot....sbb skurang- kurangnya kena jawab 9. doa aje la..hu..hu..

Exam kedua
- mengenai psikologi

Antara soalanya adalah
-kepentingan teori& fungsi
-apa itu tingkah laku bermasalah& knapa terjadi fenomena tersebut
-pendedahan kendiri
-langkah utk mngalakkan pendedahan kendiri klien brserta contoh
-kaunseling kelompok, kelebihan &kkurang kaunseling kelompok
-maksud mentor&mentee,kemahiran asas mentor, bgaimana boleh bntu mwujudkan minda klas pertama
-prinsip dlm ujian psikologi, maksud ekstrovet& introvert
- maksud pngurusan marah, 4 ciri kmarahan, 4 cara trbaik urus kmarahan
- dua jenis stress, 3 punca stress berlaku ditmpat kerja& langkah2x
-maksud konflik& 4 jenis konflik

(iii)
-bolehkah sesi kaunseling dirakam dgn audio
-Akta kaunselor, klayakan&siapa, apa yg xboleh buat jika tak daftar
-kategori gangguan seksual, apakah perlakuan, keadaan@prbuatan yg trjumlah sbagai gangguan seksual, apa tindakan yg perlu diambil jika kes seksual brlaku
-5 aspek etika yg perlu dimilki kaunselor trhadap klien
-maksud knak2 yg mmrlukan pemulihan &prlindungan, prbezaan peg kbajikan msyarat& peg.psikologi brdasarkn akta kanak 2001,jika kanak-kanak lakukan jenayah ibubapa perlu hadir,jika tidak hadir tindakan apa yang boleh diambil
- contoh&bentuk pernilaian &intervensi yg dilaksanakan dlm bengkel interaktif

Berharap sangat biarlah lulus, penat nak ke putrajaya.. penat nak lalui semua ini... kena guna duit yanga gak banyak gak...urm... tapi kalau masih perlu pergi tak mengapa..rezeki la tu.

                                             INI DARI JENDELA HOMESTAY

GAMBAR DARI BANGUNAN EXAM SERI WILAYAH











No comments:

Post a Comment