Daisypath Anniversary tickers

Thursday 28 November 2013

Selamat tinggal Kenangan..di POLIMAS

Ketika saya menulis entry ini..sudah seminggu sebenarnya saya telah meninggalkan Polimas, tempat yang mula- mula saya langkahkan kaki sebagai penjawat awam.. Terasa baru semalam, saya duduk di Jitra..bangun seawal 5.30 pagi untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Banyak kenangan terukir di sana, banyak perkara yang saya belajar... belajar memahami erti hidup...

Bukan kadang- kadang yang saya lihat kemalangan yang berlaku...Adakala melibatkan motor dan kereta..Kadang- kadang hati ini sentiasa berbolak balik..apakah yang akan diri ini lihat pada hari ni? Pernah terduga kereta tergelincir, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku waktu itu. Mungkin hujan lebat yang yang membanjiri jalan... terus terang waktu itu aku belum betah dengan jalan raya..belum biasa mengelak air hujan yang laju mengalir. Pernah juga ketika ku mengekori lori besar dihadapan, tiba- tiba tayarnya meletup, lori tersebut hilang kawalan.. Panik? Pastinya aku panik..aish..dugaan..dugaan.. Namun yang paling berbekas dihati, kereta dihadapanku melanggar lori..Urm, itu dugaan dalam perjalanan.. macam- macam ragam yang boleh ku lihat.hu2x

Pastinya aku akan merindui rakan sejawat, makan bersama.. selalu duduk dan berbincang.. Disini juga aku bahagia, sahabat- sahabat juga baik- baik, cuma disini pegawai psikologi hanya seorang sahaja. Banyak perkara yang perlu ku belajar dan tahu, banyak perkara yang perlu ku lorekkan dan buat.. insha Allah.. Kolej Komuniti akan jadi persinggahan selagi mampu. Walaupun kini, aku tak perlu berjauhan dengan suami, tapi masih lagi jauh, kerana dapat kerja dalam pulau. Masih perlu melalui tol dan menghabiskan duit minyak yang boleh tahan mahalnya..urm...Syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati dan masih lagi dipermudahkan tiap urusan..alhamdulillah....



ini gambar bilikku yg baru....

No comments:

Post a Comment