Daisypath Anniversary tickers

Sunday 1 December 2013

Pelat 'R'

Hari ni rasa teringin nak menulis entry pelat 'R'. Pelat 'R' biasanya kita lihat pada adik- adik kecil yang baru bertatih bercakap kan?Urm.. begitulah yang ku rasakan...entah mengapa pelat 'R' masih ada pada diriku..hahahahhaha.. Cuba bayangkan jawatan aku ni selalu dijemput menghadiri ceramah dan taklimat luar. Memang kadang- kadang terfikir juga jika mereka perasan kan... Akan tetapi diri ini memang tak kisah..selalu main confident ajer.

Dulu waktu mengajar kafa, pelajarku perasan siap boleh gelak lagi sebab aku tak leh sebut huruf 'R'.. aku pula gelakkan diri sendiri, dan bilang pada mereka, saya ini ustazah kamu, xleh sebut 'R' pun sekurang- kurangya berada dihadapan kamu dan mengajar kamu semua.ahhahahkkks, punyalah berlagak.. sesaje gurau dengan mereka.

Realitinya, kita tak perlu merasa malu apa yang kurang dalam diri kita, jadikanlah kekurangan itu sebagai kelebihan. Jangan mudah putus asa dan harapan.. Lalui dan laluilah segalanya... Walaupun sebenarnya kadang- kadang saya bimbang juga pelat 'R' saya nie...hi..hi..hi..

Alhamdulillah dah bersyukur kerana cukup sifat semuanya.. bersyukur kerana masih lagi dipermudahkan urusan...Biarlah pelat ini menjadikan saya lebih istimewa.... :)


No comments:

Post a Comment