Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 August 2018

Faktor Luaran Dan Dalaman Carl Rogers


1.0 PENDAHULUAN
Di dalam kerja-kerja penyelidikan Carl Rogers, beliau telah berjaya mengenalpasti faktor-faktor luaran dan dalaman, yang beliau percaya, mungkin mempengaruhi tingkahlaku manusia.
 Antara faktor- faktornya secara luaran adalah seperti berikut:
1) Pengaruh Keluarga
2) Perkembangan Kecerdasan
3) Kedudukan Ekonomi
4) Interaksi Sosial
5) Tahap Pendidikan
Manakala bagi faktor dalaman Carl Rogers menamakannya sebagai self- insight. Iaitu beliau mengambarkan sebagai self understanding, menerima diri dan realiti sebagai salah satu tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Carl Rogers menyatakan potensi yang terdapat dalam diri individu akan melahirkan esteem kendiri dan membantu kepada perkembangan potensi diri. Beliau turut menyatakan sekiranya seseorang menerima rangsangan positif yang tidak dirancang (unconditional positive regard), dia akan melayan orang lain dengan baik walaupun tidak sependapat. Potensi diri positif ini jika disokong dengan persekitaran yang kondusif dan yang dapat memberi rangsangan, potensi diri akan terus berkembang. Ini akan melahirkan individu yang mempunyai esteem kendiri yang tinggi. Sekiranya kita mempunyai esteem kendiri yang rendah, ia turut mempengaruhi cara kita berhubung dengan orang lain. Ini menjejaskan hubungan kita dalam masyarakat. (Khalim, 2010)
2.0       CASE STUDY BERDASARKAN FAKTOR- FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN         YANG MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU MANUSIA BERDASARKAN           PANDANGAN CARL ROGERS
2.1 Pengaruh Persekitaran Keluarga
Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

Latar Belakang
Iman (bukan nama sebenar) berusia 25 tahun. Seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat di Kuantan.Iman ialah anak keempat dari lima adik beradik (tiga orang abang, dan satu adik perempuan). Perbezaan Iman dengan adik perempuannya agak jauh, iaitu 12 tahun.

Oleh kerana pada awalnya Iman tiada adik perempuan, ibu dan ayah Iman sangat berkeinginan untuk memiliki anak perempuan. Oleh itu keluarga beliau termasuk abang-abangnya juga telah mendidiknya dengan sifat- sifat seorang perempuan. Sejak kecil lagi beliau dipakaikan pakaian perempuan dan dilatih melakukan kerja- kerja kewanitaan.

Kesan daripada itu, Iman lebih cenderung bertingkahlaku lebih lembut, menyukai barangan- barangan wanita dan mempunyai ramai kawan-kawan wanita berbanding lelaki. Personalitinya telah terbentuk dan berkembang dengan naluri sebagai seorang perempuan walaupun gaya serta penampilan fizikalnya masih sebagai seorang lelaki. Iman juga merasa kecewa, merasa tertekan dan sedih akan gangguan identiti jantina.
Isu/ Masalah Yang Dikemukan
Klien merasa kecewa, tertekan dan sedih akan gangguan identiti jantina yang dipengaruhi oleh persekitan keluarga sejak dari kecil lagi sehinggakan klien bertingkahlaku lebih lembut, menyukai barang- barangan wanita dan juga mempunyai kawan- kawan wanita lebih ramai berbanding lelaki.

Penilaian Isu/ Masalah
Klien merasa kecewa, tertekan dan sedih akan gangguan identiti jantina kerana ketidakselarasan antara impian dan juga dengan realiti.
1. Klien berimpian untuk kekal memiliki sifat-sifat lemah lembut walaupun beliau seorang lelaki
2. Semua orang mesti orang mesti melayannya dengan adil
2.2  Perkembangan Kecerdasan
Mengikut Goleman (1995) individu yang mempunyai EQ yang tinggi mempunyai kecenderungan mewujudkan perhubungan yang baik, mudah bergaul dan berjaya dalam kerjaya yang melibatkan kemahiran berhubung dengan orang ramai. Sebaliknya, mereka yang mempunyai EQ yang rendah dikatakan mempunyai masalah dalam perhubungan, sukar untuk menyesuaikan diri dan pencapaian kerjayanya juga kurang cemerlang. (Mohd Azhar,2004)
Latar Belakang
Sufian berusia 42 tahun bekerja sebagai pembantu am pejabat  telah dirujuk kepada kaunselor kerana sikapnya yang suka ponteng kerja dan melawan orang atasan . Sufian juga mempunyai masalah perhubungan dengan rakan sekerja dan kerap tidak membantu rakan sekerja yang lain dan cuai dalam tugasan yang diberikan.
Sufian juga adakalanya suka memberi arahan kepada orang yang lebih berpangkat dari dirinya dan menganggap dirinya lebih baik kerana pengalaman kerja yang lebih lama berbanding orang yang lebih muda. Sufian juga sering melepaskan kemarahan kepada sesiapa yang menganggu ‘mood’nya pada hari tersebut.
Ini menyebabkan markah prestasi Sufian tidak memberangsangkan dan berlaku salah faham di antara Sufian dan juga majikan.
Isu/ Masalah Yang Dikemukan
Klien mempunyai masalah hubungan dan komunikasi dengan rakan sekerja dan juga majikan. Ini kerana klien merasakan beliau lebih berusia dan mereka perlu mendengar cakapnya walaupun mereka adalah majikannya. Ini menyebabkan markah prestasi klien terganggu.
Penilaian Isu/ Masalah
Klien mempunyai masalah dalam perhubungan dan komunikasi dengan rakan sekerja dan juga majikannya kerana ketidakselarasan antara impian dan juga dengan realiti.
1. Klien ingin semua orang mendengar cakapnya
2. Setiap arahannya perlu diikuti
3. Orang yang lebih muda kurang pengalaman

2.3  Kedudukan Ekonomi

Kedudukan ekonomi memainnkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai, ekonomi adalah perkara utama yang perlu difikirkan. Rendahnya taraf ekonomi kepada keluarga yang besar ini akan menimbulkan ketegangan. Dalam keadaan begini anaklah yang menjadi mangsa. Anak- anak dalam keluarga ini menempuh satu suasana yang tidak stabil, serba kekurangan dan dengan sendiri menimbulkan masalah tingkahlaku mereka

Latar Belakang
Fuad merupakan pelajar darjah 4, di sebuah sekolah di Kuantan. Merupakan anak sulung dari 5 adik beradik. Ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja buruh. Fuad dirujuk kepada kaunselor apabila didapati mencuri pensil warna rakan perempuan sekelasnya.
Fuad menyatakan ingin memberi pensil warna tersebut kepada adiknya kerana tidak mampu memiliki pensil warna tersebut. Difahamkan Fuad juga selalu mengambil duit rakan-rakan sekelas atau merampas barangan baru rakan-rakannya.
Ini menyebabkan ibu dan bapa rakan sekelas telah membuat laporan kepada pihak sekolah agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Isu/ Masalah Yang Dikemukan
Klien mempunyai masalah disiplin di sekolah kerana suka mengambil barang- barang rakannya. Klien berlatar belakangkan keluarga yang miskin. Difahamkan klien tidak mampu untuk membeli barang- barang seperti rakannya yang lain. Ini menyebabkan klien ditangkap dan diberi amaran oleh pihak sekolah.
Penilaian Isu/ Masalah
Klien mempunyai masalah mengambil barang kepunyaan rakan- rakan, kerana ketidakselarasan antara impian dan juga dengan realiti.
1. Klien ingin memiliki barangan seperti orang lain
2. Setiap perkara perlu didapatkan
3. Semua orang perlu faham keadaannya

2.4 Interaksi Sosial
Menurut Bonner ( dalam Ali, 2004) interaksi merupakan suatu hubungan antara dua orang atau lebih individu, dimana kelakuan individu mempengaruhi, mengubah atau mempengaruhi individu lain atau sebaliknya.

Latar Belakang
Anita (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan merupakan seorang suri rumah. Beliau berkahwin dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan usia perkahwinannya baru menjangkau 5 tahun.
Anita menyatakan beliau seorang yang agak pemalu, pendiam dan kurang pandai bersosial. Namun pekerjaan suaminya memerlukan Anita juga terlibat dengan persatuan isteri-isteri polis. Sikap rendah diri berlaku kerana Anita kurang berinteraksi dengan orang luar dan lebih menumpukan sebagai suri rumah tangga sahaja
Ini menyebabkan Anita dan suami kadangkala bertengkar kerana ketidakrelaan Anita terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan. Anita merasakan suaminya tidak memahami perasaan dan tindakan yang dia lakukan.

Isu/ Masalah Yang Dikemukan
Klien merasa malu, pendiam, kurang bersosial dan bersikap rendah diri. Ini menyebabkan klien kurang bergaul dengan orang lain dan menyebabkan klien sering bergaduh dengan suaminya.
Penilaian Isu/ Masalah
Klien merasa malu, pendiam dan kurang bersosial ini kerana ketidakselarasan antara impian dan juga dengan realiti.
1. Menganggap semua orang akan memahami dirinya
2. Suami akan menyokong setiap apa yang dilakukan
3. Tidak perlu bersosial jika seorang pendiam


2.5 Tahap Pendidikan
Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. (Affizal,2005)

Latar Belakang
Malik merupakan seorang pembantu pejabat di sebuah jabatan swasta di ibu negeri. Malik telah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Malik merasa rendah diri dan kemurungan kerana isterinya mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi darinya.
Ini menyebabkan Malik banyak bergantung dengan pendapatan isterinya bagi menampung keperluan keluarga. Malik juga berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan mencuba mencari pekerjaan yang lebih baik, namun oleh kerana tahap pendidikan Malik adalah SPM sahaja peluang pekerjaan dan gaji yang yang lumayan juga terhad.
Malik merasa menyesal kerana tidak berusaha menyambung pelajaran dan kini beliau sudah berusia 35 tahun dan sudah terlalu tua baginya untuk menyambung pelajaran.

Isu/ Masalah Yang Dikemukan
Klien merasa rendah diri, tertekan dan kemurungan kerana tidak memperolehi pendapatan yang lebih baik berbanding isterinya. Ini kerana tahap pendidikan Malik adalah setakat SPM sahaja. Oleh itu Malik merasakan sukar untuk mencari pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan.
Penilaian Isu/ Masalah
Klien merasa rendah diri, tertekan dan kemurungan kerana ketidakselarasan antara impian dan juga dengan realiti.
1. Menganggap semua orang boleh memperolehi duit yang banyak
2. Isteri tidak boleh membantu meringankan beban suami
3. Pendidikan hanya kepada golongan muda

3.0 PERANCANGAN RAWATAN UNTUK SEMUA ISU
Matlamat Kaunseling
-Menyelaraskan antara impian dan juga realiti
Kaedah Rawatan
-Kaunseling Individu
- Teori Pemusatan Klien
-5 hingga 6 kali sesi
Pengukuran
-          Pengakuan Klien
-          Pemerhatian Kaunselor

4.0 PENILAIAN SESI KAUNSELING
1. Klien mampu menyelaraskan impian dan reality
2. Memahami dan mampu mengerakkan kearah yang lebih baik
3. Klien lebih menjadi ‘self –directed’

5.0 KESIMPULAN
Beberapa isu yang dibincangkan berkaitan faktor luaran, akan tetapi semua isu mempunyai hubungkait dengan faktor dalam iaitu ‘self insight’. Menurut Duane (2017) dalam bukunya bertajuk Theories Of Personality William Kell dan juga Helen McNell iaitu salah seorang pelajar Carl Rogers menyatakan faktor luaran bukanlah memberi kesan yang kuat berbanding faktor dalaman. Carl rogers menyatakan pengalaman ini menjadikan dia menfokuskan perkembangan psikoterapi yang mana memberi kesedaran kepadanya tentang self understanding, self direction, dan personal responsibility daripada menfokuskan perubahan sosial persekitaran. Ia mampu membimbingnya meletakkan penekanan yang lebih besar pada kajian diri dan bagaimana ia berubah.


RUJUKAN
Dr Affizal Ahmad.(2005). Kepentingan Pendidikan Dalam Penbentukan Kualiti Hidup Sejahtera Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
Duane P.Schultz & Sydney Ellen Schultz .(2017). Theories Of Personality. USA : Cengang            Learning.
Khalim Zainal .(2010). Memahami Tingkahlaku Bermasalah Dari Perspektif Teori Tingkahlaku,      Humanistik, Psikoanalitik, Dan Tret Perosonaliti. Jurnal Pengajian Umum. Universiti        Kebangsaan Malaysia 9
Mohd Azhar Yahaya .(2004). Kompetensi Kecerdasan Emosi Dan Kesannya Terhadap       Keberkesanan Organisasi Jurnal Pengurusan Awam 3 (1)


No comments:

Post a Comment