Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 August 2018

Weekly Reflection Journal (Journal )


WEEKLY REFLECTION JOURNAL
PENDAHULUAN
Perkhidmatan kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia mula diperkenalkan pada penghujung tahun 1970an. Modul perkhidmatan kaunseling adalah lebih merakamkan kepada kaunseling dan kerjaya. (Taip & Abdul Halim, 2009). Kini, perkhidmatan kaunseling amat diperlukan dan memerlukan kaunselor yang terlatih untuk di tempatkan di jabatan samada sektor kerajaan ataupun swasta bagi membantu meningkatkan lagi kualiti yang digariskan. Menurut Mohamed Sharif (1998)  kaunselor yang dianggap sebagai professional ialah individu yang mendapat latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling.
DESKRIPSI
Semester ini salah satu subjek yang diambil adalah subjek Theory And Practic Of Individual Counseling dari Dr ____dan salah satu perkara yang perlu saya lakukan adalah menemubual salah seorang kaunselor dan saya perlu membuat refleksi berdasarkan soalan model Gibbs Reflective Cycle yang diberikan.
Pertemuan saya dengan sahabat saya, _______ berlaku ketika kami sama-sama membuat__________di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Beliau merupakan pegawai psikologi di Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak- Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ___. Saya mengambil sedikit ruang beliau untuk mengetahui keperibadiaan dan pengalaman beliau sepanjang beliau bekerja sejak 2009 sebagai kaunselor dan merupakan profesion yang penting dalam jabatan ini. Menurut Azizi dan lain-lain (2005) profesion merupakan satu aktiviti penting dalam kehidupan seseorang. Profesion juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan identiti peribadi (Faizah & Siti Norazzura, 2010).
PERASAAN
Ketika saya menemuduga beliau saya berasa amat teruja dan melihatnya dari sisi seorang kaunselor yang perlu saya kenali. Ketika proses temuduga dijalankan, saya sedari kami banyak persamaan dari segi cabaran dan halangan ketika mula- mula memasuki dunia pekerjaan sebagai kaunselor.
Saya rasa terharu kerana mereka menjadi perintis awal dan sebagai kaunselor yang perlu memberi keyakinan kepada jabatan akan kewujudan kaunseling. Saya amat berterima kasih atas usaha beliau dan senior- senior lain yang membuka jalan memudahkan kami yang baru melaluinya.
Saya amat gembira apabila mengetahui beliau mendapat senat sebagai Doktor falsafah dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Psikologi pada usia 34 tahun. Ini memupuk diri saya agar tidak berputus asa untuk meneruskan impian saya dan belajar darinya. Menurut Azhar (2006) faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Zakaria, Ahmad & Noranizah, 2012).
PENILAIAN
Sesungguhnya bukan senang untuk menjadi kaunselor yang sentiasa bersedia. Menurut beliau ada ketikanya, beliau juga diuji dengan emosi apabila berhadapan dengan klien yang enggan berubah. Namun dari pengalaman-pengalaman tersebut beliau mula memilih beberapa teori yang bersesuaian dengan klien dan sentiasa dipraktikkan olehnya. Antara teori yang digunakan adalah teori pemusatan klien dan juga teori Gestalt.
Kaunselor memerlukan teori sebagai kerangka rujukan. Teori bertindak sebagai pemandu arah dalam proses kaunseling (Zakaria, 2010). Saya juga berpendapat pentingnya menggunakan teknik-teknik yang ada dalam teori dan diaplikasikan kepada klien.
Beliau juga menyatakan pentingnya membaca buku-buku kaunseling kerana dapat membantu beliau refresh semula apa yang dipelajari. Antara buku yang beliau minati adalah Counseling and Psychoterapy Carl Rogers, On Becoming A Person Carl R. Rogers dan buku teori-teori kaunseling. Disini, saya belajar sesuatu yang membuka minda iaitu saya juga perlukan beberapa buku yang bersesuaian untuk nilai tambah kepada diri dan bukan sekadar bergantung kepada bengkel semata-mata. Menurut Tamam et al,. (2016) membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka
ANALISA
Melihat dari sudut pandangan kaunselor lain, barulah saya sedar betapa pentingnya seorang kaunselor itu membawa personaliti yang baik dan berketerampilan yang menarik. Saya percaya kesungguhan seorang kaunselor itu akan dirasai oleh klien apabila ikhlas melakukannya. Di samping itu juga, kaunselor perlulah mempunyai idola sendiri seperti _____ mengaspirasikan bekas pensyarahnya Prof Madya Dr Ruhani binti Mat Min dari Universiti Utara Malaysia dan juga penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Johor Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohsin. Menurut beliau, kedua-dua idola ini mempunyai persamaan seperti perwatakkan yang tenang, sangat berkaliber dan berilmu pengetahuan dalam mengendalikan isu-isu klien.
Saya juga bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh beliau iaitu sebagai seorang kaunselor kita juga seperti pendakwah yang ingin membantu klien menjadi lebih baik. Menurut Tengku Sarina & Faridah (2006) kaunseling itu merupakan konsep perkhidmatan pertolongan berasaskan pengabdian diri (ubudiyyah) kepada Allah serta berpandukan kepada al-quran dan al-sunnah. Kaunseling juga merupakan suatu proses menolong melibatkan dua hala, iaitu antara orang yang memberi pertolongan dengan yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran, mesra dan saling memahami.
KESIMPULAN
Jika saya diberi peluang sekali lagi, saya ingin melihat secara peribadi bagaimana kaunselor di jabatan lain mengaplikasikan teknik-teknik yang digunakan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh sahabat saya, ________ menyertai bengkel-bengkel tertentu seperti House, Tree, Person (A-HTP), Art Therapy, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan lain-lain adalah digalakkan untuk kepelbagaian alat dalam kaunseling.
Saya juga perlulah berani mencuba sesuatu yang baru sebagai contohnya berbincang dengan profesion yang lain seperti pakar psikiatri dan lain-lain yang berkaitan. Menurut _____, beliau menimba pengalaman baru apabila bersama pakar psikiatri untuk membuat kajian kes dan juga belajar format laporan kaunseling yang tepat digunakan untuk perundangan di mahkamah. Itu adalah antara salah satu perubahan yang besar dalam hidupnya.
PERANCANCAN
Berdasarkan Sapora & Hapshah (2010), antara sifat-sifat kaunselor adalah cerdik, berminat dan berkemahiran,dapat menerima diri sendiri, bertanggungjawab serta dapat menerima klien tanpa syarat. Sesungguhnya, saya yang memilih untuk menjadi seorang kaunselor. Jadi saya perlu memupuk diri, menjadi seorang kaunselor yang terbaik bukan sahaja dari sudut kemampuan tetapi dari personaliti yang baik. Saya anggap pertemuan ini memberi peluang kepada saya untuk merancang matlamat yang perlu saya lakukan bagi meningkatkan lagi kualiti saya sebagai seorang kaunselor.
RUJUKAN
Faizah Abd Ghani & Siti Noorazura. (2010). Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan           Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan           Elektrik. Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar           Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik . pp. 1-8 Skudai : Universiti        Teknologi Malaysia
Mohamed Sharif Mustafa. (1998) . Kaunseling Islam. Jurnal Pendidikan, Universiti           Teknologi Malaysia 4 (1) 19-30
Sapora Sipon & Hapshah Yusof. (2010). Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling. Negeri          Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia
Taip Abu & Abdul Halim Othman. (2009). Kaunseling Untuk Kesejahteraan- Satu Kajian             Kes Perkhidmatan Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia   Pelajar, 12 (6), 1-17
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yussoff & Jamaludin Badushah.         (2010). Masalah membaca Murid- Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei           Darussalam. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2) 77-85
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain. (2016). Pendekatan Kaunseling            Dalam Dakwah Bagi Kesejahteraan Insan Dan Peradaban Ummah. Jurnal Usuluddin,         23 (2) 199-16
Zakaria Mohamad. (2010). Pola Pengetahuan, Kefahaman Dan Penggunaan Teori Di         Kalangan Kaunselor Di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 15 (6), 1-15
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran   Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukkan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special      Edition, 155-172

No comments:

Post a Comment