Daisypath Anniversary tickers

Sunday 15 December 2013

Kisah Si Awang Hidung Merah

Hai..hai..hai..salam weekend semua.. hari minggu yang kurang ada..terlalu padat aktiviti sehinggakan hari minggu pun kena join bagi ceramah..urm...Namun disebabkan saya malas lagi nak upload gambar yang ada jadi hari ini hanya nak berk0ngsi cerita tentang si awang hidung merah. Kisah ini telah diceritakan oleh guruku ketika aku berusia 9 tahun.. Masih terpahat dalam ingatan, cikgu tu pun dah arwah :(, kadang- kadang aku cerita juga kepada anak murid swaktu mengajar dulu. Kisahnya begini..

Awang tinggal di sebuah kampung bersama dengan ibunya. Dia membesar dengan penuh kasih sayang, namun awang ada sedikit kekurangan kerana hidungnya berwarna merah. Sejak kanak- kanak lagi dia sering diejek..keadaan ini menyebabkan awang merasa rendah diri.
"Awang hidung meraaaaahhh", sentiasa dilaungkan oleh kanak- kanak lain.
Hatta sehingga dewasa gelaran itu melekat pada dirinya. Pada suatu hari, awang mengeluh kepada ibunya.
"Mak, awang dah tak tahan mendengar ejekan semua orang, setiap kali mereka melihat awang, mereka akan memanggil awang sihidung merah, awang rasa awang nak pergi merantau meninggalkan tempat ini,"

Dengan keizinan ibunya maka merantaulah Awang.. Naik dan turun bukit.. melalui denai dan hutan demi mencari tok guru untuk belajar ilmu. Akhirnya Awang berjumpa dengan seorang guru di sebuah gunung, maka bergurulah. Masa silih berganti, tanpa disedari sudah dua tahun, awang tidak pulang ke kampung halaman. Setelah selesai pengajian tok gurunya meminta awang pulang ke kampung. Apabila mengenangkan dirinya sentiasa dihina dan diejek, awang menjadi serba salah, disuarakan kegusaran hatinya kepada tok guru.
"Tok, terima kasih diatas ilmu yang dicurahkan..cuma saya masih gusar memikirkan mengenai hidung saya yang berwarna merah ini, saya takut untuk pulang kerana sering diejek,"
Tok gurunya terdiam sebentar lalu menadah tangan membaca d0a..kemudian dia berkata;
"Pulanglah awang, jika sesiapa memanggil kamu begitu lagi maka dia akan terberak,"
Awang masih tidak mahu mempercayainya... tok guru terpaksa memanggil awang hidung merah untuk membuktikan kesahihan. Maka terberaklah Tok guru Awang (hi.hi...hi..hi..).

Pulanglah awang dengan hati yang tenang ke kampung halaman. Apabila awang sampai ke kampungnya ramai yang tidak mengecam awang, akan tetapi mereka tahu itu awang kerana hidung awang yang merah.
Mengejeklah mereka, awang hidung merah! awang hidung merah! Seperti yang diduga sesiapa yang memanggilnya begitu akan terus terberak..Awang benar- benar lega kerana tiada lagi yang mengejeknya apabila melihatnya. Tinggallah awang aman damai bersama ibunya. Cerita mengenai awang sebenarnya telah tersebar sehingga ke pengetahuan raja. Raja telah menitahkan untuk ke rumah awang, ketika itu semua orang merasa bimbang kerana Raja tersebut bermuka bengis, bimbang raja menjadi murka apabila berjumpa dengan awang. Hari yang ditunggu telah tiba, berjumpalah Raja dengan Si Awang, agak lama pertemuan itu berlaku. Sehinggalah Raja keluar dengan senyum dibibir. Setelah dirisik, tahulah mereka rupanya Raja tidak boleh berak selama 2 minggu lamanya. Keadaan itu menyebabkan raja bermuka bengis kerana menahan azab sakit tak b0leh berak..(hi..hi..hi..).

Oleh kerana awang telah berjasa kepada raja, raja melantik awang menjadi salah seorang panglima istana, ditambah lagi awang mempunyai ilmu pengetahuan dalam persilatan. Maka bahagialah awang, bertemu wanita yang baik berkahwin dan hidup aman damai.


p\s : Cerita ini adalah rekaan arwah cikgu saya tiada kena mengena dengan sesiapa..apa yang saya tulis ini untuk menceritakan bahawa dunia kanak- kanak kita akan ingat jika cerita itu unik dan kelakar..wlpn dah terlalu lama..hi..hi... teringat sewaktu kecil dulu, jika susah nak berak akan ku sebut awang hidung merah..hahahhahahahah. Sekian :)

No comments:

Post a Comment