Assalamualaikum...salam penuh kasih sayang sempena bulan nisfu syaban ni....semalam la kan.. Semoga tiap perjalanan kita dipermudahkan... Benarlah hidup ini amatlah sukar untuk kita meramalnya... sesungguhnya sebagai hambaNya kita tidak boleh terlupa dan perlu bersyukur walaupun ada dugaan..Anggaplah dugaan itu akan menjadikan kita lebih menghargai..
Tiada apa yang dapat ku katakan...walaupun baru sebulan setengah memegang title sebagai penjawat awam.. namun, dah banyak urusan yang saya perlu turut sama,setakat ini saya sudah ada job sebagai setiausaha II membantu rakan saya dalam penyediaan meeting konvokesyen politeknik yang akan diadakan pada bulan ogos ini.
Tugas- tugas pegawai lama sedikit sebanyak sudah diserahkan kepada saya.. contohnya bahagian aset untuk unit kaunseling... Walaupun ada banyak lagi yang perlu saya belajar tapi saya akan cuba untuk memperbaiki sedikit demi sedikit. Belajar memahami tiap tugas kerja yang diberikan. Faham- fahamlahkan kami ni unit bimbingan dan kaunseling pastinya tak akan lari dari pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar dan juga apa- apa yang berkaitan politeknik... Haruslah rasa bangga kan.hu..hu..
. Kami juga adalah penaung kepada Perbimbing Rakan Siswa.. hari sabtu ini akan diadakan perjumpaan bersama mereka dan saya diamanahkan untuk menyampaikan sedikit taklimat kepada mereka. Dua jam pengisian itu perlulah lebih kreatif kan..urm.... harap- harap semuanya okay..amin.
Berkaitan dengan perjalanan ke tempat kerja, akhirnya saya membuat keputusan tinggal berjauhan dengan suami. Saya berkongsi sewa rumah.. Di Kedah kita kerja setiap ahad- khamis kan. Jadi saya akan bertolak pagi ahad lepas tu hari selasa pula balik ke rumah. Dan hari khamis selepas habis waktu kerja balik juga ke rumah. Sebenarnya saya tidur di rumah sewa hanya hari ahad, isnin an rabu sahaja. Walaupun begitu dah jimat separuh, berbanding berulang alik setiap hari. Sekarang nie lagilah penat nak drive jauh- jauh, banyak kerja dah..hu2x.
Gaji... yang ini alhamdulillah hari ini saya dah dapat... Maknanya taklah lama sangat kita menunggu gaji.. rasa lega sangat- sangat... Waiting for KGT pula...betul ke perlantikan baru sebelum julai pun dapat.. Kalau betul yang itu pun boleh... syukur sangat- sangat..amin :)..
Berakhirnya bulan jun ini bagi saya banyak masam, masin, manis, suka... yang saya lalui.. Tabah & sabar mnghadapi tiap sesuatu. Berharap penantian dan keajaiban berlaku jua. antara lambat atau cepat sahaja.... Hidup ini tidak dinamakan hidup jika tiada ujian... :)
No comments:
Post a Comment