Fikir punya fikir apalagi ye saya dah lalui. Hampir terlupa pula saya telah attend interview& exam sebagai guru MARA pada bulan November 2012. Sebenarnya waktu cuti sekolah, jadi saya kerja di taska. Dari pagi sampai petang. memang xada masa pun untuk diri sendiri baca buku @ apa2 yang sepatutnya.
Sebenarnya saya sempat menjadi guru ganti di MRSM, mengajar pen.islam. Walaupun background saya bukan keagamaan (ijazah). Jadi memang tak berharap pun dpt tu. Tapi dapat juga ganti sekejap. Rutin plajar2 mara ni, pagi2 ada hafazan al- quran, petang pula ada rujukan kembali. Rasa bangga tengok adik2 yg hebat hafaz quran. Best juga pengalaman tue sebab dapat jadi juri al-quran dapat attend majlis berbuka puasa.
Antara soalan yang dia tanya
1) MARA dibawah kementerian apa?
2) Pengalaman kerja yang berkaitan
3)Disuruh baca surah al- mulk( tapi xingat pun) baca surah lazim jer yg agak pnjg sikit.
4) Isi form yg dia sediakan.
Ini pula ketika jawab exam guru MARA. Saya xthu pun ada exam ini. Mereka adakan seminggu exam untuk pelbagai jawatan. Hari Ahad pula adalah untuk guru pen.islam. Rakan2 yang belum tetap pergi hari ini ajelah. Saya pula xthu, tapi petang itu ustaz (guru HEP) telefon sya, maklumkn ada pengambilan guru MARA. Jadi sya kena hubungi timbalan pengetua untuk diattachkan segala fail dan sebagainya. Terkejut juga bila pejabat masih ingat kat saya & rasa bersyukur sesangat. Saya tahu tu pun malam, dapat segala fail pun dah malam kan. Jadi saya ambik keputusan pergi hari selasa aje.
Dugaan betul, hari isnin tue saya kerja macam biasa, petang baru balik. Malam nak sediakan semua bahan, manalah sempat kan. Saya edit semula resume sebab laptop saya rosak hard disk xboleh nak save semua benda.
Lepas tue, saya buat contoh p&p saya. Kena ada 3 salinan, kepada penemuduga. Masalah juga nie sebab first time. Mujurlah saya teringat saya ada contoh p& p. Jadi tirulah sikit2. Bahan bantu mengajar pun kena buat, kita buat tajuk apa. Jadi sediakanlah seperti; gambar ke, batu, kayu, kertas mahjong dan sebagainya. Tapi yang paling menyedihkan..... printer saya buat perangai, ink dia xclear. Puas saya usik2 tpi , mcm tu juga. Habis tangan saya hitam2 krn mslh ink. Dengan perasaan frust bawalah paper yg xsmpurna, resume yg xcomel. Bukan kerja last2 minute tpi dpt thu last2 minit inilh hasilnya. Percayalah saya xtdur lansung, pkul 6 pagi dh bertolak ke sana.
Sampai jer disana, kami perlu beratur, yang ada nama beraturlah ditempat dia. Jadi saya dalam barisan ' walk in' . Daftar hari tue kan... Pagi2 dah perlu serah borang pada mereka. Jadi saya pun tanya lor saper2 yg ada glue sbb nak tampal gambar. Nasib baiklh ada yg bawa.hu2
Selepas itu kami dapat no peserta. Masuk dalam dewan, duduk ikut suka. Kebetulan hari itu kebanyakkan candidate nak isi position guru sejarah & IT.
1) Exam pilihan jawapan; ada matematik, ada kemahiran berfikir, latar belakang mara, penubuhan umno, pengasas umno, laman web goverment dan sbagainya. Soalan dia campur2 b.m & b.i.
2) Selepas itu dibahagikan kumpulan dari A hingga J. Kami pun kena pie ke kelas masing2, Jauh juga dari dewan, kalau yang mengandung baik minta yang kat bawah. Penat naik tangga tingkat 2 tu, sbb bukan sekali kita pergi panjat tapi berkali- kali.
3) Kami masuk ramai2 duduk dimeja yang disediakan, ada maker dan mahjung. Setiap orang diberikan satu tajuk yg berlainan. Saya dpt tajuk (b.i) telah dilantik menjadi ketua, & conduct syarikat baru, peranan saya sbagai ketua apakah strategi yg akn saya lakukn demi mningkatkn kualiti kerja & untuk mncari dana. Kami diberi masa 5 minit untuk tulis kat kertas mahjong masing2. Waktu tu saya tulis campur b.arab ada, b.i pun ada. Then, kmi semua kena tunggu kat luar. Kebetulan saya org first yg present takut bagai. Masuk jer kena present selama 5 minit apa yg kita tulis tadi. Waktu ni saya cakap omputih wlpn lintang pukang.
4) Selesai sudah kita kena pergi ke dewan pula. Start buat esei; digalakkan buat dalam b.i. Tapi rakan saya sebelum ini buat dalam b.m, & ditambah2 lagi kepenatan xtdur semalaman mls nk fikir & sbagainya akhirnya saya buat dlm b.m. Tak berapa ingat tajuk dia, Antaranya adalah;
a) Bagaimana nak jadi guru yang berkualiti- ciri2 rasanya.
b) Sekiranya dapat kerja guru, apa perubahan yang kita nak buat pada mara
c) Semuanya berkaitan dengan guru..lupalah.
d) Ada 4 esei semuanya... esei last dia bagi video; seorang bapa yang dah tua bawa anak oku harungi lautan dan sebagainya. Dia suruh kita tulis apa yang tersirat dari video tersebut.
Jangan pula fikir 4 esei ini kita jawab serentak. Sebenarnya selang seli, 1) jawab exam 2) present case study 3) Jawab esei 4) Present pengajaran & pembelajaran (p&p). 5) Jawab Esei. Lepas tue rehat sekejap n then 6) interview lisan 7) Jawab esei last. Penat taw ulang alik jer, panjat tangga lagi.
Part terakhir memanjat tangga ialah interview lisan. Waktu tu frust sedikit; sebab saya nak jawatan guru pen. islam. Bila saya introduce diri dan ijazah apa.. mereka semua terkejut. Mereka kata saya tak boleh jadi ustazah, ada yang kata; sayang awak ada background agama, kelebihan itu ada pada saya jika ingin jadi kaunselor islam. Ada yang cakap saya ni confuse dan sebagainya... Saya ni punyalah hafal surah al- mulk ingatkn kena soal hafazan....hu2.. Mood sedih lor. Kena reject terang2.
Bila dapat keputusan keluarlah macam ini ;
MAAF, PERMOHONAN ANDA MASIH DALAM PROSES.
CALON YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG PANGGILAN SELEPAS TEMPOH 6 BULAN DARI TARIKH TEMUDUGA DIJALANKAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA
Saya sedar saya ada dua kesalahan, first; semua esei dalam bahasa melayu, kan dah dibagithu b.i, so buatlh b.i...... jdi mandai2 pla. yg pling best akak sblah saya buka tablet google cari jwpn bla jwb esei.
Second; sebab nak jadi guru pen. islam yang mustahil depa nak bagi.. wlpn saya minat, angan2 aje lor...
Jadi saya dah xberharap pada mara... laluilh sgalanya.....dgn cara cool saya itu lbih baik.
________________________________________________________________________________
Ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini, jadi saya sertakan contoh p&p saya, harap membantu :)
Rancangan Pengajaran Harian
petaILKM