Peristiwa ini dah lama berlalu, kiranya tahun lepas la. Dalam bulan 7 kot rasanya, tapi tahun ni baru result dia keluar.... lama kan.hu2. Saya pun dah terlupa apa formatnya, jadi yang saya ingat saya akan tulis kat blog ni..hu2
Jika saya nak pergi exam, biasanya kami akan bertolak awal, bukan apa suamiku pasti akan sesat punya. Selalunya begitulah...hu2. Sampai sejam setengah awal tapi pusing2 cari tempat tu ambik masa sejam... percaya x? My husband dia tak mahir sangat dgn kwsn tu. (Sekarang dh ada GPS tak ler bimbang sgt).
Debaran tetap juga dirasai, sejujurnya saya benar2 bimbang sebab saya tak ada masa pun untuk study. Baca tentang teori kaunseling jauh sekali. Tawakal ajelah (boleh ke macam tu). Apabila sampai kat hotel tersebut (betul buat kat hotel). Saya tanya receptionist kat mana exam trsebut.
Ketika itu masih belum ramai lagi yang datang. Kat tempat saya ini tak ramai pun yang datang dalam 40 orang jer. Compare than another place.... Wlpn bgtu saya still x berharap sbb sya lemah dlm b.i.
Soalan exam ini pun dah ingat2 lupa;
1) Soalan personaliti pilihan jawapan; yang ini ada 185 soalan. Jika nak jawab kena selalu tengok jam, supaya budget jawab sempat lor. Soalannya tak adalah susah sgt. Macam biasa psiko ajelah. Tips; Jika kita rasa jawapan kita kadang2 jer. Jawablah kadang2, bukan apa ada member saya ini (dia ambik kat negeri lain) penjaga exam bagitahu suruh jawab ya@ tidak jer. Jadi semua yang ikut cakap dia tak dapat. hu2...
2) Soalan mengenai teori& abnormal personaliti; sebab memang saya tak baca lansung mengenai teori jadi confuse dengan jawapan. Banyak masuk soalan psikoanalisis, piaget and nama2 kaunselor tu. Tips dia; bawa ajelh teori yg ada msti boleh jawab punya.
Abnormal personaliti ni; soalan mengenai bulimia, anoreksia, amnesia, agrophobia & sewaktu dengannya. Baca sikit2 & fahami ajelh.. Ini pun saya ingat waktu study dulu ajelh.
3) Soalan matematik dia tak payah pun. Bagi sayalah; sebab saya yang tak mahir ni pun dapat jawab ( confident jer kan)... Lepas tu ada soalan mengenai malaysia. Campur2 ada yang tanya tentang satu malaysia, bngunan trtinggi di dunia la, perlembagaan, kesultananan, wang, umno, laman web government la...
4) Soalan esei; b.m& b.i; Dia ada banyak pilihan, jadi boleh pilihlah tajuk mana. Sudah lupa da.... Yang saya jawab lebih kurang macam ni (b.m) Apa yang penting untuk kita lakukan supaya dapat kerja. (b;i); wajarkah penjagaan orang tua di pusat jagaan.
Lepas tu sekian; sambil2 rehat tu adalah yang sempat kami borak2...berkenalan dengan sahabat di universiti yang lain. Seorang abang ni memang peramah, kebetulan dia duduk dekat dengan saya. Cakap jer kerja dia. Paling kelakar dia cakap macam ni; "jangan bimbang tau, tahun ni dia nak ambik ramai kaunselor lelaki," Saya pun jawab la. 'itu la yang bimbangnya sebab saya bukan lelaki; hah2...
Keputusan PAC dah keluar, insyaAllah 24hb februari ni di Intura. Berdebar, takut, malas, rendah diri semua ada. Seriously, saya masih belum pegang apa2 buku lagi. Sebab saya tak nak stress kan diri saya, bimbang pengharapan& kesungguhan saya akhirnya saya gagal juga. Jadi saya berusaha sedanya dan bertawakal pada Allah S.W.T sahaja lor.hu2.. Doakan saya..amin:)
No comments:
Post a Comment