Daisypath Anniversary tickers

Monday 27 May 2013

Berharap akan ada keajaiban






Sesungguhnya bila nak dapatkan kerja kita sangat- sangat teruja jika dah dapat. Ketika itu tak fikir dah dapat mana, rela terbang pergi demi pekerjaan tersebut kan.... hu..hu..rasa teruk sangat diri ni slalu shj ada xpuas hati. Sebagai manusia yang lemah wlpn hnya sedikit teruji saya sudah ingin mengalah... entah dimana hilangnya kekuatan, kegembiraan dan keterujaan saya dalam ingin memenuhi impian saya ini.

Seringkali saya termenung dan mencongak apa yang saya lakukan. Lelah rasanya setiap hari mengeluarkan not rm50 hanya untuk membayar duit minyak & tol shj. Terasa sakit sangat. Kalau dulu rm300 perbelanjaan saya sebulan namun kini rm350 hanya untuk seminggu. Demand nya..... bohonglah kalau saya tidak terasa sedih, sering sedih kerana wang yang makin surut ini.... Kasihan kepada suami, kasihan kepada diri sendiri kerana duit ku habis dilaburkan atas jalan sahaja..

Doakanlah untukku agar saya dapat bertukar ke tempat yang agak dekat dengan rumah. Tak adalah dekat sangat, tapi perbelanjaan boleh bahagi dua dibandingkan di sini. Kebetulan tempat itu kosong. kerana pegawai tersebut baru bertukar. Ya Allah permudahkanlah... walaupun baru 2 minggu berkerja tapi nak bertukar kena ikut prosedur juga...adessss... harap- harap xadalah sesusah mana..

Selagi mampu saya drive la seawal mungkin, jika tidak... tawakal dan berserah atas hikmah yang diberikan ini... ya Allah, rabbana yassir wa tuasir rabbi tamim bikhair....

No comments:

Post a Comment