Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 11 May 2013

Hutang..hutang..& hutang..

Hari ini saya nak berbicara mengenai hutang.... mungkin masa saya banyak juga dilaptop ni...jadi time datang kesedaran tu saya suka baca perkara- perkara yang berfaedah sedikit...(nampak sgt xsuka mmbaca..hi..hi).  Sememangnya sukarla kita nak cari individu yang hidup tanpa berhutang, kalau ada pun memang terbaik ah dari ladang! Mungkin bagi remaja yang baru nak mnongkah arus, perihal hutang ini belum masuk lagi dalam buku....jadi lebih kpd nak dapat kerja yg bagus2x jer dulu...

Kenapa kita berhutang? Antaranya kerana kereta, rumah, pinjaman peribadi & kad kredit kan...kan... Demi kelansungan hidup mahu @ tidak kita akan masuk dalam kategori 'orang berhutang'. hu..hu.. sadis betul. Saya juga adalah salah seorang yang dikategorikan orang yang berhutang. Meh saya ceritakan..

Perihal hutang ini bermula dari kita belajar lagi la, apalagi PTPTN ar, mujurlah belajar kat IPTA jadi xadala hutang banyak sgt, nak dapatkan scholarship, xlayak...hu..hu.. tapi yang ni saya mmg tolak tepi..selagi xdapat kerja tetap saya malas bayar (hahahahh jahat bebenor saya). Bukan apa bayar PTPTN nie perlu konsisten kalau stop skjap bunga naik pla. Blacklist? urm saya check blum lgi wlpn 4 thun brlalu.... In shaa Allah mungkin slpas ini saya akn mula byr scara tratur.

Selepas graduate, saya kerja ikut suka suki..kdg2x ada salary yg banyak, kdg2x cukup- cukup hidup... sehinggalah saya dapat kerja warden di International Islamic School Secondry bwh IIUM lower education. Gaji dia no bad, waktu tu mulalah berlagak nak memiliki kereta sendiri tanpa bayar downpayment 0%. Waktu tu saya guna ijazah saya untuk dapatkan kereta...krta biasa aje proton saga blm (A). Bulan2x dalam RM500 lebih juga. Tapi kerja warden tempat tinggal & makan minum xpayah fikir, kiranya save la kat situ.

Dipendekkan cerita, maka saya berkenalanlah dengan mata air saya a.k.a suami saya sekarang. Nanti ada masa saya ceritakan bagaimana kami kawen &bercinta lpas kawen..hi2x, skrg ni nak f0kus tentang cerita hutang~~hutang~ aje dulu. Saya bukanlah seorang yang pandai simpan duit, lebih2x lagi kampung saya jauh lagila banyak kluar blanja. Apabila dah sampai seru jadi perlulah kahwin kan, xelok lama2x. Ketika itulah saya ada membuat pinjaman sedikit dari bank islam untuk majlis tunang& kahwin. (sebolehnya tak mahu susahkan sesiapa). Percayalah hantaran saya (kat kelantan mas kawin la) memang rendah, xmahal pun.. sebab ayah saya ni alim sikit... bab duit mas kawin or hantaran ni memang xbanyak pun letak. Elok la macam tu wahai adik- adik sekalian, kasihan dekat cik abang kita jika menanggung bebanan hutang hanya kerana nak kawen...last2x dia suami kita juga kan.

Apabila dah kahwin secara automatiknya saya berpindah & berhenti kerja mngikuti suami kat penang.  Bayangkanlah ketika itu saya menanggung hutang dalam sebulan RM700. Kasihan pla klu nak letakkan harapan pada suami, sbb dia pun ada kereta dan juga pinjaman. Jadi saya mula bayar xkonsisten, memandangkan saya kerja pun gaji xsampai rm 1000, last- last saya dapat surat dari wakil bank islam tunggakan dkat 2k waktu tu. Sebenarnya saya bayar bulan- bulan xmiss pun cuma xpenuh jadi bunganya naik la. Surat datang total rm 30k lebih...

Waktu tu saya kata, biarlah dia tarik kereta senang, kira settle hutang, mls nak fikir. Punyalah xfaham pasal bangkrup ni...Jika ada yang xarif macam saya jangan ingat settle mcm tu aje..Nasib baiklah suami banyak mmbantu, dia ikthiarkn saya langsaikan tunggakan. Selepas itu saya tahu skim refinance yg mna boleh kurangkan bayaran krta stiap bulan. Daripada rm 500 jadilah rm300, tpi hnya untuk 2 tahun aje. Slpas itu bulan2x kena bayar rm600 pla slama 6tahun. Ktika itu saya fikir nak terima @tidak, last trima juga.... untuk dua tahun lagi saya akan ikthiar dapatkan kerja yg lbih baik. Alhamdulillah..... :).

Bagi saya cukuplah pengalaman sakit berhutang yang ini, kad kredit mungkin xakan saya mohon.. jika krta ditarik, kita ttap kna bayar hutang tertunggak & boleh diisthiarkan mufllis & untuk mndapatkan kerja adalah sedikit mustahil...sbb ini melibatkan intergriti. Jdi sebelum berbelanja kita kena selalu ingatkan diri agar selalu beringat.... Alhamdulillah wlpn dgn gaji xbnyak tpi cukup smuanya...amin.. :).

Semoga gajiku sentiasa penuh keberkatan..amin..itu yg penting.....

No comments:

Post a Comment