Daisypath Anniversary tickers

Sunday 19 May 2013

Gigi berlubang nafas berbau?

Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu, tentang gigi berlubang. Tak mahu bagi contoh orang lain tapi diri saya sendiri. hi..hi... malunya nak cerita...tapi ini mungkin boleh dijadikan ingatan antara saper- saper yang selesa ada gigi berlubang & tak menampalnya kerana penyakit MALAS nak gi jumpa d0ctor. (macam saya ni ha)

Ketika saya mula- mula dapat kerja sebagai guru kafa hari itu, saya ada buat medical check up dan mereka buat jugala kan pemeriksaan gigi. Jadi gigi dah ditampal la kan... Sebelum tu suami ada juga bagitahu nafas saya agak berbau juga, iyalah biasanya bau wangi aje kan...geh2x... tapi saya fikir disebab masalah gusi saya. Lansung tak terfikir sebenarnya gigi berlubang penyebabnya. Sebab gigi berlubang tu tak sakit pown.....

credit to mr.google


Perjalanan gigi tak terganggu dah, sehinggalah saya kacau gigi tersebut... itupun selepas medical check up yang terbaru ni simen gigi tercabut sedikit. Tak keluar semuanya pun. Tapi saya tak rasa sakit la kan... masih boleh makan macam biasa. Buat tak tahu aje la.... Lepas tu suami ada juga bising- bising  kata nafas saya kembali tak segar.. saya memang tak terfikir masalah gigi tu. Saya bagitahu gusi saya kot masalah ni. Suami kata gigi...saya buat tak tahu jer. hah2x, lama- lama dia pun diam la kan..ksihan mr.hubby, maaf taw.

Akhirnya, saya mengalah juga, memandangkan saya sendiri pun rasa tak selesa, air liur pun dah bertukar bau... Yang peliknya kita empunya diri tak perasan nafas kita berbau, orang yang berdekatan la perasan kot. Suami la duk nasihat pergi tampal cepat2x.

Kebetulan hari jumaat saya tak bekerja, kat pinang masih buka.. saya pergilah ke klinik kerajaan tapi dia buat temujanji pada 14 jun, lambat lagi kot... aish... manala boleh tunggu. Terus pergi klinik swasta.... saya buat sekali dengan cuci gigi. Sewaktu tampal gigi tak adalah sakit sangat, tapi bila time cuci gigi ya Allah sakit taw.... Melayanglah duit saya dalam rm115 juga... xapalah demi keselesaan & kesegaran. Balik rumah suami cakap, dah okay dah.... itulah sebelum ni malas sesangat kan..hi..hi..

Nasihat saya, jangan selesa jika gigi berlubang walaupun tak sakit kerana pergaulan kita dengan rakan- rakan mungkin akan terganggu. Satu lagi apabila dah tampal kita tidak dibenarkan mengunyah kat gigi tu dalam 24jam demi mengelakkan tampalan itu mudah tercabut nanti..hu2x.... Apapun jagalah gigi dengan cara yang baik, sebab senyuman itu bermula dari gigi...kih..kih..

No comments:

Post a Comment