Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 8 May 2013

Mengundi itu satu amanah

Walaupun dah tahu keputusan mengundi, dah selesai semuanya... tapi saya nak tulis juga.. saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi..dan kini tanggungjawab mereka- mereka yang bertanggungjawab pula untuk memberikan yang terbaik kepada kita...

Sesungguhnya perjalanan ini harus kita teruskan, perjuangan untuk menjadikan hidup ini barakah perlu digalasi... jangan kita meletakkan pelbagai alasan, apa yang penting laluilah.....

Sewaktu saya pergi mengundi, saya pergi dengan adik dan kakak saya, kasihan suami saya tidak dapat mengundi kerana saya tak izinkan dia balik mengundi kerana jauh sangat...ambil masa 8 jam, tapi saya janji undi akan datang rumah dia pula. Jadi suami saya jadi driver kami aje..hi..hi..

Ketika sampai tempat pengundian dalam pukul 9.30 pagi tapi berdiri...ambil masa lama betul... loceng sekolah berbunyi 5 kali juga la... setiap kali loceng berbunyi tiap itulah orang lelaki muda mudi bising, tanda masa rehat..hi..hi.. macam2x. Saya selesai mengundi ketika jam 12 tghari.... urm... mmg mnduga betul.. tapi ada jer yang suka masuk selit- selit kat org.... yg itu saya malas pla nak komen.hu2x.

Selepas selesai mengundi dan saya terus berangkat balik semula ke penang... tahu keputusan pun kat penang..... walau apapun kontroversi yang berlaku...saya sebagai pengundi..... saya sudah lakukan tanggungjawab saya dan amanah itu saya berikan pla kpd yg menang (tak kisah la saper2x)..... tugas saya selesai ( buat sementara)..hi2x...

ramaikan org..sampai kehujung sana...


tangan saya (bju purple) & family

No comments:

Post a Comment