Sudah hampir dua minggu saya mninggalkan dunia guru, mnjadi penganggur di rumah... tapi aktiviti saya tetap padat. Sebenarnya nak tulis entry ni sejak minggu lepas lagi, tapi gambar yang nak diupload blum ada tu malas nak tulis...
Terimbau kembali kenangan saya bersama anak- anak didik saya buat kali terakhir, ingatkan kali terakhir itu saya sempat pasang video, tapi tak sangka pula hari itu hujan selebat- lebatnya disusuli juga dengan petir berdentam- dentum.... Agak kecewa la..
Ketika saya sampai di tempat mengajar tu, ramai anak- anak didik saya mnanti di hadapan pintu, iyalah ketika itu saya sampai agak lewat..sewaktu melangkah masuk kelas, mereka segera memimpin tangan saya untuk kehadapan.... rasa janggal pun ada, tapi saya layan aje. Rupa- rupanya mereka nak buat suprise dekat saya, mereka tutup mata saya, lepas itu mereka letak mahkota diatas kepala saya (diperbuat daripada kertas). Dalam hati saya, wah bagusnya budak- budak ini...selepas mereka longgarkan kain dimata saya, saya lihat pelbagai hadiah diatas meja, sebenarnya bukan hadiah2x mahal- mahal pun sebab mereka bukanlah anak- anak orang senang... tapi kesungguhan mereka menyediakan hadiah itu amat berharga dimata saya. Kemudian mereka bernasyid lagu doa perpisahan dan juga buat trademark setiap seorang memegang satu kertas yang mana membentuk SAYA SAYANG USTAZAH...... walaupun agak lintang pukang kerana yang memegang nama x alert ketika dipanggil, tapi saya rasa mereka semua awesome... Mereka semua hebat- hebat dimata saya...
Sesungguhnya memori itu akan jadi kenangan indah dalam lipatan hati, akan bersemi menjadi kepingan- kepingan bunga yang mewangi.. saya masih lagi bersedih apabila melambai & memeluk mereka buat kali terakhir... dan yang paling terkilan membaca bait- bait surat2x yang mereka berikan kepada saya... ada yang bertanya mengapa ustazah berhenti? adakah ustazah tidak sukakan kami lagi? tidak sayang kami? mahu melupakan kami? tidak rindukah ustazah dengan kami? adakah kami bersalah? kami akan berubah jadi ustazah janganlah pergi......... ustazah saya nak dengar coletah ustazah... hu..hu... mereka tak memahami situasi saya.. seandainya pekerjaan guru kafa itu adalah tetap & bukanlah kontrak walaupun gaji murah, mungkin saya akan stay bersama mereka... tidak mngapalah penganti saya dengarnya seorang ustaz, mungkin dia akan mengajar lagi baik daripada saya... lagipun selepas 2 tahun pelajar saya itu akan berganti dengan pelajar baru..... Apa yang penting saya doakan semoga segala yang mereka lalui, mereka akan membesar menjadi anak yang soleh & solehah.. amin... menyayangi dirimu teramat sangat wahai anak- anak didikku.. :)
banyak sgt surat sya dpt :)
hadiah campur2x..tisu pun ada :)
itu muka saya kot..hi..hi..
No comments:
Post a Comment