Selepas jumpa broker rumah tersebut, kami berbincang mengenai rumah idaman...kih..kih.. ser0n0k tau bila perasaan nak memiliki rumah tu. Tak dapat lagi rumah pun dah berangan- angan macam- macam... nak cantikkan rumah tu.hu2x...Siap bincang bagai dengan suami. Jadi dipendekkan cerita, kami pun bayar la dep0sit 1% dari harga rumah untuk urusan mengenai perjanjian s&p tersebut. Ada beberapa perkara yang kami tidak ambil pusing yang mana memakan masa yang agak lama dalam pr0ses tukar nama ini sehinggakan kami tidak jadi membeli rumah tersebut, last- last untung broker juga kan.
contoh rumah shj
Kisahnya begini, tuan rumah tu a.k.a owner tu belum lagi ditukar nama, masih atas nama pemaju. Jadi kerana kami ngin membuat l0an perumahan kerajaan (bagiku lebih menguntungkan berbanding bank), pr0sesnya agak rumit sedikit, rumah tersebut perlulah ditukar nama dahulu dan owner perlu membayar sepenuhnya baki harga rumah. Berurusan dengan pejabat tanah agak lambat juga, nak tukar- tukar tu memang banyak masalah & kesabaran menunggu...hu..hu...
Maka berlalulah masa, saya tempah rumah tu pada tahun lepas bulan 10/ 2012 dan sehingga entry ini ditulis pr0ses tandatangan s&p belum ada lagi. Peguam ada call kami, mengatakan segala d0kumen dah selesai cuma proses pertukaran nama belum settle lagi. Menunggu la kami sampai bertanduk ha.... bertanduk pun tak tahu bilanya....hu.hu.. Seksa tau nak beli rumah ni, ketika sain s&p nanti kita kena sediakan 10% dari harga rumah...
Banyak yang perlu saya &suami fikirkan, masalah budget saya bekerja tanpa gaji ni, masalah kalau memiliki rumah tu agak jauh dari tempat kami bekerja.... semestinya saya la yang jauh, suami dalam 15 minit kot dari rumah tersebut. Serba salah jadinya, last- last saya ambik keputusan cancel rumah tersebut menggunakan budi bicara &penjelasan... Broker tu cakap kami kena bayar rm500 untuk cancel, sebab peguam tersebut dah buat surat... kena bayar upah dia.... Malas nak memikir &pertikaikan saya pun bayarlah..... Terbanglah burung terbang...tapi ini duit yang terbang..hu..hu... Sedih tau, hutang oh hutang ajer....
Maka hilanglah angan- angan dan impian kami ingin memiliki rumah tersebut, tapi saya kuatkan semangat& pujuk suami... kata pada dia kita gabung gaji nanti b0leh beli yang lebih besar, semi d ke, corner lot ke...kih...kih berlagak...:). Padahal nak bayar duit t0l pun dah garu kpala....hahhahhah..
Walau apapun yang terjadi, saya ingin mend0akan agar semuanya dipermudahkan urusan... sem0ga tiap perjalanan ini akan kami teruskan dengan seikhlasnya.... Harapan & impian untuk memiliki sebuah rumah akan tetap kami genggam, in sha Allah..... moga tercapai..amin
No comments:
Post a Comment